CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26811|Reply: 27

[Dunia] Jualan tahunan Tesla merosot buat kali pertama

[Copy link]
Post time 3-1-2025 12:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 4-1-2025 02:18 PM


BENGALURU: Tesla melaporkan penurunan pertama penghantaran tahunan apabila pembuat kereta itu menyerahkan kenderaan elektrik (EV) yang kurang daripada jangkaan pada suku keempat, manakala insentif gagal meningkatkan permintaan untuk barisan model yang semakin berusia.

Saham syarikat itu jatuh 3.5 peratus sebelum dagangan, sebagai tanda kebimbangan pelabur terhadap cabaran yang dihadapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk, yang menjangkakan promosi, termasuk pembiayaan tanpa faedah untuk menggerakkan 'sedikit pertumbuhan' dalam penghantaran pada 2024.

Pengurangan subsidi Eropah, peralihan di Amerika Syarikat (AS) ke arah kenderaan hibrid berharga rendah dan persaingan yang lebih sengit daripada firma China, BYD telah memberikan tekanan kepada Tesla.

Sebagai tindak balas, Musk menggerakkan Tesla kepada teksi pandu sendiri dan menyokong Presiden terpilih Donald Trump dengan berjuta-juta dolar dalam bentuk sumbangan kempen dengan harapan ia boleh membawa kelonggaran kawal selia untuk syarikat itu.

Tesla menyerahkan 495,570 kenderaan dalam tempoh tiga bulan hingga 31 Disember, gagal memenuhi anggaran 503,269 unit, menurut 15 penganalisis yang ditinjau oleh LSEG.

Ia menyerahkan 471,930 kenderaan Model 3 dan Model Y serta 23,640 unit model lain, termasuk sedan Model S, Cybertruck dan kenderaan utiltik sukan (SUV) premium Model X.

Ia menghasilkan 459,445 kenderaan dalam tempoh Oktober hingga Disember.

Penghantaran untuk 2024 adalah 1.79 juta unit, 1.1 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya, di bawah anggaran 1.806 juta unit, menurut 19 penganalisis yang ditinjau oleh LSEG.

Dengan teknologi pandu sendiri masih beberapa tahun lagi untuk direalisasikan, penganalisis berkata Tesla akan bergantung pada versi kereta semasa yang lebih murah dan Cybertruck untuk memacu pertumbuhan jualan dalam tempoh terdekat.

Trak itu, yang terkenal dengan luarannya yang berbentuk trapezoid. keluli tahan karat, menunjukkan tanda-tanda kelemahan permintaan, kata penganalisis.

Sementara itu, pendaftaran kenderaan Tesla di Eropah pada Oktober jatuh sebanyak 24 peratus, disebabkan oleh persaingan yang sengit daripada Volkswagen Group, yang mana SUV Skoda Enyaq telah menyingkirkan Model Y sebagai EV terlaris di rantau itu, menurut firma penyelidikan data JATO Dynamics.

Harga dan insentif yang lebih rendah menjejaskan margin keuntungan Tesla pada jualan kenderaan tahun lepas.

Wall Street, bagaimanapun, menjangka permintaan akan meningkat pada 2025 apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) mengurangkan kadar faedah.


Saham Tesla melonjak lebih daripada 60 peratus tahun lalu.

-Reuters

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2025 06:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ev ni sesuai utk city drive or short distance je..buat size compact car mcm myvi tu cukup dh..charge kt rumah je..nk travel long distance tak sesuai...lg bodo yg travel long distance guna ev masa festive seasons
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:45 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 3-1-2025 01:19 AM

Bagaimana progress pelaburan Tesla yang nak menjadikan Malaydesh  Hub Tesla untuk wilayah Asia  ?   Apakah Tesla sudah merealisasikan untuk membangu plant di Malaydesh ?

Jangan-jangan  Malaysia sudah menjadi korban PHP (Penuh Harapan Palsu) oleh Tesla Elon Musk ..




Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 07:56 AM | Show all posts
bukan setakat tesla sahaja. honda, nissan, mitsubihi semua dah terkesan dgn lambakan kereta dari china yg lagi murah dan berteknologi tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 3-1-2025 08:38 AM
Ev ni sesuai utk city drive or short distance je..buat size compact car mcm myvi tu cukup dh..charge ...


Hahahhaha.... bener sekali

Pernah convoy dgn kawan pakai ev volvo.. outstation ke east coast.. full charge dari rumah dia...  singgah gambang battery dah tinggal 47% je, dia kena singgah charge for 45 mins gitu... kena lepak stesen minyak sambil makan donut and minum2... BUANG MASA!!!!!!


