CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: NIXAR

[Tempatan] JAKIM sahkan tiada DNA babi dlm Cadbury. Update : Pegawai JAKIM sedia makan

[Copy link]
 Author| Post time 3-6-2014 02:18 PM | Show all posts
TERKINI
KKM tidak menolak kemungkinan pencemaran sampel
03/06/2014 2:02pm


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis di makmal sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu memang diambil di pasaran bukan dari kilang dan kemungkinan berlaku pencemaran mungkin ada.

"Keputusan itu masih positif tetapi kemungkinan sampel tersebut diambil dari tempat yang tercemar tidak boleh diketepikan dan kami tidak meragui ujian makmal itu tetapi sampel itu tidak diambil dari kilang," katanya di sini hari ini.

Dr. Noor Hisham menjelaskan KKM dalam pada itu akan menyiasat untuk mengenal pasti punca pencemaran itu.

Sehubungan itu, KKM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeratkan kerjasama dalam pemantauan dan usaha bersama untuk menyeragamkan penilaian makmal kepada tanda aras yang disahkan oleh Standard Malaysia seperti yang telah dinyatakan.

Pada 24 Mei lepas, KKM mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan 'porcine' atau DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 November 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Januari 2015.

Jakim pula semalam mengesahkan dua sampel produk coklat tersebut yang

diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan oleh makmal Jabatan Kimia tidak mengandungi DNA babi. - Bernama

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/conten ... 4.htm#ixzz33YQq2Q16
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2014 02:23 PM | Show all posts
NIXAR posted on 3-6-2014 02:18 PM
TERKINI
KKM tidak menolak kemungkinan pencemaran sampel
03/06/2014 2:02pm

nak tanya lobai..kkm ni dia test plastik yang balut ceklat tu ke or test isi dalam?..tak tahu la kot2 dia test plastik cover..sebab kalo tercemar..ceklat tu kan dah sealed masa production....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 02:30 PM | Show all posts
truly posted on 3-6-2014 01:07 PM
Ataupun kotak cekelat tu letak sebelah tupperware bawak daging babey hahahaha.

Btw, kat post ma ...

ujian kedua Jakim ni membuatkan orang makin pening..KKM buat ujian coklat dipasaran..Jakim ambil terus dari kilang....kedua2 kaedah tu dah tak sama..

mungkin pengeluar dah tukar bahan2 adunan...itu pasal Jakim uji negatif...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 02:33 PM | Show all posts
gede-bab posted on 3-6-2014 02:30 PM
ujian kedua Jakim ni membuatkan orang makin pening..KKM buat ujian coklat dipasaran..Jakim ambil t ...

tul tu lobai nuart....batch yang berlainan..dan raw material pon blom tentu sama.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2014 02:49 PM | Show all posts
razhar posted on 3-6-2014 02:23 PM
nak tanya lobai..kkm ni dia test plastik yang balut ceklat tu ke or test isi dalam?..tak tahu ...

mana la aku tau lobai....hang pi masuk lab depa la. ckp hang dr FDA Amrika
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 03:07 PM | Show all posts
"orang dalam" post kat FB...kata diorang dipaksa n tekan pihak2 berkenaan tukar report asal dan sebagainya...sebab nak jaga 2 company pemegang saham utama. company besar dalam malaysia. wallahualam. tanggung la dosa siapa yang terlibat ye.

ape ape pun personally  boycott je cadbury bye cadbury.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2014 03:09 PM | Show all posts
NIXAR posted on 3-6-2014 02:16 PM
ye la. dh penat bersihkan darah tahan sakit pelbagai. rupanya nan hado......i wonder cemana la mak ...

ntah la labu...
moga acik tersebut bertabah hendaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 04:28 PM | Show all posts
limesherbet posted on 3-6-2014 03:07 PM
"orang dalam" post kat FB...kata diorang dipaksa n tekan pihak2 berkenaan tukar report asal dan seba ...

sapa org dalam tu?...Faiz Mohd Noor ka?.

kalau dia org dalam tu...dah kena report polis dah..krn memfitnah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2014 04:33 PM | Show all posts
it's too easy to say org fitnah org today. simply because takde bukti kukuh untuk buktikan org atas buat dosa. ape2 pun whether betul atau tak tuhan je yg tau. tak brani cakap sapa betul salah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 04:45 PM | Show all posts
limesherbet posted on 3-6-2014 04:33 PM
it's too easy to say org fitnah org today. simply because takde bukti kukuh untuk buktikan org atas  ...

apa yg susahnya..dah kena report polis..masuk mahkamah lah...masa tu kalau betul apa yg dia cakap tu..selamat lah dia dari dihukum fitnah...kalau terbukti dia bersalah memfitnah..terima lah hukumannya.

kita pun tak tahu sahih ke tidak dia org dalam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 04:46 PM | Show all posts
Coklat Cadbury halal, selamat dimakan - Kementerian Kesihatan

KUALA LUMPUR 3 Jun - Kementerian Kesihatan telah mula menyiasat individu dari pihaknya yang membocorkan laporan awal ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) dalam kandungan coklat Cadbury.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahya mengesahkan bahawa pihaknya telah melakukan kesilapan ketika membuat pengumuman pertama.


