CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lily_lyssa

Keliru...

 Close [Copy link]
 Author| Post time 30-11-2007 12:04 PM | Show all posts
hahaha....
kalu korang tak kliru ngan citer ni,
tak boleh bg tajuk kliru la....
ekekekek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2007 12:04 PM | Show all posts
page!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2007 12:05 PM | Show all posts
nnt lily ltak lg dua bab yg lily da siap....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2007 12:35 PM | Show all posts
Bab 42

Aku menitiskan air mata.4 bulan dan akhirnya...Musnah!Semuanya musnah!Putra melabuhkan punggungnya di sisiku.Aku mengengsot menjauhi diri darinya.Benci menapak di hati.Namun,aku tidak yakin pada siapa benci it.Padaku atau pada Putra?Ah,mungkin padaku kerana melintas tidak mempedulikan kereta yang lalu lalang.

Aku membiarkan Putra meraih tanganku."I tahu...You nak tahu siapa punya baby tu and naper Lydia ada dengan I masa tu...So sorry...I'll miss our baby too...Tomorrow,I'll explain all...Kimi and Iz will be there."

Aku terkedu.Iz?Iz sudah..."Iz baru balik dari Barcelona.Tengah hari tadi...Bila dia dapat tahu jer you...Dia terus balik,"kata Putra.AKu mengangguk.

Tanganku dibawa ke bibirnya.Aku tersenyum kelat.Perlahan-lahan,aku merungkaikan pegangan itu dan baring di atas katil,membelakangkan Putra.Aku tahu berdosa tetapi...Air mataku tumpah.

Baby...Mama rindu...Aku mengetap gigi.Air mataku semakin lebat.Menunggu hari esok sungguh menyeksa jiwa.Kebenaran yang bakal terjawab...Aku tidak rela andainya memeritkan jiwa.Aku khuatir hatiku semakin parah...Luluh...Ngilu rasanya.

*******************************************************************************

"Dia isi air setan tu tapi Dia cakap tu air coke.Putra minum banyak gelas sebab ketagih.Putra mabuk and Dia..."Lydia menggigit bibirnya.Matanya dikatup.Air mat mengalir.Aku mengerti apa yang dilakukannya sehingga Putri Liana lahir.

Hatiku pedih tetapi itulah hakikatnya."Macam mana Iz ngan Kimi tau?"soalku.Iz dan Kimi berpandangan."Iz tak kenal Lydia tapi Kimi kenal..."kata Iz.

"Iz nak derma kat satu rumah kebajikan.Iz nampak bayi ni.Kecik lagi.Iz rasa tertarik pula nak ambik jadi adik angkat ke anak angkat ke.Bila minggu kemudiannya,Iz nak tengok semula,dia dah takder.Iz tanya penjaga kat situ.Dia kata mak kandung bayi tu dah ambik semula.Iz tanya nama mak baby tu...Lydia Binti Amirul.And then,Iz pernah citer kat Kimi yang iz nak ambik baby tu.Jadi Kimi tanya.And Iz citer.Dia terkejut.So we both go to dato' Amirul's house.Lydia cerita benda sebenar."

"Im nak bagitau kat Putra tapi Iz tak bagi...Iz kata tunggu Wana beranak but...Putra tahu sendiri.So,tetiap ari dia jumpa Lydia tapi takut Wana nampak.Putra takut emosi Wana terganggu sebab orang pregnant senang emo...So Kimi jadi driver..Putra letak kereta kat hotel and naik car Im,ambik Lydia gi makan-makan..."

"That day,the day before the accident...Im tarik tangaan Wana sebab takut Wana tahu?"soalku.Kimi mengangguk.Aku menggigit bibir dan mencapai tas tanganku.Aku ingin lari!Aku ingin lari dari semua ni!

Arrgghhh...Putra pasti mahu kawin dengan Lydia sebab Lydia ada anak dia.Aku?Kandunganku dah gugur...Air mataku berlinangan.Aku dapat rasa tanganku diraih.

Iz memandangku.Sinar dari matanya membuat aku terpujuk.Air mataku kering.Esakan sahaja yang tinggal.Putra merapatiku.

