|
Bomoh / Dukun - yang JELIK, yang PELIK, yang SERIK
[Copy link]
|
|
Originally posted by Syd at 7-4-2009 11:27
ada tak sedara mara korang ke,
ahli keluarga sendiri,
atok nenek mak ayah adik badik
yang kerjayanya as bomoh (full time, part time etc)
ada effect tak kat korang? tkena tempias ke ap ...
belah mak aku...keturunan perempuan yg tua2 = maksudnya, mak aku punya mak, nenek, moyang ppuan, ntah apa2 lagi yg tua2 tu (asalkan ppuan) semuanya dukun
sampai kat nenek aku, dia tak kuat nak ambik ajaran tu
so, pindah kat makcik aku...tempiasnya kena kat anak ppuan dia.
kesian...sampai setgh gila. sbb nmpk mcm2 entiti...dah la keje nurse, kat spital kan mcm2 sket hal...ye la ramai org mati etc
sampai satu masa, igt dia dah nk gila sbb bercakap2 dgn mayat etc...last2 dia and suami peluk islam. alhamdulillah. dpt anak...
baru2 ni mak aku bgtau, budak ni peknen...tapi tiba2 baby dlm perut dia hilang 'di ambil' oleh sthg...sampai masuk spital
...and the saga continues le kot skrg ni...aku tatau details sgt sbb diorg kat sabah, aku kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Sebulan layan nafsu bomoh
Oleh Sarah Zulkifli dan Mohd Firdaus Ibrahim
[email protected]
KUALA LUMPUR: Dia bukan saja dicabul dan dirogol, seorang wanita berusia 30-an yang mendapatkan rawatan tradisional daripada seorang bomoh turut diliwat berulang kali selepas disihir, sejak sebulan lalu.
Lebih kejam apabila mangsa turut dijadikan ‘habuan’ kepada beberapa penuntut yang sedang belajar dengan bomoh berkenaan.
Difahamkan, mangsa yang terkena sihir itu dikatakan bertindak meninggalkan kediamannya dan menetap bersama bomoh durjana itu di sebuah flet di Cheras.
Menurut sumber, mangsa pergi berjumpa dengan bomoh terbabit untuk mendapatkan rawatan apabila berasakan dirinya terkena ilmu hitam dan sering mengalami gangguan aneh terutama pada lewat malam, awal Mei lalu.
Bagaimanapun, mangsa terperangkap apabila bomoh yang ditemuinya itu sebenarnya adalah ‘bapa syaitan’ yang turut mengambil kesempatan terhadapnya dipercayai selepas tertarik kepada kecantikannya itu.
“Bomoh durjana terbabit dikatakan menggunakan sihir bagi menundukkan mangsa menyebabkan dia patuh kepada semua arahan yang dikeluarkan lelaki terbabit.
“Disebabkan itu, dia bukan saja dicabul dan dirogol, malah diliwat bomoh dan beberapa penuntut yang sedang belajar ilmu dengan lelaki terbabit,” katanya.
Sumber berkata, wanita terbabit bagaikan lembu dicucuk hidung apabila sanggup berpindah ke rumah yang didiami kumpulan berkenaan dan menjadi santapan kumpulan bernafsu ganas dan songsang itu saban malam.
“Tidak cukup dengan itu, bomoh dan anak buahnya itu juga dikatakan memaksa mangsa untuk meneguk arak dan menghisap dadah bertujuan merangsang mangsa untuk turut berkelakuan ganas ketika melayan nafsu kumpulan berkenaan secara beramai-ramai,” katanya.
Bagaimanapun, perubahan mendadak wanita terbabit menyebabkan beberapa rakan rapat termasuk ahli keluarga mangsa mula menyedari ada yang tidak kena dengannya.
Rakan mangsa yang bertindak menyiasat mengenai punca perubahan sikap mangsa akhirnya terkejut apabila wanita yang dikenalinya itu menjadi hamba seks kepada bomoh terbabit dan beberapa anak buahnya.
