CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: syedhafiz1234

pengalaman bersama orang yang disukai bunian.

[Copy link]
Post time 16-10-2012 02:24 PM | Show all posts
syedhafiz1234 posted on 16-10-2012 02:14 PM
bro..nak tanya..

kalau berkawan contohnya jin itu jin islam... dan gunakan ia untuk tujuan bagu ...

Jangan kita sekali2 menyekutukan Allah dengan Jin, walaupun Jin kuffar ataupun Jin Islam. Bukan kah sudah ada amalan Ruqyah Syar'iyyah yang dapat dipelajari sejajar Sunnah dalam melawan penyakit2 ghaib ni serta perubatan moden melawan penyakit2 konvensional.

Jin tetap jin. Sedangkan manusia Islam pun ada yang baik & ada yang jahat, inikan pula Jin Islam. Jin Islam yang benar2 beriman takkan mendampingi manusia, melainkan mereka hadir bersama dalam majlis2 ilmu agama di masjid atau tumpang beribadat bersama tanpa kita sedari.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2012 02:29 PM | Show all posts
sebenarnya... kes2 mistik dimasukkan kerana. banyak sangat penyelewangan agama.. dunia akhir zaman., isu2 ditimbulkan untuk kita beljar. dengar pendapat dan mengkaji baik buruk sesuatu

bab mistik nie memang dri kecik dah minat lepas kena santau masa tingkatan 4 dulu2 sekolah kat teknk chenor... masa tu 50-50 kat hospital bentong... taksedar diri. darah kuar ikut mulut,hidung dan telinga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 02:30 PM | Show all posts
robotech posted on 16-10-2012 02:24 PM
Jangan kita sekali2 menyekutukan Allah dengan Jin, walaupun Jin kuffar ataupun Jin Islam. Bukan ka ...

jawapan yang tepat...


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 11:32 AM | Show all posts
ada sedikit maklumat ttg bunian di sini...

http://bentaratujuh.blogspot.com ... &max-results=15
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 12:04 PM | Show all posts
Maaf yer Carlito....pada aku Blog tu perbicaraan nyer di awangan..jauh untuk akal menerimanyer..
kesimpulannyer bagi aku blog tu..tak boleh buat sandaran.

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 10:42 PM | Show all posts
Salam... EB beri komen ni based on experience EB. Bukan niat utk kecil kan hati sapa2.

Bersahabat atau mempunyai shabat bunian / Jin Islam ni memang lar nampak harmless, (at first) tapi Dugan yang datang lepas tu membezakan samada kita ni boleh terima ke tidak sahabat ni. Macam kes EB, 'sahabat' EB ni berkawan dari kecik lagi. Tak pernah EB seru, Bukan dari mak dan ayah, jauh sekali saka dari atok. Pernah hilang dari hidup EB seketika, tapi lepas tu dtg balik sebab nak 'protect' EB. Having him around tidak pernah mendatangkan masalah langsung. He was never a problem. Yelah, sahabat EB dari kecil lagikan. Masalahnya ialah dugaan yang datang selepas itu.. Almaklumlah bukan fitrah manusia utk melihat dan berinteraksi dengan mereka. Jadi, once kita berinteraksi dgn mereka ni, it will attract other entiti negatif yang lain. Kita akan experience 'diikuti' dan diganggu. Orang2 tersayang pun dia kacau, kita tak nampak... tapi, entiti lain ini akan menganggu keharmonian rumah tangga, family selalu tak sihat Dan mcm2 lagi. Nyaris cerai berai tau.

Logiknya, and the reason why benda2 ni hinggap dkt kita adalah sebab kita allow diri kita didekati energi negatif ini, yg lain akan datang like magnets kpd kita. Justeru itu, fikir2 kan lah dulu kalau kita nak terima mereka ini sebagai sahabat kita. Kalau sayangkan org2 yang kita sayang, especially anak2, lebih baik tak ada dari ada. Banyak buruk dari baiknya. Sekian...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-10-2012 12:04 AM | Show all posts
EmakBonda posted on 17-10-2012 10:42 PM
Salam... EB beri komen ni based on experience EB. Bukan niat utk kecil kan hati sapa2.

