|
[Tempatan]
BERITA SEDIH - TIADA LAGI LANTIKAN TETAP DALAM PERKHIDMATAN AWAM BERMULA FEB 2024
[Copy link]
|
|
Alhamdulillah....PMX berani buat perubahan.
Staf Gomen (kecuali KKM, Bomba, Tentera) kerja makan tido je sesambil makan suap. Apa barang mahu gaji tinggi dan pencen sampai mati |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by asmurai at 29-1-2024 08:56 AM
Kalau ikutkan, kerja driver, kerja tukang kebun, kerja menoreh getah, kerja kutip sampah pun susah juga jadi adakah kena bayar gaji sama rata sama macam cikgu, doktor, engineer juga sebab susah? Memang semua kerja susah, mana ada kerja senang. Mati je yang senang, tak payah kerja, tak payah fikir nak cari makan dah. Doktor, engineer, arkitek semua tu scale gaji dalam gomen lebih tinggi sebab bidang profesional. Belajar pun susah. Kerja pun susah melibatkan nyawa orang. Doktor, engineer, arkitek semua ni bukan goyang kaki tiba tiba dapat status sebegitu. Zaman sekolah orang lain lepak-lepak, yang nak ambik medic, engineering semua ni study sakan semata mata nak straight A. Di universiti budak budak medic, engine hari hari pegang buku. Budak course lain sebelum exam pun boleh pulun lagi, waktu lain lepak-lepak, berdating, aktif berpersatuan, belajar berniaga. Student archi selalu tak balik rumah, tidur kat studio nak siapkan design. Budak medic zaman student dan housemanship lagi dah berlatih tidur kat wad, walaupun taklah setiap hari. Ada yang tak kahwin semata-mata nak kejar cita cita jadi pakar. Yang dah berkahwin, ada yang rumahtangga berantakan dalam proses nak sambung kepakaran. Ada yang anak terabai atau tidak mendapat perhatian semasa proses tersebut.
Aku pun malas nak geng dengan geng geng cikgu sebab kawan sekolah aku yang jadi cikgu ni mulut hazabedah. Kepochi pun ya jugak. Adeke dikatanya aku ni mengejar kerjaya la sebab aku anak sorang, diaorang cikgu ni anak ramai. Ada tu pulak cakap nasib baik tak kahwin dengan aku, sebab aku bz tak banyak masa nak uruskan family. Apekah mulut nak kena cili ke? Aku selalu tak ada masa nak uruskan family, nasib baik laki aku yang banyak tolong dan reti bertolak ansur. Kalau ikut orang lain spt cikgu ramai je suka mengelat asyik nak cuti beranak setiap tahun sebab nak mengelat kerja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang nak dimarah dan dengki dengan kerjaya orang lain.
Kerjaya adalah pilihan, nak jadi apa pun didunia ini itu adalah pilihan. Sebab itu disini orang lain tidak berhak untuk nak bercakap atau nak kecam tentang kerjaya orang lain sebab tidak ada sebab langsung.
Kalau nak kerja kerajaan ker, kerja swasta kah adalah suatu pilihan mutlak sendiri. Tak ada orang paksa, bukankah bila dipaksa ramai yang tidak akan setuju. Jadi, ianya sebenarnya adalah gamble, apa yang kita dapat dimasa depan terpaksa dihadapi. Jika diimbas kembali, pekerja swasta tahun 80an dan 90an itu adalah pilihan kerana mempunyai gaji yang lebih tinggi dan mewah berbanding kerajaan, spt contoh banding engineer kerajaan dengan engineer swasta masa itu. Jika sudah memilih kerja swasta masa itu, maka itu adalah pilihan masing-masing.
Orang yang berhak untuk bercakap pasal kerjaya adalah orang yang bekerja dlm kerjaya itu sendiri, tidak perlu orang lain spt tujuan kononnya nak jaga kepentingan kerjaya orang lain jika tidak berhak, bukan pentadbir dan tidak layak pun.
Bila ada orang lain bercakap pasal kepentingan kerjaya orang lain maka perlu dipersoalkan kenapa mereka ada keinginan nak bercakap pasal kerjaya orang lain
Apa penyebabnya, tiada lain sebab utamanya ialah perasaan dengki. Mereka bukan manage kerjaya, bukan bos, memang tak ada hak pun. Jadi, masalah utama disini ialah hasil percakapan dan pemikiran orang dengki tidak memberi manafaat kepada kerjaya orang lain. Ianya hanya menyebarkan hate dan huru-hara, hanya menambah masalah sahaja. Perlukah perkara spt ini disebarkan dan dianggap betul?
Tindakan yang betul ialah perjuangkan kerjaya masing-masing dalam jalur masing-masing.
|
|
|
|
|
|
|
|
asmurai replied at 29-1-2024 08:51 AM
Kalau ikutkan, kerja driver, kerja tukang kebun, kerja menoreh getah, kerja kutip sampah pun susah ...
Jangan nilai orang tu berdasarkan kerja dia, nilai la sebab individu itu sendiri.
Yang penting bersyukur apa yang ada. Apa awak tak sedar mungkin kawan awak cikgu cemburu degan pencapaian awak.
Anak ramai, sepuluh sebelas bukan penghalang nak berjaya sebenarnya, siapa ada perancangan baik masa datang dia tak akan cemburu orang sekarang.