"Maafkan I,sweetie..."kata Putra.Aku menggeleng."You silap sebut...I ni tweetie,sweetie you Lydia!Bukan I!You know me...You boleh citer perkara sebenar kat I.Nak jumpa Liana?I bagi...I akan ikut kalau boleh sebab I pon suka budak-budak tapi...You lied...Meet Keith?Ian?So...Kenapa?You ingat I ni pompuan yang cepat marah?Apa?3 bulan kita kenal,9 bulan kita kawin...You tak kenal I lagi?I nak nangis pun susah ini...Benda macam ni I senang maafkan tapi kalau you menipu...It's hard to forgive...I'm sorry,"kataku.

"Honey..."Putra menarikku ke dalam dakapannya namun aku pantas menolak."Kita berpisah buat sementara...I nak fikir dulu...Sama ada kita teruskan perkahwinan ini,atau you jatuhkan talak ke atas I..."kataku.Putra terpempan.Aku berpaling pada Iz.

"No,Wana...Don't do thaat stupid decision...Take back your words,"katanya.Aku menggeleng."Wana dah besar nak bat keputusan sendiri.And,sorry sebab pengorbanan Iz selama ni membazir sebab...Wana rasa Iz dah dapat lihat masa depan perkahwinan ni...Agaknya masjid ni di bina dengan pasir!"kataku sebelum pergi.

Ahh...Kenapa tidak aku hilang ingatan sahaja masa kemalangan?Huh...Aku mengeluh di dalam teksi.Pandanganku dibuang ke luar sepanjang perjalanan itu.

"Mummy..."panggilku lemah.Mummy merenungku."Kenapa Wana?"soal mummy.Aku mengetapkan bibir dan berjalan perlahan ke ruang tamu.Tidak sampai 3 langkah,kepalaku sakit.Badanku juga tidak seimbang dan pandanganku kabur.Akhirnya,aku rebah.

*******************************************************************************

Aku mencelikkan mataku.Berpinar-pinar.Aku dapat melihat mummy,Mama Sara dan Iz di sekelilingku."Mimpi..."kataku tanpaku sedar.Apa?Aku bermimpi sahaja pasal Lydia tu?Tapi...

"Tak,Wana.Wana tak mimpi,"kedengaran satu suara.Dicelah-celah Iz dan mummy,Putra timbul.Air mataku seakan...Kering.Ak rasa mahu menangis tapi...Tidak keluar air mata ini.

Semua meninggalkan aku,Putra dan Lydia bertiga sahaja.Dia membisu,Putra tergamam dan aku kelu.Lidah ini sudah dipotong agaknya.Aku sudah tidak punya minat lagi untuk memandang wajah-wajah di hadapanku.Ah,tidak boleh!

"Err...Liana mana?"soalku."Kat rumah Dato' Amirul,"jawab Lydia."Darling rasa macam mana?"soal Putra."Pedih...Parah..."kataku bernada sindiran.

"So...Takkan nak biar Liana membesar tanpa bapa,"kataku.Putra dan Lydia berpandangan."Wana bagi korang kawin tapi...Putra kena ceraikan Wana dulu,"kataku.Putra tersentak.Begitu juga Lydia."Dengar Putra...Kalau Putra tak nak ceraikan Wana,Wana tak bagi Putra jumpa Lydia ataupun Liana...Kalau Putra ceraikan Wana,kita masih boleh berjumpa,jadi kawan...So...Putra teruskan rumah tangga kita ni means you hurt two feelings but...Ceraika Wana,not even single feelings,you hurt...Choose,"kataku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2007 12:36 PM | Show all posts
Bab 43

"So...Agaknya rumah ni untuk janda kalau bukan sebab Mia masih ada lagi,"kata Azyan.Aku tersengih.

"Hey,takkan ko nak aku kawin ngan Zainal skan pastu cerai terus,"kata Mia.kami bertiga ketawa.

Aku merenung langit biru di balkoni.Hemm...Sudah genap sebulan aku bergelar janda dan...Aku sudah tidak meneruskan kerjayaku sebagai kontraktor kerana khuatir jika Lydia datang ingin menemui Dato' Amirul bersama Putra.Aku tidak sanggup bertembung mata dengannya lagi.Namun,persahabatanku dengan Lydia telah terjalin.Ini kerana dia cukup mesra malah sudahku memberitahunya yang jika kami bertemu,Putra tidak harus hadir sama dan dia akur.

Lydia juga tidak seperti dahulu.Dia sering memakai tudung dan pakaiannya menutup aurat.Menurutnya,kerana Liana dia berubah.Alhamdulillah...