Adoi cant imagine sebijik  keta je pakai masa 45 min, kalo festive season???? I pernah baca org QUEUE saje dah takes 2-3 hours, charge another half an hour...


Isi minyak tak sampai 2 minit je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2025 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak hairan pun dgn berita ginih....

Kat korea tesla laku SEBIJIK ajooooo....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 08:57 AM | Show all posts
nw111 replied at 3-1-2025 08:38 AM
Ev ni sesuai utk city drive or short distance je..buat size compact car mcm myvi tu cukup dh..charge ...

Sebab EV masih baru kan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 3-1-2025 08:57 AM
Sebab EV masih baru kan


I rasa susah ev nak gain traction sbb byk owners dah mula menyesal, charge kat rumah ada 8 jam,.14 jam... bil letrik more than double


1. Inconvenience
2. Battery efficiency merudum lepas 100,000 km mileage

Tukar battery 60-80k cost

Byk lagi downside...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:03 AM | Show all posts
green~tea replied at 3-1-2025 09:01 AM
I rasa susah ev nak gain traction sbb byk owners dah mula menyesal, charge kat rumah ada 8 jam,.14 ...

Mungkin tahun 2030-an baru la EV popular..

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 3-1-2025 09:13 AM
hayrin86 replied at 3-1-2025 09:03 AM
Mungkin tahun 2030-an baru la EV popular..


I rasa bukan EV.. tp technology hybrid.. utk kereta lah ..

EV yang mungkin akan gain traction is 2 wheeler, not 4 wheeler... sbb dia ada option battery swapping yg lebih pantas dari refuelling...

Yang lg satu problem besar EV is charging station tu nak kena dpt stable power...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:21 AM | Show all posts
Edited by pokokmeranti at 3-1-2025 09:30 AM
green~tea replied at 3-1-2025 09:01 AM
I rasa susah ev nak gain traction sbb byk owners dah mula menyesal, charge kat rumah ada 8 jam,.14 ...

I ada baca, samada di China atau Korea ramai yg menyesal dengan EV. isu berebut charging port, masa menunggu terlalu lama. ramai yg kembali kepada kenderaan berasaskan bahan api. ini belum isu kebakaran kereta EV secara tiba2.

dengan tarif elektrik di Malaysia yg berkemungkinan naik, masih berbaloi ke dgn EV?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 3-1-2025 09:21 AM
I ada baca, samada di China atau Korea ramai yg menyesal dengan EV. isu berebut charing port, masa ...

Oh ya issue safety... kebakaran battery bila ada punch hole yang instant rapid fire tu sangat mengerikan..  
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 3-1-2025 08:38 AM
Ev ni sesuai utk city drive or short distance je..buat size compact car mcm myvi tu cukup dh..charge ...

Pegi keje balik keje...mcm pakai hp....bateri abis tinggal charge...tp hp kecik ada personal charging sendiri...kalo kt opis ada ev charger..bercukur la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:36 AM | Show all posts
nw111 replied at 3-1-2025 08:38 AM
Ev ni sesuai utk city drive or short distance je..buat size compact car mcm myvi tu cukup dh..charge ...

ye betul,takat pergi dan blk kerja ok la,kurang2 seminggu sekali cas,kalau jalan jauh x sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:25 AM | Show all posts
mujur iols x pernah berkenan nak own a tesla or any ev car. seram lah, iols fikir the worst jer. hp turun 1% pun iols dah risau nak powerbank, inikan plak kereta. anxiety attack meols mcm tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 10:43 AM | Show all posts
byd helok betul on the road
naik pun sedap
ramai plak pakai jaecoo tapi bukan ev la
handling pun dah sedap
nampaknya kete china dah maju ke depan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by naina at 3-1-2025 10:51 AM
green~tea replied at 3-1-2025 08:42 AM
Hahahhaha.... bener sekali

Pernah convoy dgn kawan pakai ev volvo.. outstation ke east coast.. fu ...


Ni kalau makan jem masakkkk. Kanan kiri hutan. Charger takda. Tak convenie langsung
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 3-1-2025 10:25 AM
mujur iols x pernah berkenan nak own a tesla or any ev car. seram lah, iols fikir the worst jer. hp  ...


Betul, ramai kawan meols ada anxiety sejak beli EV


Dah le camtu, nak kena pasang solae panel plak kat rumah lepas beli EV... ada kawan i beli BYD, short circuit terbakor porch
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 11:31 AM | Show all posts
seram nak parking sebelah keta EV sbb byk terbaca news keta EV terbakar...kang tak pasal2 keta kita terbabit sama...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.892485 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list