Bersahabat ...

adakah itu sahabat dari qarin diri atau dari keturunan.???

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 02:14 AM | Show all posts
jgn carik pasal nak kawan dengan bunian sedangkan manusia yang kita nampak depan mata ni pon tak tau lagi islam ke tidak ini pula yang mmg jasadnyer ghaib tak nampak....

kesimpulannya , jgn kawan dgn bunian a.k.a jin, for what ever reasons
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2012 08:10 AM | Show all posts
syedhafiz1234 posted on 18-10-2012 12:04 AM
adakah itu sahabat dari qarin diri atau dari keturunan.???

Bukan qarin diri mahupun keturunan. He was my childhood 'friend'. EB tak nak cerita lebih2 sbb this not my thread. Nanti jadi kisah hidup EB pulak dalam thread nih. Nak tau, cari my thread... It's somewhere around here. However, EB terpanggil utk menjawab your posting ni kerana ada sebab musababnya. Tapi apa yang EB mampu hanyalah bagi pandangan Dan Ianya bukan nasihat pun sebab EB rasa EB belum layak nak nasihat orang lagi.

Secara kasarnya kita tak nampak kesannya befriending a djin nih. It's the aftermath that we worry. U may think that you can control it... But you don't, actually. Lagi byk kita berinteraksi dengan benda2 mistik ni, lagi Banyak negatif entities datang. Macam kita bukak kita punya gateway kat drg untuk masuk. Dan drg ni macam kita jugak, banyak bangsa, ada keturunan, ada kampung, ada negeri, ada kerajaan. Yelah, drg telah menghuni bumi jauh lebih lama dari kita. Macam2 ada - Jan, Jin, Al Hin dan not limited pada itu saja ye. Ada banyak lagi, yang kita tak pernah dengar. Some may say they are Muslim tapi sebenarnya tak. Drg pun ada free thinker. Dan ada jenih keturunan jin ni lagi best - drg rasa drg ni dewa2 and selected beings, so drg muncul kat manusia2 yang jahil dan mengaku dewa2, ada jugak yang percaya dan sembah. Habis... where do you think the Greeks or earlier civilization got the idea untuk sembah Zeus lar, Poseidon lar what so ever. Sampai macam tu sekali involvement Jin ni dalam evolution manusia. Jangan ketawa dan jangan pelik, orang yang tak alaminya saja akan cakap benda2 ni mengarut.

Kita selalu bagi reason nak mengubat orang lar, ilmu putih lar, nak ke arah kebaikan lar... Tapi kita berkemcimpung tanpa mengetahui apa yang bakal jadi kepada kita. Macam pakai kredit kad lar, kita ambil utk emergency kan? Tapi selalu terbeli barang 'emergency' macam perfume lar, baju baru lar - emergency lar tu. Sama gak dgn berkawan dgn Jin atau bunian ni. Kita kata utk kebaikan, tapi mesti ada terpesong punya.  In some cases, boleh jatuh syirik! Naudzubillah... Kita tidak ingin mati kafir... Kang tak pasal2 ada yang sembah Neptune karang. Naudzubillah...