"Ha,termenung budak ini,"sergah seseorang.Aku berpaling.Kak Ji!"Kak Ji...Lama tak nampak,rindulah..."

"Tahu pun rindu.Hang nikah tak ajak akak ye.Terasa hati tau,"katanya.AKu menepuk dahi."Tak ingat.Takperlah...Nanti sekali lagi,saya panggil eh,"gurauku.

"Eih,dah ada pengganti ke?"soal Kak Ji.Mia dan Azyan berpandangan.Aku ketawa."Apalah...Wana gurau jer...Kak Ji...Kat tempat kerja suami Kak Ji ada kosong tak?"soalku walaupun aku tidak tahu di mana tempat kerja suami Kak Ji.

"Sebab tu akak datang ni.Mia ada cakap kat akak yang poket hang bocor.Hehe...Kerja kosongnya...Tukang cuci tandas,"kata Kak Ji."Eh,tukang cuci tandas?Saya tak minatlah...Tukang cuci mangkuk tandas saya minat kot,"balasku.Kami berempat ketawa.

"Kerja dia...Isteri bos,"kata Kak Ji.Bulat mataku mendengar kata Kak Ji."Kak Ji,nanti orang kata saya janda gatal pulak.Baru sebulan cerai dah nikah lain,"kataku.Kak Ji ketawa."Kena hang kali ni..."

"Kak Ji!"Aku mencubit lengan Kak Ji."Secretary pengarah...Kelayakan harus tinggi melambung.Yelah,second secretary,"kata Kak Ji.Aku mengangguk."Buat masa ni,hubby akak cakap dah beratus orang temu duga tapi...Tak dapat.Esok hari last..."kata Kak Ji."Kalau semua yang pergi esok tak dapat juga?"soalku.

"Diorang ambik Mak Ngah cuci toilet jelah,"kata Kak Ji.Aku ketawa."Hemm...Tak silap akak diorang akan curi pekerja kat Brunei tu,"kata Kak Ji.Aku mengangguk."Kat mana hubby akak kerja?Wana nak try,"kataku.

"MFH...Hang tak tau ke?Kau ni memanglah,"kata Kak Ji.Aku tergamam...Tapi best jugak.Jadi secretary Papa Riz."Sambil tu,kau tackle lah pengarah dia,"kata Kak Ji.Aku terbatuk."Gila apa aku nak tackle Papa Riz!Dia dah kawin tau!"kataku.

"Hei,kau tak tau laagi ke?"soal Kak Ji.AKu menggeleng."Fariz dah bersara.Izzat yang ambik alih...Pastu adik dia,Farizza ambik alih tempat dia.So sebelum ni,dia fired second secretary dia sebab...Cuai buat kali keseratus...Diorang rekod semua kesalahan..."kata Kak Ji.

Aku diam...Menjadi setiausaha Iz?Aku tak mahu..."Tapi aku dengar Iz tu dah ada pengganti.Dalam surat kahbar semalam...Jap aku cari,"Mia mencelah.Aku menarik nafas lega.Bermakna tidak risaulah aku menjadi setiausahanya.Dia sudah berpunya...

"Ha,ni..."kata Mia sambil menghulurkan surat khabar padaku."Ziana nama dia.Dia sepupu Iz,"kata Azyan.Aku berpaling padanya."Aku tahu sebab aku selalu lawat umah mama.Iz senyap jer...Mama yang aturkan,'kata Azyan lagi.Aku mengangguk.

"Ziana sekarang ambik alih tugas Ridzal kat MFh buat sementara...Kalau tak sah lagi sebagai isteri Iz,tak boleh dianggap rasmi dia punya perlantikan.Buat masa ni...Yelah,sementara sahaja,"tokok Azyan.Aku mengangguk.Cantik...Kataku sambil merenung wajah gadis yang dipaparkan di muka surat kedua surat khabar 'Berita Harian'...Gambar Iz dan Ziana menyarungkan cincin pertunangan mereka.Secocok,bisik bibirku.Namun ada satu perasaan menjalar di hatiku.Seperti pisau menikam hati ini berulang-ulang...Apakah perasaan ini?Cemburu...