Sumber berkata, mangsa pernah mendakwa berada dalam keadaan separuh sedar setiap kali berdepan dengan bomoh terbabit.
“Walaupun dia cuba mengelak untuk pergi ke rumah bomoh itu, dia merasakan dirinya seolah-olah diseru menyebabkannya gelisah sebelum bergegas ke sana,” katanya.
Sumber berkata, beberapa rakan mangsa yang bersimpati dengan nasib buruknya itu kemudian berpakat dan membawa mangsa berjumpa seorang ustaz.
“Dengan bantuan ustaz berkenaan, kuasa sihir bomoh terbabit berjaya dilumpuhkan,” katanya.
Difahamkan, mangsa kini masih menjalani rawatan dengan ustaz berkenaan di bandar raya ini dan difahamkan sudah beransur pulih.
Sehubungan itu, rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
/- jadik ahli gang bang plak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by tupai_tupai at 25-6-2009 22:26
ada bomoh yang ok ada yang tidak..
kena pandai tgkla...
macam kes saya..
saya dengan parents dan adik2 dah sakit kena buatan orang nak dekat 7 tahun. dah banyak tempat berubat xder yang baik termasuklah pg darul shiffa'. Bila kami pegi berubat, lagi teruk kami kena orang tu buat. Siap anta msg kat kami kata kami takkan dapat kalahkan dier. Disebabkan kami degil cakap dier sebab masih berubat, ada satu orang yang tgh ubatkan kami tu, mati dibuatnya dia sebab nak tunjuk ilmu dier xdapt diatasi dan peringatan sebb kami degil. Lepas insiden orang yang ubat kami tu meninggal sbb dia buat, kami jadi takut nak berubat dan redha dgn sakit dan gangguan yang kami terima. Kami perkuatkan amalan sbg benteng dan beserah pada Allah. dah give up nak pg berubat sbb dah bertahun2 berubat tak bleh baik. Hospital tu mcm umah kedua. asyik keluar masuk sakit kami sekeluarga. Doctor pun xdpt trace sakit apa tp sampai kena scan dgn mri, ct scan, kena tebukla.
Awal tahun ni, kawan mak saya kenalkan kami dgn mahaguru ibrahim mat zain. Kawan mak saya ni berubat sebab dier kena busung. Kawan mak saya ni ingt dier kena fibroid sbb doc pun ckp mcm tu. scan memang nampak biler nak operate scan balik tak jumpa pastu 2 -3 bulan ader balik. Bila jumpa ibrahim mat zain ni, terus baik dan perut dier pun kempis sikit. Jadi die tahu masalah kami dier rekomenla kat ibrahim mat zain.
Jadi mula perubatan kami dengan dier, mula2 parents memang xpercaya sbb dah serik plus kawan mak saya kena byar sampai 5k utk ubat busung dier. Tapi kawan mak saya sruh cuba dulu, kami pun pegilah. Dier scan kami sampai akar umbi jadi sume citer terbongkar. Saya nangis dengar apa yang dier cite tentang masalah kami sebb kami dah tahu citer tu. Dier ckp kesian anak2, menderita dendam orang yang mereka pun tak kenal siapa. Ayah saya pun macam lembut hati nak cuba rawat dengan ibrahim mat zain tapi kos perubatannya RM16k. Ekceli duit tu bukan byaran untuk dier tapi untuk sedekah. Dier mintak kami buat kenduri untuk berapa ratus orang anak yatim dan orang buta selama sebulan yang totalnya RM16k. Kalau nak buat sendiri pun boleh tapi manalah kiter larat nak wat kenduri tiap2 hari selama sebulan dan nak cari anak2 yatim dan orang buta. Jadi ayah serahkan duit kat dier mintak dier wat sebb dier ada umah anak yatim, rumah ibu tunggal dan orang cacat di sekitar perak. Jadi mula la berubat dgn dier. Ibrahim mat zain ni langsung xsentuh kita masa kiter berubat. dier suruh duduk mengadap je. Ada certain perubat mesti nak pegang tangan, pegang bahu, ibu jari dan sebagainya. sekarang alhamdullilah. kami sekeluarga semakin sihat, xder 'gangguan', hubungan mak ayah pun dah sgt ok, saya dgn adik beradik dan bakal suami pun semakin ok. kalu tak asyik tegang je.
