|
dari mata-nya
aku melihat kesedihan memenuhi ,
dari mata-nya
aku melihat seribu kerinduan ,
kesedihan ,
kerinduan ,
rasa itu dia pendam sendirian ,
ya Allah , berikanlah dia bahagia .
|
|
|
|
|
|
|
|
aku redha jika ini pengakhirannya ,
biarlah aku tidak bersamamu lagi ,
cukuplah aku masih mampu melihat kamu bahagia walaupun tanpa ada aku di samping kamu teman ,
selamat tinggal kenangan :')
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
little do you know i'm laughing, because i'm crying inside.
little do you know i'm smiling, because i'm cracking inside.
little do you know i need help, because i'm dead inside.
little do you know that you left me dead.
little do you know i'm already gone.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memendam Rasa
Ahad, 15 Oktober 2019
Untuk rasa yang selama ini aku diamkan,
maaf kerana terpendam lama, tidak ku biar terbang bersama angin malam.
Andai saja ku lihat sayap-sayap setiap rasa itu, akan aku lepas tanpa aku risau ke mana dia akan pergi.
Tapi ku tahan kerana ku takut perginya salah pada alamat yang bukan pada penerima rasa yang sepatutnya.
Ya ! Sudah lama rasa ini ku pendam.
Tidak ku kata pada siapa walhal pada alam juga ku senyapkan.
Namun tidak mampu ku selindung dari bahasa badan yang kadang tidak mampu ku kawal rasanya mengambil alih tindakan sendiri.
Maaf jika rasa ini ku pendam lama.
Kerana aku mahu lepas pada masa sekarang, aku tahu sudah luput untuk dibalas setiap satunya.
Biarlah rasa yang ku pendam ini, ku lepas sekadar lepas berterbangan menuju sesiapa yang beralamat, tanpa di balas kerana ku tahu waktunya sudah tamat, tidak sampai pada waktu yang sepatutnya.
Rasa, terbanglah dengan sayap yang selama ini aku ikat dalam pendam yang ku tahan lama.
Faaaa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kuat-kuat dia,
Akan ada masa dia lemah juga.
Jatuh tersembam ke bumi,
Hingga lupa cara untuk bangkit.
Kemudian ada yang titip pesan;
"Macam mana kamu suruh orang kuat, macam tu juga kamu kena kuat."
Ringkas, padat.
Tapi terasa seakan menusuk terus ke dalam hati.
Hakikatnya–
Yang paling banyak menguatkan,
Itulah yang paling lemah.
Yang kelihatan tabah,
Itulah yang paling rapuh langkahnya.
Yang paling murah dengan senyum manis,
Itulah yang dalam diam– banyak air mata yang dihamburkan sendiri.
Bukan dia mahu berpura-pura kuat,
Cuma itu sahaja pilihan yang dia ada.
Berlakon menjadi kuat,
Sebarkan saki baki sisa kekuatan yang masih dia miliki kepada orang sekelilingnya.
Dia jatuh,
Biar jatuh sendiri.
Langkahnya yang rapuh,
Kian terhenti.
Titip doa buat aku,
Yang baru belajar untuk bertatih semula.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekian lama aku berlari mencari bahagia,
Harapnya masih kekal di sana.
Setelah lama aku menanam rasa,
Pendam lumat sehingga jiwa merana.
Terus memaksa diri melupakan segala,
Untuk menutup mata dari kisah duka.
Namun saat ku jenguk semula;
Luka itu berdarah semula,
Rupanya parut kekal setia.
Entah mengapa dan bagaimana,
Mata ini berair semula.
Walau sudah berzaman lama,
Walau sudah ketemu bahagia,
Mengapa duka masih tersisa?
Arghh!
Aku penat dengan semua.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Di hadapan manusia–
dia masih sosok manusia yang mampu untuk tegakkan lakaran senyuman, meski ia hampir layu.
Namun siapa tahu?
Di balik senyuman itu, tersimpan seribu satu rahsia yang disimpan sendiri.
Sakit dia, hanya dia yang alami. Begitu juga untuk segala perit yang dirasai sendiri.
Hendak berkongsi rasa kepada manusia?
Entah, dia sudah tidak punya hati. Biarlah segala rasa-rasa itu terkubur sepi, tersemadi sendiri.
Barangkali benar apa yang pernah dibacanya suatu tika dahulu;
"Tak semua perkara yang kita boleh kongsikan kepada dunia, kerana kebanyakan daripada mereka tidak mampu untuk memahami. Melainkan mereka merasai apa yang kita alami."
Ujian manusia berbeza-beza.
Punyai variasi yang tersendiri. Namun inilah hakikat realiti yang perlu diterokai. Kerana di balik dugaan yang dikecapi, tersimpan seribu satu hikmah yang tersembunyi.
Dan Rabb telah berfirman di dalam kalam cintaNya:
"Mintalah kepada Aku. Nescaya Aku akan perkenankan."
Kerana dia masih percaya,
Barangkali Allah ingin mengajar erti syukur lalu dicubitnya kita dengan titipan ujian.
Barangkali Allah ingin mendidik hati-hati ini supaya terus sabar dengan dihampari sedikit kesusahan.
Barangkali juga Allah ingin menguji sebesar mana nilai cinta sang abdi kepadaNya lantas dibukakan mata kita kepada cinta duniawi.
Kerana tidak ada satu ujian yang diberikan sia-sia.
Dan tiada satu pun di dunia ini yang terjadi,
Tanpa adanya sebab yang meliputi.
Meski adakala perit untuk sekeping hati memaknai apa yang sedang direncana oleh suratan Ilahi.
Maka Tuhanku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar segala apa yang terselindung di balik hati ini meski bibirku tidak terucap.