Aku mengeluh."Wana akan cuba.Kena jugak kalau tak nanti harap duit mummy jelah,"kataku.Azyan tersenyum."Eh,ak nak lawat mamalah.Kau nak ikut?"soal Azyan.Aku mengangguk.Terasa rindu pula pada mama.

"Gi bersiap,aku tunggu kat parking lot,"kata Azyan.Aku menuju ke bilikku.Aku hampir terjatuh tetapi nasib baik aku berpaut pada kabinat TV.Aku berpaling dan melihat kakiku seperti tersekat pada benang permaidani.Aneh...Aku tunduk dan...Gelang kaki!Aku...Aku membukanya dan menarik perlahan agar benang permaidani itu terputus.AKu nekad...Pulangkan gelang kaki ini pada yang layak.

"Senyap je kau,"kata Azyan.Aku tersengih."Nak cakap apa?Aku cinta padamu,oh Azyan...Macam tu?"selorohku.Azyan ketawa."Actually hari ni..."Azyan terdiam.Dia tidak memandangku.

"Apa?"soalku."Majlis pertunangan Ziana dengan Iz.Untuk family terdekat jer...Sebelum ni,besar-besaran,"kata Azyan.Aku mengangguk.Lagi sesuai masanya.Aku kira bagi hadiah gelang kaki ni kat Ziana.Hemm...Bagus!

*******************************************************************************

"Wana datang juga?Baguslah...Wana macam mana?Okey?"soal mama.Aku tersenyum dan mengangguk.Azyan bersalam dengan mama sebelum menarikku ke tingkat atas.Kemudian,kami masuk ke bilik Farizza.

"Eh,Kak Yan!Kak Wana!"Farizza mendekati kami.Setelah bersalaman,kami duduk di atas katil Farizza."Naper tak makan-makan dulu?"soal Farizza."Ramai orang.Nanti surut baru nak makan,"kata Azyan.Farizza tersengih.

"Eh,Izza tak cakap kat akak ada jawatan kosong kat MFH,"kata Azyan.Aku menggeleng pada Azyan.Janganlah kata kau nak kerja kat sana.Aku takut diorang terus setuju...Tak adillah pulak nanti."Oh,tu...Entahlah abang Iz.Sebelum ni,memang papa ada secong secretary tapi papa kata tanpa second secretary pon takper tapi abang Iz nak jugak.Papa setuju jelah sebab Kak Sheila pon pregnant."

"Sheila?"soal Azyan.Aku kenal Sheila...Dia secretary Papa Riz dahulu dan kami pernah bertemu pada satu majlis di rumah ini."Secretary papa dulu.Skang kira setiausaha abang Iz,"kata Farizza.

"Izza macam mana?Okey dengan Kak Ana?"soal Azyan.Farizza mengangguk."Kira okeylah...Sebab sebelum ni memang Kak Ana sepupu paling baik dengan Izza tapi..."Farizza terdiam.Dia memandangku."Ada orang lebih layak dari dia,"tokoknya.AKu buat-buat tidak dengar.Aku tahu dia maksudkan aku.Cukuplah sekali sahaja aku kawin.Melainkan aku gilaa,baru aku kawin sekali lagi...Gila?Bukan mental tapi gila cinta...Hehe..

"Izza...Eh,Azyan!Err..."Ziana memandangku.Aku tersenyum.Memang cantik!"Wana,"kataku.Dia mengangguk dan tersenyum."Err...Tak silap saya ni untuk family terdekat jer so,Wana ni belah papa ye?"soal Ziana.AKu tersenyum kelat.

"Kak Wana ni kawan Kak Yan,"jawab Farizza.Aku menarik nafas lega.Aku mendekati Ziana."Rasanya tak salah kalau saya bagi hadiah,kan?"soalku sambil mengambil tapak tangan Ziana.

"Ana,mana Farizza?"aku terdengar suara seorang lelaki dan timbullah wajahnya di sebelah Ziana.Iz terdiam memandangku.Dia merenung tanganku yang sedang meletakkan gelang kaki platinum di atas tapak tangan Ziana.

"Wana..."Ziana memandang Iz."Iz kenal Wana?"soal Ziana."Wana ni..."Farizza memotong,"bekas isteri kawan abang Iz."Iz mengangguk.Ziana tersenyum.Aku membalas senyumannya dengan senyuman yang dibuat-buat.Gelang kaki yang diberikan ku sudah berada di dalam genggamannya.