My best suggestion to you is stop playing around with something you don't know. Takut menyesal di kemudian hari. I know, because I was there, been there, done that and took a picture of it! I am nearly at my 40s now, and not a single day that I have not regret sebab tak pergi 'clear'kan awal2. Kesannya sampai sekarang. Mungkin sudah tertulis, mungkin sudah tercatat... Segalanya mungkin. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 11:58 AM | Show all posts
Tuhan kata : maka tidak aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk patuh dan beribadat kepadaKU.
semuanya makhluk ja. tiada yang lebih berkuasa dariNya maha pencipta.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 04:03 PM | Show all posts
buat apa nak berkawan dgn bunian, jin smua tu.. mendatangkan masalah nti..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 10:07 AM | Show all posts
Huhuhuhu beraninyer....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 06:18 PM | Show all posts
salam tt..
saya nak citerkan satu kisah,masa saya muda remaja dulu,
kt kg.saya ni ade seorang imam yg selalu bawak moto cam pelesit,bedesupp je,siap leh mencilok2,ade satu kes tu,sampai nak terlanggar budak muda,tp dia buat derk...je, kita orang muda pulak yg segan..time dia lalu..kenalah bawak pelan2 sebab nak bagi laluan kt champion kg.tu lalu nak gi mesjid,
satu hari,kitorang buat satu group utk bersihkan kawasan taman permainan,tanah perkuburan dan masjid...dikepalai oleh seorang sahabat saya yg menetap di kg.smpai sekarang.
memula tu nak mintak income dr tok ketua.tp bila xdpt,kami gunakan kelengkapan dan modal minyak petrol sendiri dulu..
bermulalah projek ngo pertama kami,bermula dari taman permainan,tengah syok menebas semak dan mengecat court,kami disapa oleh imam,dia kata bila dah selesai tu moh le kemasjid,solat dan sambung balik lepas tu..kami mengiyakan je pelawaannya.

bila selesai solat asar tu,kami dijamu kuih dan minum petang yg dah tersedia kt beranda masjid(dulu2 masa kecik2,time raya semua penduduk kg,akan makan dan bertukar juadah bila selesai solat raya kt tpt tu).tpt lain panggil ape ye?..tpt ni lam masjid jugak tp lantai bersimen...kalau moreh puasa org makan kt tpt tu..mcm kt masjid kg.melayu ampang.

ok sambung balik,masa tu kami rasa seronok sangat,maklum la dpt makan free...imam tu kata,makan la, ade orang kasi utk korang..bagus korang ye...sambil mengunyah kuih cucur badak,saya dan rakan lain terserentak ckp...ini idea dia..sambil menunjuk kt kawan sy yg tgh gelojoh telan mehun goreng..dia tersengih kambing je..tenkiu pak imam..kitorang nak sambung keje ni...
ok,esok kat kawasan masjid pulakkan? kata imam.."aah,kami mengangguk..

malam tu,cam biasa kami lepak2,sambil mintak badan diurut rakan lain sebab habis semua sendi lenguh2,..semua merasa pakai mesin rumput,..mmg bergegar badan waktu guna mesin tu,padahnya malam lenguh2..hahaha padan muka kitorang..
esoknya cam waktu biasa,kitorang ke masjid pulak..sambil menunggu rakan yg lain tiba,terpacul dr mulut kawan saya pasal siapa yg bagi tau kt pak imam dan orang kg.tentang projek ngo ni?.padahal dah janji,ngan family pon kena rahsia dulu...???
bila semua dah berkumpul,perbincangan tu jadi topik hangat,tp kerja kami xlupa,sambil mengemas kwsn masjid yg semak tu,sambil kitorang bertanya siapa yg wat kecoh,nak kata tok ketua..mesti dia lupa sebab mintak modal tu pun dah sebulan berlalu,mesti dia lupa...tgh dok bekerja tu,pak imam sampai..dia kata nak teman kitorang menebas semak..dan bersolat bersama,

bila dah selesai,..seronok pulak tgk kawasan masjid jadi lapang..memang penat,siap perambat vavi bersarang lg kt kwsn tu,..kena sengat tebuan..huhuhu,...cam biasa kami dihidangkan makanan yg sama mcm kelmarin@semalam..sambil bersembang,rakan saya bertanya akan permasalahan kami pada pak imam tu,jawapannya mudah je,kawan tok bagi tahu kat tok 3hari lepas,pasal korang nak buat aktiviti ni,..dia bertembung dengan si A dan si B(kawan saya) kt kolbot(terowong utk tali air) kubur,korang tgh bersembang jadik ke xjadik nak join,..makanan ni semua dia lah yg sponsor,..oooo,baru la kitorang tahu...