Peluk diriku lagi Tuhan,
Jangan Kau lepaskan walau sedetik.
Aku ingin terus-terusan menangis,
Dalam pelukan kasihMu.
Barangkali sayup-sayup bingkisan hati ini terlalu banyak, bukan bererti aku serakah.
Namun hanya kepadaMu,
Hati ini mampu mengadu juga mampu diserahkan.
Kerana di hujung-hujungnya,
Hanya Kau yang masih setia.
Dan akan terus setia,
Menemani aku tanpa rasa jemu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2019 03:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Aku mahu yang asli,
Bukan tiruan,
Jerih perih nukilan sendiri,
Sel-sel otak berhubungan... |
|
|
|
|
|
|
|
RIP noelle. You don't have to worry about it anymore |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anehnya rasa hati ku ini.....
Kalini, rindu itu tak menyakitkan hingga terasa ngilu di dada. Atau akan menyebabkan timbulkan gerak geri curiga dan syak wasangka.
Rindu ini,
Singgah nyaman, tenang, dan boleh membuatkan aku tersenyum senang.
Rindu ini memang menenangkan. Rindu ini membuat hari terasa panjang.
Rindu ini lain,
Dari yang sebelumnya.
Sesungguhnya, Hati Ini Hanya Rindu...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saat kau hadir
Lalu menyentuh hati
Aku langsung tak peduli
Bukan aku tak sudi
Tapi aku kenal diri
Kau, aku, dunia kita lain dimensi
Namun kau tak pernah kenal kecewa
Lantas kau lakukan apa sahaja
Hingga akhirnya runtuh
Tembok-tembok yang menjaga hati
Kau ajar aku cara bersenyum dan tertawa
Kau ubah aku jadi anak manja dan keletah
Dari gadis yang tidak punya jiwa
Kau beri aku nafas-nafas cinta
Namun
Seperti selalu,
Bila kau tak lagi perlu,
Bawa diri dan kau berlalu.
Tiada sebarang tanda,
Tiada kata akhir,
Mungkin kau juga keliru
Mungkin kau terlalu terburu
Aku?
Kembali sepi
Luka itu kali ini lebih pedih
Tangis? Air matanya sudah tiada.
Ratap? Namun sampai bila
Namun lebih menyakitkan
Aku masih menunggu
Konon nanti kau pulang
Bawa harapan pasti. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dibuang, terbuang
di pandang rendah, dikeji dihina
lumrah kehidupan, sabar, tabah terus ke depan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tersentak aku
aku ingat itu kau
jauh aku cari
beribu batu
berlainan waktu
tapi bukan kau yg ku tunggu
kata-kata kau
ringkas dan kejam
menusuk kalbu
seolah aku tiada apa
walaupun karangan aku
ikhlas dari hati
supaya kau merayu
menahan aku
dari pergi
dan rasa itu
akan berhenti
tak tahu lagi bila
tapi aku syukur
kau hadir
walau kejap |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malam ini sepi
sekali lagi kusendiri
nikmati rasa sunyi
yang menghuni
jiwa dan hati
Jari menari
di kertas putih
mencurahkan pedih
dan rasa letih
terhadap cinta ini
Dekat di mata
jauh dari hati
dia di sana
aku masih di sini
menunggu hujahnya
sejauh mana cinta
dan kasih bisa pergi
Tiada rasa dihati
lepaskan cintaku pergi
hati tak mahu lagi
lepaskan diriku pergi
rindu sudah hilang
benarkan aku terbang
kecapi bahagia yang
ku dambakan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dia si comel
si cantik
yang sering
bermanja denganku
hadirnya ia
menyinari hidupku
Dia si montel
si gebu
keletah manjanya
mencuri hatiku
adakalanya nakal
namun sayangku
masih utuh
untuknya
Dia si lincah
makhluk kesayangan
ciptaan indah dari
Maha Pencipta
hati gembira
bertemankan dia
kelam gelita dunia
pabila dia tiada
kasihku terhadapnya
melebihi segala
andai berpisah di dunia
ku harap dia menungguku
di alam sana |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hajat, impian
cita-cita dan
matlamat
berpusu-pusu
mereka kejari
hingga terlupa
yang dikendong
selama ini
mulai hilang
Sesuatu yang
sudah hilang
mungkin takkan
kembali
biarpun kembali
takkan sama
seperti dahulu
Bukan salah matlamat
jika perlu membuat
pengorbanan
bukan salah impian
jika perlu melukakan
salahkan diri
kerna membuat pilihan
mengikut nafsu
hingga tiada
timbang rasanya
lagi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku mencari kau
lama aku menanti
aku cuba jalani
mungkin itu kau
walau kita jauh
walau budaya kita berbeza
walau bahasa kita tak sama
aku cuba
tapi aku akur
mungkin itu masih bukan kau
dan itu hanya
bayangan dulu
yang hadir
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Di kala itu,
Di sana ini,
Di situ ada,
Apa sahaja... |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam
kau merindu
jiwa dipeluk erat
hati dibungai kasih
hari ini
mengapa kau berbeza
Semalam
kau ucap cinta
dunia kan indah
bila kita bersatu
segala onak duri
ditempuhi bersama
hari ini
mengapa kau berubah
Hari ini
ku amati wajah
didalam cermin
hilangnya seri
dulunya wajah bersih
kini dihiasi lima jarimu
Hari ini
hilanglah segala nikmat
cinta yang diberi
yang lahir dibibirmu
hanyalah kata nista
tiada lagi pelukan
erat
kau gantikan
dengan derita dan
kesakitan
Semalam
andai tidak kuturutkan
kata hati
andai tidak aku memberi
jiwa dan raga
andai aku tidak pernah
mengenalimu
apakah kisahku hari ini
berbeda?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|