"Izza,mama panggil tadi.Suruh tolong Kak Dah ngan Kak Ina basuh pinggan,"kata Ziana.Aku terpaku.Kak Dah?Kak Ina?"Kak Dah?Kak Ina?"soalku.Ziana mengangguk."orang gaji kawan Mak Long.Kawan Mak long tu ada kat bawah tadi,"kata Ziana.Aku menarik Azyan."Mummy!"jeritku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2007 12:52 PM | Show all posts
Bab 44

"Mummy!"panggilku.Azyan membuntutiku.Aku meluru ke arah wanita yang sedang berbual dengan mama."Mummy!"aku menyergahnya.Mummy berpaling."Eh,budak ini!"latah mummy sambil memukul lembut bahuku.Aku dan Azyan mencium tangan mummy.

Aku melentokkan kepala ke bahu mummy."Papa tak datang?Kak Aini?Farah?Kak Rah?"soalku."Diorang kan berpantang...Farah baru 2,3 bulan susah nak bawak jalan-jalan,"kata mummy.Aku mengangguk.

"Eh,Farizza dah gi basuh pinggan ke?"soal mama.Aku mengangguk."Mama,nak wat macam tu jugak.Jealouslah,"kata Azyan pada mama.Mama membiarkan Azyan melentokkan kepala ke bahunya."Ni menantu kesayangan mama tau,Wana!Jangan kacau dia,"kata mama.Aku ketawa.Azyan mengekek.

"Lawa Ziana tu,mama.Nampak pon cam baik.Dia anak saper?"soalku."Anak adik mama,Hartini.Wana kenalkan?"soal mama.Aku mengangguk."Ziana tu anak bongsu dia kan?Yang masa majlis hari tu,dia takder sebab gi Amerika,"kataku.Mama mengangguk.

"Mana auntie Tini?"soalku."Dia sibuk skang,tengah cari barang-barang nak kawin,"kata mama.Aku mengangguk."Bila diorang kawin,ma?Iz ngan Ziana tu secocok,"kataku."Diorang nak kawin habis raya tahun ni.Kalau pasal secocok tu,memang dah luak telinga mama dengar.Yelah,kalau tak secocok takkan mama nak bagi pulak diorang kawin.Betul tak?"soal mama.Aku mengangguk.

*******************************************************************************

"Wana nak kerja kat mana nanti?"soal Lydia.AKu menyedut jus tembikai dan tersenyum."Entah...Ingat nak try temu duga kat MFH esok,"kataku.Lydia mengangguk.

"Liana mana?"soalku."Dengan atuk and nenek diala,"kata Lydia.Aku tersengih."Liana tu baper bulan?"soalku."Hem...Nak masuk 3 bulan dah."

Aku senyap.Sepi."So,how's your hubby?"soalku.Lydia memandangku."Are you sure wanna talk 'bout this?"soal Lydia.Aku menggeleng."Let it be...Err...Wana dah kenyang.Jom,balik,"kataku.Dia mengangguk.

Aku duduk di tempat duduk sebelah pemandu.Lydia memandu dengan sedikit perlahan.Ah,kira okeyla tu dari aku yang lesen pon takde...

"Thanks for the dinner,"kataku.Lydia mengangguk.Aku masuk bilik.Ngantuk..."Wana!"panggil Azyan.Aku tidak jadi tidur."Ye?"soalku.Azyan duduk di atas katilku."I thought Lydia bini Put...ex-husband kau,"kata Azyan.Aku tersengih."So what?Aku tak boleh kawan dengan dialah?"soalku.

"Kau ni memang lain dari yang lain,"kata Azyan.Aku ketawa."Aku terlebih manja dari janda lain,"kataku selamba."Kenapa kau bagi gelang kaki tu kat Kak Ana?"soal Azyan."Yan...Iz kata gelang kaki tu untuk orang yang dia suka so...Aku rasa Ziana lebih layak pakai gelang kaki tu.Nanti Iz senang nak jejak isteri dia,"kataku.

"Kak Ana seorang pendendam...Izza cakap,"kata Azyan.Aku mengangkat alisku."Kenapa pulak?"soalku."Urghh...Jangan bagi dia tahu kau tu ex Iz tau!"kata Azyan sebelum keluar.Aku mengeluh.Kalau aku tak tahu yang Ziana tu pendendam pon,aku tak nak cakap.