tapi sapa dia tu pak imam?,dia tu datang belajar ngaji ngan tok kt mesjid...baru td dia balik lepas ngantorkan juadah ni semua dan bersolat bersama..
aik?..saya yg last masuk saf pak imam?.sebab td saya ke tandas gi berak?,rakan saya mencelah..xde pun semua ni? bila dia letak?
pak imam tersengih..dia cakap,orang tu bukan manusia,dan dia jamu kamu pun dengan makanan kesukaan masing2..haaaa....makin melopong la mulut kami...
lepas tu baru lah pak imam ni bercerita,mcm mana dia bertemu dengan orang ni,
waktu tu cam biasa tok ke masjid,sebelum tok bilal sampai,tok datang masjid,bukakkn pintu besar,bukak semua pintu mesjid lepas tu ngaji sesorang,ade satu pagi tu,tengah sedap ngaji,..ada satu suara entah dr mana menegur dan bertanya pasal maksud sebaris ayat dalam surah tu...tok berpaling kiri kanan..ingat ke tok bilal buat kelakar..tok sambung balik ngaji,ditegur benda yang sama..tok terdiam sekejap..dan berhenti ngaji..pastu tok ngaji ulang balik surah tu dari awal..sampai tpt tok berenti ngaji tu lg sekali..suara tu bertanya lg...tok cakap,macam mana nak terangkan,sedangkan xde orang?.suara tu bersetuju dengan pendapat tok...dan dia menjelma..tok terangkan maksud dalam surah tu kat dia..dia menangis,pastu dia nak belajor ngaji ngan tok..tu jela...

haaaa...lg melopong la mulut kami,bunian ke tok?soalan melampau kami..aah,.jin jenis bunian,..dan kolbot tu,merentas tepi kubur tu jalan diorang la..jalan mereka tu,jgn la dah tahu,korang gi kencing ke,ape ke kt situ pulak..pak imam kasi warning,
ooo...xsyirik ke berdamping ngan jin ni tok?,tanya kami lagi,syirik la kalau menyekutukan ALLAH,dan mempergunakan kekuatan serta kelebihan mereka...xkan xde pak imam kt tpt diorang tok?...ada..jawab pak imam,tp kelebihan kita ialah 100% lengkap kejadianNYA...ade nafsu,ade hati,ade nur,ade shahwat...dll..mereka pulak,kekurangan dr itu,..tp kelebihan mereka ialah kekuatan,ade yg boleh terbang,cabut pokok sebelah tgn dll,sebab tu mereka ni sombong dgn kelebihan itu,sekuat2 mereka,sehebat2 mereka ni,ade satu masalah,mereka mudah mempercayai sesuatu tanpa berfikir panjang,sebab tu golongan jin ni,golongan yg paling banyak bertukar agama,sekejap islam,esok kristian,lusa hindu,tulat majusi,tulit sembah pokok pulak,pastu langsung xpercaya agama pun ada...itulah golongan jin..

ooo..baru kami tau..jawab kami serentak...lepas sembang2 tu..kitorang balik rumah memasing,lepas kejadian tu kami sering bertemu dan berbual2..sampai sekarang saya masih ingat lg kisah tu...pak imam tu pon dah meninggal,tp sekarang xde pon imam yg baru mewarisi beliau,sejam sebelum masuk waktu solat ngaji dan lepas waktu solat isyak,ngaji...
kalau ade pon subuh dan marghrib je....

betul ke kisah dan cerita pak imam tu?,..dan jalan penceritaan diatas tu ade sedikit penambahan sebab kalau guna bahasa kampung,kompom ramai xtau,


Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.055978 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list