Kami bersyukur sgt sebb dapat berubat. Mak ayah sampai buat kenduri kesyukuran n byar nazar sebb dah betul2 sihat. Ingtkan sampai akhir hayat kami sakit kena buatan org. Memang kos sgt mahal tp kenang mcm sedekah untuk anak2 yatim and untuk sihat kira xderla rasa sgt. Kalu time sakit dulu pun, berpuluh ribu gak setahun byar bil hospital, ubat and pg berubat
Saja je cite nak kongsi pengalaman saya.. hehehe |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada kenal ngan sorang nenek (we called her NK (nenek kebayan) - not norish karman k..) Sebab tiap2 kali dia menurun, suara halus dia keluarla bg salam. Dulu2 perubatan islam ni tak femes lagi. so kita takde pilihan. First time berubat sebab mak selalu sakit, NK minta pengeras RM2.75 suma syiling 5 sen - tebus bayar katanya. Lepas 3 ari mak tiri masuk spital gatal2 kaedahnya. Tapi kaki berkudis2 besar syiling 5 sen. Kami adik bradik tak bagi tau sesiapa pasal ni. Mungkin kebetulan. 4 ari lepas tu mak tiri meninggal.
Kali kedua, NK dipanggil lagi sebab sejak bapa meninggal ( a year after mak tiri meninggal) rumah mak macam2 bunyi ada. NK kata ada banyak makhluk kat umah tu.. Tak jahat pun. tapi dia kata nanti dia hantar balik. Mak tanya dari mana datangnya, dia jawab "adala... kenalan lama". seminggu pas tu, kawan baik arwah bapa meninggal. Isteri dia kata sakit jantung. Thats the end. Lepas tu tak hingin kami minta bantuan ngan NK. Takut lagi ramai yang mati. Brutal dia ni... That happened in early 1990's
Wallahualam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
174# engkumoon
a'ah...brutal sungguh...
sampai ada yg mati...tapi tu la....
may be ada cite lain disebaliknye...kita xtau kan....
mungkin kbetulan je.... |
|
|
|
|
|
|
|
mod-mod
kasik laa pinat
kat depa berdua kat atas nih
dorang share pengalaman dorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekadar renungan..
Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:.”Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda:”Mereka itu tidak benar.” Mereka bertanya lagi:” Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?” Jawab Rasulullah SAW, “Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih.”
(Muslim)
Huraian
1. Tukang tenung dikenali juga dalam masyarakat hari ini dengan istilah ‘orang pintar’, paranormal ataupun tukang ramal nasib yang dipercayai dapat mengetahui nasib seseorang atau perihal ghaib lainnya.
2. Sesungguhnya pengetahuan terhadap perkara ghaib adalah termasuk hal yang menjadi rahsia Allah. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa dirinya atau orang lain boleh menguasai perkara ghaib adalah termasuk dalam perbuatan syirik kerana adanya ketergantungan kepada yang selain Allah.
3. Allah telah berfirman yang maksudnya:”Katakanlah,"Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan. (an- Naml : 65).
4. Sebagai umat Islam kita tidak harus mempercayai atau membenarkan apa yang dikatakan oleh tukang ramal kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai hal-hal yang ghaib itu hanya didasarkan atas perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin-jin untuk meminta pertolongan kepada jin-jin tersebut sesuai dengan apa yang mereka inginkan.