*******************************************************************************

"Camner temu duga?"soal Kak Ji.Hanya Kak Ji di rumah kerana Azyan dan Mia berkerja.Aku mengeluh."Diorang kata akan call kalau diterima,kalau tak call kira..."Aku melabuhkan punggung di sebelah Kak Ji.

"Letihla..."rungutku dan meletakkan kepalaku di atas paha Kak Ji.Mata Kak Ji tertancap pada kotak televisyen sementara tangannya mengelus rambutku."Hang ni perangai macam anak bongsu akulah,"omelnya.Aku tersenyum sumbing."Umur baper?"

"Dua..."kata Kak Ji.Aku terbeliak."Naper Kak Ji tak bawak kat sini jer?Bahaya tinggal budak tu sengsorang dalam rumah,"kataku.Kak Ji ketawa."Akak letak kat nursery...Kang masa lunch,suami akak ambik anak-anak kat skolah,nursery..."jelas Kak Ji sebelum menonton drama kembali.

*******************************************************************************

"Hello,mama,"kataku.

"Hello...Wana,Wana datang interview ari ni kat MFH?"soal mama.

"Ha'ah...Naper?Tak boleh ke?"

"Bukan...Naper tak cakap Wana perlukan kerja?Boleh Iz letakkan Wana kat bahagian saham ni..."

Aku memotong,"Mama,Wana nak dapat kerja dengan usaha sendiri bukan dengan bantuan orang."

"Tak...Sebab kelayakan Wana melebihi apa yang patut.Rugi kalau jadi secretary jer,"kata mama.

"Kalau dah macam tu,terima jelah Wana."

"Okey,tapi satu syarat.Teman mama shopping ari ni,"kata mama.Aku ketawa.

"Beres,"kataku.

"Wana boleh start esok atau lusa...Wana pilihlah.Okey?"

"Okey!"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2007 01:08 PM | Show all posts
alah lily...kesian wanna...janda dah dia...takkan lah dia nak menjanda sampai bila2...usahakan lah biar dia dgn izz...izz tu mcm terpaksa aje tunang dgn ziana...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2007 01:21 PM | Show all posts

Reply #307 ummisha1311's post

ahahaha.....
mmg tpaksa pon...
kan azyan ada ckp yg mama atur bkn iz yg atur
dan ssh sket nk usahakan dia dgn iz cuz ziana kan pendendam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2007 02:22 PM | Show all posts
wah...ade watak baru laa..
msti lg mncabar..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 02:43 PM | Show all posts
last2 ngan im plak...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 02:57 PM | Show all posts
huh tak kusangka tak baik lily ni tau cian wana   naper jadi camtu bagilah wana dgn iz balik cian iz kang ada yg cerai lagi kalau iz kawin dgn zana memang keliru ini cerita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2007 03:14 PM | Show all posts

Reply #310 thah's post

ekekek....
mana tau lily wat cam tu....
haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2007 03:14 PM | Show all posts

Reply #311 zaianie's post

citer ni dinamakan keliru kerana jalan citernyer yang mengelirukan so....
lily kena citer ni mengelirukan sedikit....
byk pon takper....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 03:55 PM | Show all posts
lily..bagi lah wanna dgn izz...matikan lah watak ziana...biarlah akhirnya wanna dgn izz..x kisah pun ziana tu pendendam..tu kan cabaran namanya..naklah endingnya wanna dgn izz...tak kisah apa cabarannya ..plzz..plzz..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 04:26 PM | Show all posts
itu rupanyer rahsia putra.. sian wana...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 06:44 PM | Show all posts
tiba2 je aku pulak yang sedih terlalu emosi pulak
geram pulak kat Putra tu :@
kenapa tak citer dari awal... kalau dari awal mungkin leh terima tapi ....
rasa diri ni macam wana pulak...
sedih sangat lebih baik dulu wana kahwin dengan iz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2007 08:35 PM | Show all posts
thanks lily,nanti smbung lgik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 08:42 PM | Show all posts
  oh Lily ku sambung cepat nak kena mkn Uphamol kalau camni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2007 10:32 PM | Show all posts
Bab 45

Aku menutup mata.Takut berdepan dengan Iz.Tidak tahu mengapa.Sheila memandangku."Iz datang pukul 9 biasanya.And...Dia lebih suka kitorang panggil dia Iz,"jelas Sheila.Aku mengangguk.

