CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27921|Reply: 0

[Dunia] Hajat kahwin dan beli motor tak ditunaikan- Anak lelaki bunuh ibu sebab tak ada duit

[Copy link]
Post time 5-1-2025 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Hilnga seorang ibu pasti tiada ganti lagi.

Bagaimanapun, berbeza kisahnya apabila seorang remaja lelaki berusia 23 tahun tergamak menyerang ibu kandungnya sehingga maut dalam satu insiden berdarah di Kapuas Hulu, wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.

Ketika kejadian pada 14 Disember lalu, suspek difahamkan kecewa apabila dua permintaannya iaitu untuk berkahwin dan dibelikan motosikal tidak ditunaikan oleh ibunya.



Dalam pada itu, Ketua Polis Kapuas Hulu, Iptu Rinto Sihombing berkata, suspek menyerang ibunya dengan menggunakan kapak yang diambil dari dapur.

"Suspek yang masih belum bekerja tetap sudah ditahan oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan lanjut.

"Mangsa tidak berkemampuan menunaikan permintaan suspek kerana dihimpit isu kewangan.

"Nasihat yang diberikan si ibu supaya bersabar mencetuskan rasa berang suspek, menyebabkan dia bertindak agresif sehingga meragut nyawa mangsa," ujarnya.

Sumber mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.346866 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list