5. Rasulullah SAW bersabda : 'Sesiapa yang mendatangi 'arraaf' (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari." (Muslim). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus thread ini
ia meningkatkan Minda
di bulan puasa yg mulia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam. Nak citer hal kawan aku, Dr. Sham di Perlis ni. Kat sini tak ramai orang tau yang dia ni boleh ikhtiar merawat. Paling syok tak ramai juga tahu dia ni pengasas/ Grandmaster Mind Power Bio Energy. Cuma di kalangan korporat dan ahli politik je yang banyak tahu. Tembelang dia pecah bila sorang pempuan keturunan Raja N9 datang terus ke rumah. Ntah dari mana dapat alamat sebab Dr. Sham tak pernah merawat di rumah. So, jiran-jiran bukak le mata . Ye lah datang ngan Bapak Merc, siap ngan driver lagi. Masalah rebut kuasa rupenyer..... Start dari situ, ramailer telefon dia minta tolong itu ini. Benda2 mengarut terus dia tolak (menengok ke ape ke). Aku tengok die merawat (kat Pusat Ternak Lobster Air Tawar die) simple jer. Tak ade kemenyan ke lilin ke benang ke. Dia tanya sakit ape, terus dia diam jap, kemudian siap bincang cara saintifik lg. Selalunya dia bekalkan air yang dibacakan ayat suci untuk minum dan kadang2 tu ada gak ubat herba yang dia buat sendiri. Kalau nengok dia memang tak cam bomoh pun, sempoi abis. Cuma dia ni banyak guna ayat Quran. Itu aku pasti pasal selalu lepak ngan die. Orang cam ni panggil ape? Bomoh? Pawang? Dukun? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pernah berurut dan mandi bunga dengan seorang wanita yg menggelarkan diri dia Puteri..so apa2 kitaorg panggil dia Puteri jer..kalau berubatkan org mmg dia akan pakai pakaian serba kuning..mcm puteri raja dalam cerita p ramlee tu..
mmg saya tak nak mandi tapi atas desakan mak saya pun ikut jer lah..tapi saya mmg kurang percayalah benda2 cam ni..
masa mandi saya kena pakai kain hitam..mandi pun nak2 pukul 10 lebih..sejuk nak mampus... kemudian kena pantang..selama 3 hari.
1. takleh pakai baju hitam (luar dan dalam)
2. takleh makan pulut (sbb benda tu suka pulut)
3. takleh makan sayur menjalar dr hutan (mcm pucuk paku etc)
4. takleh makan telur.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada satu pakcik nih - orang claim dia bomoh
dok kat gombak
dia punye citer
dia ckp dia lah mahaguru alam ghaib
dia ada satu orang anak murid
umo 80an
dok kat atas gunung kinabalu
aduhlah...
...
Syd Post at 16-6-2006 14:22 Aku pun penah gi jumper satu ustaz kat gombak tapi aku raser pakcik nie bukan ustaz pun.. lebih pada bomoh arr sebab die suh bawak kain kuning, hitam and putih.... pelik la gak... tapi ikut jer laaa.. nak berubatnyer pasal... pastu yg paling tak best.. die masukkan mercury dalam badan aku, leh? muler2 die letak minyak aper ntah kat tapak tangan aku pastu die titik mercury atas minyak then gosok2... mercury tu masuk dalam badan aku.... sehari pastu tu brg2 emas yg aku pakai terus jadik putih.... pelik tol... tapi part yg paling best.. setiap kali masuk scan imigresen kat airport aku kantoi.... tensen tol aku.... and satu lagi aku tak leh berenang.. mesti tenggelam punyer tapi sebelum tuh aku mmg suker berenang ... tapi skang nie alhamdulillah la... tak der dah la... siap leh amik diving license lagik.. hehehehe...ustaz ismail kamus cakap mender tu susuk... so tak der org bunuh aku secara fizikal laa... ngeri siot aku... pasnie tobat nak jumper bomoh yg claim ustaz nie.. bahaya ooooo.... silap2 leh jatuh syirik.... nauzubillah... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mari cloudy cter sikit pengalaman ayah dan mak cloudy berubat..