Sheila mendekatiku."Susah kerja ngan ex,kan?"soal Sheila.Aku mengangguk.Kami berdua ketawa."Floor ni untuk jawatan yang a bit high...Pengurus,pengarah...Tapi kalau ketua tu duduk kat dia punya floor,kawal orang under dia.Biasanya meeting yang too important,Iz yang kena tapi kalau...important jer bagi kat orang lain.Overseas project bagi kat Iz jugak biasanya and...Pembantu dia kena pergi sekali,"jelas Sheila.Aku mengangguk.

"Wana nak gi toiletlah..."kataku.Aku meluru ke tandas.Penyakit apa pula yang berjangkit padaku ni?Gementar...Aku mengerling jam tangan,pukul 9...Aku melangkah keluar.

Sheila sudah tiada di mejanya.Ke mana agaknya dia?Apabila aku duduk,Sheila keluar dari pejabat Iz.Dia sudah sampai kah?"Wana,Iz panggil tu,"kata Sheila.Aku berdebar-debar.

Ketuk pintu,tunggu dia cakap 'masuk' baru masuk.Okey,senang jer.

"Masuk,"terdengar suara Iz dari dalam.

Aku membuka pintu.Anak Dato' jadi secretary woo..Itulah aku.Aku menunduk.Iz senyap.Beberapa ketika sahaja keadaan sepi.

"Awak tak layak jadi setiausaha saya,"katanya.Aku terasa.Kenapa pulak tak layak?Mama cakap terlebih layak...Pening.

"Sebab awak tak pakai gelang kaki platinum yang ada loceng dengan bentuk love tergantung kat situ,"tokok Iz.Aku mendongak.Di tangannya,gelang kakiku!

"Pakai gelang kaki ni baru Iz bagi arahan seterusnya,"katanya.Aku menggeleng.Da mendengus."Kalau tak nak pakai,Iz pakaikan.Aku senyap.Dia bangun.Langkahnya semakin dekat denganku.Belum sempat dia mencangkung untuk memakaikan gelang itu,aku merampas gelang kaki itu dari tangannya dan memakainya sendiri.

"Okey..."kata Iz.Dia duduk semula di tempatnya."Tanya Sheila what you have to do,"tokoknya sebelum fokus pada monitor.Aku keluar.

*******************************************************************************

Aku termenung di pantry.Kena buat nescafe untuk Iz...Nescafe yang Iz suka...Aku tersenyum teringat kenangan lalu.

"Wana,dah buat ke nescafe?"soal Sheila.Aku berpaling dan tersengih.Aku mengambil mug di hadapanku tetapi disambar Sheila."Ni gelas Iz,"kata Sheila sambil menghulurkan mug berwarna hitam.Terdapat tulisan kecil di situ...'Iz'.Aku tersenyum apabila aku memandang tangkainya,terdapat pula huruf I,bentuk hati dan huruf W....I 'love' W.W?Wana?Mesti gelas lama ni.

Aku meletakkan mug itu di atas meja Iz dan ke mejaku.Tas tanganku terjatuh ke bawah meja.Aku membongkok mengambil tas tanganku dan seseorang mengetuk mejaku.Seorang jejaka sebaya Iz...Dia tersenyum manis padaku.

"Second secretary Iz?Hemm...Iz ada?"soal lelaki itu.Dahiku berkerut."Awak ni orang baru kerja sini ke?Bukan ke Iz selalu sampai pukul 9?"Dia tersengih dan berlalu.Sheila mencuitku.

"Itu Adi Nazrief.Becareful...Dia tu playboy and mata keranjang.Orang lawa macam you sasaran dia tau,"kata Sheila.Aku mengangguk."Panggil dia apa?"soalku.Sheila tersengih."Nak berkenalan ngan dia?Memang...Dia hensem tapi not suit your life,"kata Sheila."Panggil Adi,"tambah Sheila.

Aku menutup mata.Pedihnya kepala ni.Berkerut-kerut dahiku menahan sakit.Apabila aku membuka mata,"Wana masuk bilik saya jap.Interkom ni...Iz dah sampai?

"Iz sampai bila?"bisikku pada Sheila."Baru tadi."