Katanya, induvidu dalam kementerian berkenaan tidak seharusnya membocorkan maklumat awal tersebut sebelum ujian makanan dijalankan ke atas bahan terbabit.

Tambahnya, orang ramai juga boleh meyakini siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah membuat pengesahan produk itu tidak mengandungi unsur haram dan selamat dimakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Kesihatan Antarabangsa 2014 (APHM) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... hatan#ixzz33Z19Crhy
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 06:50 PM | Show all posts
  1. <div class="quote"><blockquote>
Copy the Code
Satu dunia rujuk pd kita kerana kita ada prosedur menentu kehalalan terbaik. Tiba2 JAKIM diragui. So dh tentu kredibiliti Jakim dan jg Malaysia tercemar.

ayat ni buat saya rasa was2 dengan ujian jakim kali kedua ni...DAN betulkah KKM tidak siasat dengan betul2 sebelum mewarwarkan issue ni..and adakah sample yg depa test tu hanya dari tempat yang sama..
i rasa KKM pun mesti tahu resiko yg mereka akan hadapi jika benda ni tidak betul Last edited by yasinfi on 3-6-2014 07:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan Dan KKM pon tukar statement, pehtu cari the whistleblower..

Pembelit...

Damage is done...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 08:32 PM | Show all posts
NIXAR posted on 3-6-2014 02:18 PM
TERKINI
KKM tidak menolak kemungkinan pencemaran sampel
03/06/2014 2:02pm

Aku pun pening mcm mana boleh berlaku pencemaran sedangkan benda tu dibungkus siap dari kilang. Lainlah kalau cadbury tu wholesaler yang jual coklat secara pukal ke syarikat lain untuk packaging.

Kalaupun ada air babi menitik ke atas packaging, tak mungkin ia boleh meresap masuk hingga ke dalam coklat sebab benda tu sealed.

Jika benar ini adalah puncanya, maka kita boleh rumuskan bahawa selama ini kita mungkin telah consume produk bercop halal yang telah dicemari unsur babi (pada packaging). Macam mana nak jamin tiada unsur babi bersentuh dengan produk itu dari pengilang hingga ke peruncit? Aku berpendapat ujian itu memang patut dibuat di sumber sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
NIXAR posted on 2-6-2014 12:03 PM
kejap ade kejap xde....penat je makcik tu nangis2 nak cuci darah

dia test coklat dari kilang. Yg positif ada DNA babi dari cadbury on shelf yg expired pd 2014 tu... Naif betul penguatkuasa Jakim ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
atira posted on 2-6-2014 12:06 PM
lepas ni.. kalau ada berita pasal dna babi..
mmg aku nak sumpah sekor2 supaya pergi sembah berhala

Aku plak mls da nk caya. Ingt lg secret recipe dlu konon xhalal.. Sblum tu psal mcd kot.. Tp semua xbtol.. Last2 skg bila dgr pasal rumours ada mknan xhalal, aku mkn je.. Sb mnyampah. Last2 msty xde. Tp cadbury xmkn la sb xminat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2014 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
gede-bab posted on 3-6-2014 02:30 PM
ujian kedua Jakim ni membuatkan orang makin pening..KKM buat ujian coklat dipasaran..Jakim ambil t ...

betul...tak kan bodoh org yg guna lemak babi (dikesan sbgi DNA) tu nak terus buat begitu jika dah heboh cadbury ada babi.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Teh_90 posted on 3-6-2014 08:53 PM
betul...tak kan bodoh org yg guna lemak babi (dikesan sbgi DNA) tu nak terus buat begitu jika dah  ...

tak minat coklat....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 09:07 PM | Show all posts
Teh_90 posted on 3-6-2014 08:53 PM
betul...tak kan bodoh org yg guna lemak babi (dikesan sbgi DNA) tu nak terus buat begitu jika dah  ...

then bila dah reda?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk dengar result test dr indonesia dan saudi. Ape reault dia?
Diorang satu2 nye yg kita boleh harap kalau masing2 dh ilang kepercayaan kat jakim...

Semoga resultnye menyebelahi jakim, kalau x. Abis lah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.475543 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list