Dulu ayah cloudy jatuh sakit masa jadi pengawas peperiksaan kerajaan kat satu sekolah ni.. teruk gak la, terbaring je..
jadi satu hari ni di pergi berubat sorang pakcik ni, pangkat dia sedara kepada sedara (kira sedara jauh).. cloudy tak tau la proses mengubat dia camne sebab tak ikut..
tapi dengar2 cerita ada melibatkan proses menghanyutkan sesuatu dalam perahu kecil ke laut.. lepas tu rumah cloudy kena pagar.. kemudian ayah pun sembuh dah tak sakit2 lagi..
lepas beberapa tahun, mak cloudy lak sakit, sengal2 lutut macam sakit rheumatisme tu (kurang cecair kat lutut) tapi sampai tak boleh bersila dah. solat pun duduk kat kerusi. dah macam2 ikhtiar ubat2 la mak makan. akhirnya mak beralih ke perubatan alternatif dengan seseorang di balakong. orang ni kenalan pakcik cloudy, orang tabligh.. selalu bermusafir jadi susah nak bertemu janji.
akhirnya ada kesempatan jumpa, dia dan beberapa kawannya pun mulakan rawatan dengan scan mak cloudy.. pas scan mak, dapat tau mak ada saka penyakit (saka yang menyebabkan penyakit). pastu dia panggil ayah. dia nak scan ayah sebab terasa sesuatu. ayah pun akur je la. bila di scan, dia tegur ayah ada pakai pendinding.. dalam bentuk persalinan/sarung panglima (yang ni cloudy tak baper paham). ayah agak mungkin pakcik yang ubatkan ayah dulu tu letak sebagai langkah pencegahan kalau sakit ayah datang lagi... dia tanya duduk mana, lepas tu dia describe rumah cloudy.. betul la cam yang dia describe. tapi dia tegur pelik sebab selalu scan rumah orang nampak hitam putih je, tapi tang rumah cloudy siap nampak kaler umah lagi (yang ni cloudy pun tak tau nape). dia tegur, umah dah dipagar ke? ayah cter la pasal kes berubat dulu tu..
kemudian dia ni cter la yang umah cloudy tu dipagar sebelum dibersihkan dalamnya, jadi ada yang terperangkap dalam rumah tak boleh keluar (haru je dengar tang ni). oleh kerana rumah berhadapan dengan masjid, setiap kali azan ada yang lari masuk rumah cloudy.. rumah lak masa dah maghrib baru nak tutup tingkap.. jadi ramai yang menumpang kat umah tu.. bila dipagar, dah tak boleh kuar lak terperangkap kat dalam. jadi dia ni nasihatkan alang2 dah datang biar dia bersihkan semua terus.. mak, umah dan ayah sekali.. tapi kena minta izin ayah sebab ayah yang ubat dengan pakcik tu dulu..
mak kata tak pasti dia rawat camne tapi mak nampak dia pancung2 angin depan mak n tarik sesuatu dari tubuh mak (tanpa menyentuh mak) kemudian dilepaskan ke atas sambil pernafasan dia berbunyi kuat (macam kacang hijau yang kita goncang atas dulang). proses yang sama dia wat kat ayah. yang kat rumah ayah tak cter camner.
lepas tu dia pernah datang tempat cloudy untuk sambung rawatan, tapi dia duduk umah sedara kat sebelah (umah pakcik cloudy, kawan dia). mak sambung lagi rawatan masa tu dicampur beberapa sedara lagi. dulu kat balakong cloudy tak ikut, yang kali ni cloudy duk umah je sebab tak berani tengok.. tapi dari umah cloudy boleh dengar hembusan nafas dia kuat betul! betul2 cam mak describe tadi (macam kacang hijau yang kita goncang atas dulang) sampai cloudy pun terkejut! pelik la caner dia hembus nafas kuat sangat sampai leh dengar ke rumah cloudy? tapi tu je la yang peliknya hehe.. tak pasti la ada guna ayat-ayat qur'an tapi rasanya ada kot sebab orang tu tabligh..