*******************************************************************************

"Wana,hari ni Iz ada meeting masa lunch?"soal Sheila.Aku memandang Sheila."Tak.Naper?"Sheila tersenyum lebar."Iz tu kalau takder meeting masa lunch dia belanja secretary dia makan."

Aku mengangguk mengerti.Mataku kembali pada monitor.

"Kak Wana!"Aku terdengar suara yang manja memanggilku.Aku mendongak lantas bibirku membentuk senyuman manis."Farizza..."Bibirku menyebut nama gadis di hadapanku.

"Sorrylah,tak jenguk Kak Wana pon padahal Izza dok kat floor ni gak,"kata Farizza.Aku menggeleng."Izza sibuk kak.Lepas buat benda tu,benda tu pulak.Nak pecah kepala ni!Macam manalah abang Iz boleh bertahan sampai 4 tahun buat kerja ni!Huh...Dahla masa study pon,rajin gak nak membantu.Menyesakkan otak jer.Kalaulah Izza boleh kerja kat Australia tu..."

"Kerja kat Australia?"soalku.Farizza mengangguk."Izza dah dapat tawaran kerja kat sana tapi papa tak bagi cuz jawatan tinggi-tinggi ni bahaya dibiarkan kosong...Entahlah...Naper tak ambik Kak Wana jer?"Aku tersengih.

"Kak Wana takder pengalaman,"kataku."Wana mana ada hubungan ngan keluarga MFH ni,so tak layak,"celah Sheila.Farizza menepuk dahinya."Lupa.Eh,Kak Wana lunch ni free?"soal Farizza.Aku mengangguk."Masa lunch memanglah free untuk orang yang macam Izza jer yang kadang-kadang tak free,"kataku.

Dahi Farizza berkerut."Bukan tu maksud Izza.Kak Wana free sepanjang masa lunch tu ke?"Aku merenungnya."Kena sembahyang...Tu maksud Izza?"Farizza mengangguk.

"Naper?Izza free?"soalku.Farizza menggeleng."Abang Iz mana?""Mr.Cheng Hew Lee..."Farizza mengangguk mengerti."Letih Mr.Cheng tu.Tak habis-habis nak menyusahkan orang jer...Anyway,Izza kena gi dulu."

Aku dan Sheila berpandangan."Sheila!"sergah tiga gadis.Sheila terkejut dan melatah."Mak datuk kau terbang jatuh longkang tergolek....Kau orang ni!"Tiga gadis itu ketawa.Mereka memandangku dan tersenyum.

"Nurul Hazel Nirwana?"soal salah seorang gadis itu.Aku tersenyum."Saya Iffah,panggil Efa.Saya secretary Ziana,"gadis itu memperkenalkan dirinya."Erina,call Erin.I ketua bahagian kontrak...Kena naik tingkat atas ni baru secretary-secretary kat sini tak tension,"kata gadis yang lain.Gadis di sebelahnya pula tersenyum."Qistina.Panggil Istin...Nak panggil Tina pon boleh,"katanya.AKu mengangguk.

"Kerja sebagai apa kat sini?"soalku."Tugas saya buat Sheila melatah,"usiknya.Aku ketawa."Secretary Adi,"jawabnya.

"Hey guys,"sergah satu suara.Aku dapat melihat wajah kacak Adi.Aku sekadar menghadiahkan senyuman kepadanya kerana berwaspada."No guys here,Adi,"tegur Erin.Adi tersengih."Sorry...Hey,girls."

"Hey,Encik Adi,"balas Efa,Erin,Istin dan Sheila serentak.Aku tersengih kerana ketinggalan.Adi memandangku sekilas."Okey,sebab hari ni,saya free...Nak belanja makan korang sumer.Nak tak?"

Efa,Erin dan Istin mengangguk sambil tersenyum lebar.Aku memandang Sheila."Tengok dulu,Adi...Iz pon free jugak.Kalau dia tak nak belanja lunch Sheila ngan Wana,baru kita ikut.Okey?"Adi mengangguk.Dia tersenyum dan memandangku sekilas sebelum berlalu ke pejabatnya.

Efa memandang Erin dan Istin seolah memberitahu sesuatu.Mereka bertiga memandangku."Adi suka kat Wana,"gumam Efa.Aku tersentak lalu memandangnya."Nonsense,"kataku sepatah sebelum ke pantry.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2007 10:33 PM | Show all posts
neway,rasanya tak sampai 15 bab lg nk abis....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052436 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list