Ada pencen bukan beerti akan senang lepas pencen, banyak risiko dan hal dihadapan kita tak nampak, contoh kena scam, orang hutang tak kena bayar, banyak duit pun hati tak senang, nak melancong, dah uzur, dah uzur nak mati risau anak bergaduh duit pencen berkepuk dalam bank. Awak fikir gitu je la awak fikir supaya tak terasa dengki dengan golongan ada pencen. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tagas at 29-1-2024 12:56 PM
Pasni sape2 wife yg husband nya keje gomen
dah bleh la heret husband tukar penama epf
kpd penama isteri
kot kot masih ada suami yg
letak penama ibu etc
al maklumlah byk kisah2 sedih isteri slps
kematian suami (mana yg faham tu fhm la) |
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 28-1-2024 08:12 PM
Dey, benda ni dah bertahun org bgtau. In the long run, skim pencen negara ni unsustainable. Tapi x ...
bodoh..
aku tak 100% menentang dan juga tak 100% sokong pasal isu pelantikan tetap dan mansuh pencen.. ada pro dan kontra.. semua polisi pasal ekonomi pun mcm tu, ada pro dan kontra yg tersendiri.. dah lama dah dalam porem ni aku bgtau ekonomi tu bersifat subjektif dan boleh diacu ikut kreativiti pemimpin
tiap satu2 polisi yg nak diimplementasikan tu boleh jadi baik dan berjaya jika dibuat berdasarkan strategi yg baik dan disusuli dgn strategi2 seterusnya yg baik.. termasuk la dgn pelantikan secara kontrak dan mansuh pencen ni.. ia boleh jua jadi sesuatu yg baik dan menguntungkan negara pada masa akan dtg.. yg penting adalah strategi yg baik dan disusuli dgn strategi2 yg baik
isu ni jadik kecoh dan kelam-kelibut sbb menteri2 bodoh tak tau buat kerja ikut strategi yg baik.. pi bgtau kat umum pehtu cakap tak habis kaji la, ada yg kena pilih satu pencen la, kemudian tak spesifik bagitau golongan penjawat awam taraf mana yg paling banyak dan paling kurang terkesan, dll..
study la abis2 dulu sblm umum dan bila nak umum tu, umum la secara tertib, terpenrici dan rasmi melalui platform rasmi media kerajaan.. aku ulang lagi sekali.. secara tertib, terperinci dan rasmi
politikus2 bodoh jadi menteri2 bodoh tak tau buat buat kerja dgn baik kemudian dapat pula sokongan tak berbelah bahagi drpd penyokong2 politik yg bongok.. mcm ko |
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 29-1-2024 05:12 PM
bodoh..
aku tak 100% menentang dan juga tak 100% sokong pasal isu pelantikan tetap dan mansuh pe ...
Yg x faham tu hang. Lantikan secara kontrak ni utk penjawat baru & hanya untuk sementara waktu shj. Lepas Kabinet dah luluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tapi tidak berpencen ni, baru depa ni akan diserap jadi tetap.
Announcement mmg kena dibuat awal supaya rakyat boleh bersedia. Masalah yg selalu terjadi bila orang2 yg x paham buat2 paham & mislead org ramai kononnya penjawat sedia ada pun bakal kehilangan pencen. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by terma2nkondisi2 at 30-1-2024 10:02 AM
Apoo replied at 29-1-2024 09:35 PM
Yg x faham tu hang. Lantikan secara kontrak ni utk penjawat baru & hanya untuk sementara waktu shj ...
yg bodoh tu ko.. poin aku dalam post terdahulu adalah bermaksud, menteri2 termasuk anwar ibrahim yg kononnya amat hebat sangat buat kerja tu, telah buat kerja secara tak teratur dan kelam-kabut.. tu yg kecoh isu ni jadi hangat.. ko pulak yg melebih2 nak buat penjelasan bagi pihak menteri seolah2 ko tu menteri malaysia
politikus2 bodoh jadi menteri2 bodoh tak tau nak buat kerja secara teratur.. biar je la politikus2 tu yg bersusah-payah nak buat penjelasan.. yg ko pulak bersusah-payah nak tolong buat penjelasan.. terserlah sifat kelembuan (macai) sbg seorg penyokong politik
"Announcement mmg kena dibuat awal supaya rakyat boleh bersedia." <--- bodoh.. announcement mmg kena dibuat awal.. tapi dibuat setelah dikaji sehabis2nya dan penerangan dibuat secara tertib, terperinci dan rasmi.. ni menteri sendiri pun kelam-kabut dan tak jelas dalam penerangan yg dibuat
"Masalah yg selalu terjadi bila orang2 yg x paham buat2 paham & mislead org ramai kononnya penjawat sedia ada pun bakal kehilangan pencen." <--- yg pastinya bukan aku sbb aku tak komen apa2 pun pasal polisi kerajaan yg ni.. yg aku komen adalah politikus2 yg jadi menteri tak buat kerja dgn baik.. bila tak buat kerja dgn baik tu yg salah satu kesannya adalah salah faham dalam kalangan org awam
walaupun aku ada tulis yg ada org sebut pasal kj dan polisi zaman mahathir, aku tak sebut pun secara spesifik pada sapa2 dan post tu bersifat umum nak kutuk penyokong2 politik bodoh.. yg ko terhegeh2 nak reply post aku pehtu terhegeh2 nak buat penjelasan pasal polisi kerajaan tu pasaipa.. hang kerja jkom kaa.. bangang tak bertempat bersungguh2 nak menunjukkan sifat kemacaian kpd politikus |
|
|
|
|
|
|
| |
|