CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 34937|Reply: 22

[Tempatan] Pelajar Tahun 1 diasingkan, pemasangan CCTV di setiap blok UPNM – Khaled

[Copy link]
Post time 12-11-2024 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 13-11-2024 02:41 AM

KUALA LUMPUR: Langkah pengasingan pelajar Tahun 1 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilakukan bertujuan mencegah dan membendung kejadian kes buli daripada terus berulang.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, ia termasuk tindakan memasang kamera litar tertutup (CCTV) melibatkan semua blok asrama.


“Kita asingkan pelajar pelajar Tahun 1 dan pelajar senior dari segi tempat tinggal dan dari segi aras juga kita telah bezakan.


"Kita juga telah pasang CCTV di semua blok dan akan tambah lagi jumlah pemasangan,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Integriti Kementerian Pertahanan 2024 hari ini.


Dalam pada itu, kerajaan juga akan terus mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan kadet berhubung isu seumpama itu.


Jelasnya, insiden buli yang berlaku baru-baru ini dibimbangi boleh menjejaskan masa depan pelajar khususnya bagi mereka yang hampir menamatkan pengajian.


“Bila berlaku kes, mereka akan terjejas, akan diberhentikan maka mereka perlu bayar semula kos pengajian.


“Apabila kes melibatkan siasatan polis dan memerlukan mereka hadir ke mahkamah saya pasti pembelajaran mereka akan terjejas dan kalau berdasarkan AUKU, mereka memang akan digantung,” jelasnya lagi.


BuletinTV3


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2024 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 13-11-2024 12:30 AM

Kenapa nak asingkan? Banyak2 kaedah, kaedah seperti ini yang dipilih. Kemudian kalau pelajar tahun 2 yang kene buli, asingkan pulak ikut tahun?

Siapa y problem sebenarnya? Pelajar bermasalah memang ada di mana2 sahaja, itu realiti.

Tapi sistem libat urus terlalu lemah dan tak kompeten la mengundang 3 kejadian buli yang teruk walaupun hakikatnya di institusi yang gah

Wujudkan hukuman disipline baru yang efisyen lah. Nak asing sampai bila?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2024 04:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Its too late

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
negara yang menteri pertahanan nya takda background pertahanan, kulinari pun boleh jadi menhan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada yang mati kena buli pun tiada tindakan sampai kes berulang. Dasar makan gaji buta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu je penyelesaiannya?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
rupanya kes arwah  zulfarhan tu kecoh pun dorg xserik eh..mak ayah pun xyah la hntr ank kt situ..hntr je uitm ke um ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada anak buah suami masuk upnm.
Seramm dgr nama u ni..dia boleh pula apply.
Huhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tutup ajelah sekolah ni. Mcm lahanat. Virus yg never ending!! Kau asing bebudak?? Knp smp kena buat gitu??? Mcm benda standard yg tak boleh diubah!
What if tak ragging langsung? Ni mcm atap rumah ada leaking, keluar fungus, keluar kulapuk, keluar lumut, kau sapu cat je dah. Tutup tu semua. Kang seminggu lagi, keluar tu semua balik. MASALAH ASAL TAK SOLVED!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 13-11-2024 09:07 AM

Buli pun boleh berlaku tempat xde CCTV. Tutup aje latihan tentera upnm. Klau guna warden veteran tu entah proaktif ke x, nak check buli x buli ni. Jangan setakat bezakan aras ikut tahun, bezakan blok sekali.
Sistem tu sndri kena ubah. xperlu lah satu salah semua tanggung. Yg xsalah pulak dizalimi
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Zulfarhan tu bukan 1st year lagi masa kena BUNUH.. DIBUNUH oleh kawan2 dia juga
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 08:55 AM | Show all posts
khaled nordin ni kan yg gelak2 masa cakap pasal kes terbaru tekap seterika tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 09:14 AM | Show all posts
Kau ingat budak2 tu lembu ka takda otak. Kalau dah nama pbjenayah tu memg panjang akai la deme
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Cctv??? Bezakan aras bilik???
Mcm le takde tempat lain yg diarg boleh buat. Sama umur pun blh buli gakkan. So takde pekdah sgt tindakan tu diambil

Yg penting skrg tanggung jawab pihak atasan sama jgn biarkan buli berlaku. Terima berita terus ambil tindakan pd yg membuli. Mudahkan budak2 report jika ada kes jgn buat tatau pula
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
AJENALI replied at 13-11-2024 12:23 AM
Kenapa nak asingkan? Banyak2 kaedah, kaedah seperti ini yang dipilih. Kemudian kalau pelajar tahun 2 ...

tu la...nape nk pasang cctv kt blok
Pembuli takkan buli/pukul kt tmpt terbuka
Kebanyakan mangsa kena belasah/buli kt bilik
Takkan nk pasang cctv kt bilik

Bole tak bg idea yg bernas skit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2024 03:27 PM | Show all posts
come on la muntri
u r better than this kan

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 12-11-2024 10:38 PM
rupanya kes arwah  zulfarhan tu kecoh pun dorg xserik eh..mak ayah pun xyah la hntr ank kt situ..hnt ...

My anak sedara dah gtaduate dah
Sebelum tu kat sini jgk
Dia dgn kwn2 kena buli senior
Warden Bila mengadu guna
Buang Masa je
Patutnya lecturers dgn warden tu dlu kena hempuk
Baru Ada akai
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 04:03 PM | Show all posts
berapa banyak nak pasang?.....korang tau ke area mane yg jadi port belasah....not worth the money spend on something that can be manipulated....spray cat kat camera...setel.....ni nak bagi project pasang cctv la pulak ni.....banyak tul penunggang....bkn nak solve the problem...sibuk fikir wallet memasing....jualikan betollll
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
AJENALI replied at 13-11-2024 12:23 AM
Kenapa nak asingkan? Banyak2 kaedah, kaedah seperti ini yang dipilih. Kemudian kalau pelajar tahun 2 ...

Treating symptoms saja. Sebab setakat ni pelajar tahun 1 kena buli so asingkan freshies. Lain kali kalau pelajar tahun 2 pulak kena buli, asingkan ikut tahun la agaknya. Lepas tu buli sesama tahun, asingkan sorang duduk satu blok berpagar setiap satu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.382232 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list