CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 37041|Reply: 28

[Tempatan] 21 artis antarabangsa anjur konsert di Malaysia tahun depan.Wajar atau tidak?

[Copy link]
Post time 11-11-2024 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEBANYAK 21 konsert menampilkan artis antarabangsa dijangka diadakan di Malaysia pada tahun depan, menurut Kementerian Komunikasi.



Kementerian itu berkata, unjuran itu dibuat berdasarkan rekod pra-permohonan yang diberikan penganjur setakat 31 Oktober depan.

21 konsert itu dijangka menarik kehadiran seramai 160,500 penonton.

Kementerian Komunikasi menjangkakan kesan ekonomi sebanyak RM80.25 juta melalui pelbagai sektor termasuk hotel, penyewaan, pengangkutan dan makanan.

“Jumlah ini dijangka meningkat kerana permohonan boleh dikemukakan 14 hari sebelum konsert diadakan,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis Parlimen bertarikh 7 November lalu.

Kementerian Komunikasi turut menyatakan komitmen menyokong konsert membabitkan artis antarabangsa di Malaysia melalui Agensi Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Asing (Puspal).

Kenyataan tersebut adalah menjawab soalan Chong Zhemin (PH-Kampar) berhubung senarai konsert dirancang untuk 2025 dan impak ekonominya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada 5 November lalu memaklumkan konsert dan acara bukan sukan di venue utama seperti Stadium Nasional Bukit Jalil dan Arena Axiata menjana lebih banyak pendapatan berbanding acara sukan tradisional.

Hannah menekankan bahawa trend itu menunjukkan kepentingan yang semakin meningkat untuk mempelbagaikan tawaran acara bagi memaksimumkan penggunaan dan keuntungan kemudahan sukan negara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Wajar ke idok GV.. ? Hiburan lahgho kat TV tiap2 minggu buat2 x nmpk pulak.

Nak main naratif maksiat… neraka jgn pilih bulu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 12:51 AM | Show all posts
Adakah salah satunya band adik beradik yg baru berdamai dan comolot? kalo benar2 kejadian, selamat tabung akak drpd dipecahkan dpt la jugak sponsor tiket anak2 buah pergi sama2 tengok Oasis. pakai jaket parka ber- sing along... Someday you will find me caught beneath the landsliiiide, in a champagne supernova in the skyyyy...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:23 AM | Show all posts
why not?
dr segi tourism & economy dh benefit msia kan.
mmg la hiburan tp idok nya tiap concert tu mampu pi.
tiket pn dh mahai mcm apa ja.
msian meleis ttp bkira utk spend over rm500 utk concert.

better la mak beli emas yg tgh mdaki xda tanda nk junam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:20 AM | Show all posts
manopBKK replied at 11-11-2024 10:56 PM
Wajar ke idok GV.. ? Hiburan lahgho kat TV tiap2 minggu buat2 x nmpk pulak.

Nak main naratif maksia ...

Mujur taknah minat tgk GV.. Era kegemilangan rancangan realiti hiburan dah lama berlalu sejak 18 tahun lalu.. Lebih baik layan laptop gaming yang ada After Effects + Premiere Pro + Photoshop + Illustrator daripada tgk GV.

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ok suka suka...ada kpop x? i lg suka retis yindon mcm govinda aritu...mahalini..rossa..
govinda ritu i.dpt tiket free dr gergx
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2024 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 11-11-2024 04:51 PM
Adakah salah satunya band adik beradik yg baru berdamai dan comolot?   kalo benar2 keja ...

Macam tak mungkin ja nak datang tanahair.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Linkin Park pijak Malaysia di tahun 2025.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Kylie Minogue pijak Malaysia di tahun 2025.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 12-11-2024 10:52 AM
ok suka suka...ada kpop x? i lg suka retis yindon mcm govinda aritu...mahalini..rossa..
...

Sis..if ada tic free lagi..roger la aiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nurdianah at 12-11-2024 01:04 PM

Knp soklan cam negara ni taliban yg takbir eh…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 12-11-2024 12:36 PM
Sis..if ada tic free lagi..roger la aiii

nk tic free kena beli brg
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 01:25 PM | Show all posts
wajarlah xkn  asyik nak beryahanana je
tu yg ramai gi golok asyik yahanana je

yg xwajar pinjam duit kawan beli tiket
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 01:38 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 12-11-2024 01:45 PM

Mengapa banyak betul artis asing yang akan gelar konsert di Malaysia ahun 2025 ?
Heran.... mengapa pihak kerajaan Malaysia  X nak support artis atau diva Malaysia pemenang Grammy Award macam  Aina Abdul  Jackson, Shila Amzah Swift,  Siti Nurhaliza Britney dan tentu saja the top artist  Datuk Aliff Sukri Sinatra untuk pentas konsert  ke negara-negara luar Malaysia ?

Jangan lupa... Anda adalah Mahawangsa sehingga pasti industri hiburan anda akan Terpaling bagus dan berquality  ketimbang yang akan konsert nanti di Malaysia ....

KIni tiba saatnya ... You have to convince  the World that you are  the Best .....Hehehehe




Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 01:51 PM | Show all posts
Of kos la wajarrr.. Lagi mau tanya kaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
buat je la...
yg nak pergi silakan...
agak2 rasa maksiat terkinja2 duduk rumah sudah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
i rs kerajaan blh bg syarat tambahan sape2 nk buat konsert kat msia kn bg team budaya msia buat opening slot dlm 5-10min camtu. so mcm satu signature la yg konsert tu kat msia.
blh la bg pengetahuan sikit kat penonton luar budaya kita apa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 12-11-2024 01:18 PM
nk tic free kena beli brg


Amboiii..MLM sgt ????;;
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak OT...wajar je...industri hiliran boleh dpt faedahnya juga...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 05:27 PM | Show all posts
21 ja, and mostly kat Lembah Klang kan. Seperti biasa rakyat serambi akan terpinggir nasib baik Golok tak jauh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.074577 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list