sekarang kalau pukul 6 tingkap rumah cloudy dah tutup dah.. tak berani nak bagi laluan "percuma" lagi.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hem...ckp pasal nih lagi teringat aku dengan sorang ni yg rata2 aku rasa org
shah alam pasti kenal kot.sbb org taxi pun kenal sapa dia masa aku nak cari
tmpt dia nih. Dia nih org panggil ustaz Rahim.ustaz nih lebih kepada doctor
utk ubat pesakit. xsilap aku tmpt dia beroperasi tu seksyen 17.
dia ni xyh guna stetoskop mcm doc tu utk kesan penyakit.dia cuma perlu scan
badan seseorang dengan mindanya.. time scan ni aku kurang berkenan.
aku kan pakai tudung tapi dia suruh aku selak tudung aku tu nampak leher lah kan.
sbb dia nak tau aku ada sakit apa kat leher.tapi aku jadik xsedap ati sbb dia scan
tu dpn semua org yg dtg.jadik xpasal2 semua org dpt tgk aurat aku termasuk
usz tu..
aku g sini pun sbb kawan aku yg rekemen..kakak dia selalu berubat penyakit kat situ.
aku g sana utk berubatlah tgk2 kot2 aku ada sakit apa especially pasal aku blm prgnant
lagi.tgk2 ust tu kata aku ada fibroid kecik tu pasal xleh pregnant. mmg aku risau
kalo betullah..ust tu punya ubat guna air herba satu tong gitu utk satu2 penyakit.
kalo ada 7 penyakit 7 tong air besar tulah aku kena beli.tapi ubat terpulang
samaada nak beli atau x dia xpaksa.
tapi sbb aku nak sihat aku beli jelah semua air2 dia tu.punyalah berat aku bawak
ngn laki aku. semua yg ada penyakit nak sihat perlua ada pantang larang.
mcm aku kena pantang larang xleh makan semua benda.ikan2 pun yg tertentu jek.
pantang setahun pulak tu.kalah org bersalin.. :kant:
time ni aku g puasa thn lps.3 hari jek aku berpantang lps tu aku dah xlarat
nak ikut dah.tgk makanan semua terliur dahla bln puasa.dlm masa sama aku
kurang yakin kalo dia ni ustz sbb air muka dia mcm bukan org beriman..
wlaupun xhensem aku leh nampak.. dan lagi 1 masa pengubatan tu dia
main langgar jek solat last2 min.dan lps dia solat tu aku tgk xde sedikit pun air
kat muka or rambut dia or baju dia basah amik wudhuk.entahla itu pandangan aku.
yg lain itu antara dia dgn Allah..samada betul atau tidak....
aku g sini pun sbb katanya ustaz..tu yg beriya nak g.tapi bila dah pegi luar jangkaan aku.
sbb aku xrasa mcm dia tu benar2 seorang ustz.. menyesal pun ada sbb jauh tu dari rumah aku nak kesana..xpelah pengajaran buat aku dan semua... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
457# pinktriangle
musykil gak pink... kena selak2 lak..
masa mak cloudy kena scan dulu2 dulu takde selak pape, tapi memang kena tutup aurat..
tapi kata ilah scan ni pun ada banyak tahap kekuatannya.. pasal tu kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
tulah cloudy mmg musykil pun...kalo betul2 ustaz xkan tergamak dia suh buat mcm tu.
nak2 dpn semua org yg tgh nak berubat plak tu.ramai tu..huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
mmm... dulu penah g berubat ngan sorang makcik nih.. salah sorang ank murid Ust Haron Din.. dok depan dia, dia cakap nak scan.. tp xde la plak dia soh bukak baju wp yg sakit tu kat pinggang masa tu.. abis2 pon dia minta nak sentuh ujung jari jer sket... |
|
|
|
|
|
|
|
tahla halimi...tang lain xde pulak dia suh selak boleh jek scan..tang leher
tu je suh selak tudung naik keatas xnampak leher katanya nak scan..
sampaikan sorang makcik nih siap bukak tudung terus alang2 nak tgk leher tu..
hemm....pesakit pun sama biol |
|
|
|
|
|
|
| |
|