CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wasntme

DARUL SAKA - sharing is caring ( MERGED)

  [Copy link]
Post time 26-10-2009 07:32 AM | Show all posts
ayorkk apa sudah jadi ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2009 09:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by safamm at 26-10-2009 10:03

panas...panas.. memang panas...

tapi jgnlaa sampai memfitnah org.... dah berdosa namanya tu..
sumber yg boleh dipercayai?? tp dah ada org lain yang menyangkal... so sumber tu tak leh pakai.. nama nye fitnah...
klu lah tak de org yg menyangkal mean fitnah tu dah ditaburkan keserata dunia (internet dunia tanpa batasan) dan kena fikir gak..ada org just baca sini skali je.. lum sempat dia baca yg menyangkal tu dah terdetik kat hati dia.. oo begini.. ooo begitu.. dah tersebar lagi fitnah tu..
fitnah lebih besar dosa dr membunuh (betul tak wahai ilmuan islam, aku ni jahil) so dah minta maaf personally ke belum ?? klu belum baik dapatkan no tepon atau terus jumpa sendiri empunya diri.. nnti kot2 tak sempat minta maaf amalan hilan begitu je... then please re inform kat sini.. salah ke betul ..  

klu dosa ngan allah kita boleh minta ampun direct ... tp klu dosa sesama makluk ni selagi tak minta maaf selagi tu dosa tu tergantung je walaupun dengan bukan sesama islam.. penat je kita buat amalan selama kita hidup ni.. bagaimanapun allah maha pengasih ....allah lebih tahu..

aku bukan penyokong darul saka.. aku cuma pembaca. dan aku pun tak pernah deal ngan darul saka lagi, but dr pembacaan yg singkat ni aku tak nampak dia menghina perawat lain.. jgn dahulukan pemikiran kita sebelum kita berfikir.. (mean jgn fikir guna hati gunakan akal yg waras)..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 11:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by Herlina at 26-10-2009 11:43

Hmm.. asalnya saya rasa tuan rumah bukak thread ni pasal nak tanya ttg Darul Saka. Mungkin masa tu dia nk tolong kawan dia yg ada masalah untuk pegi berubat. Skrg tuan rumah sudah hilang dan thread ni jadi medan pertempuran pulak.
Harap jgn la ada fitna bagai ye.. kalau nk bagi pandangan atau nak buat pembelaan biarla dgn cara sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 12:20 PM | Show all posts
Masalah nya ghamai org tak sihat landing kat cni......

Wakakakaka......
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 12:41 PM | Show all posts
Salam..

adat perbincangan memang ada yg setuju dan ada yg tak setuju.. TAPI kita perlu ingat ilmu Allah sangat luas, apa yg kita tahu sangaaatt sedikit...
So jangan lah hanya membenarkan apa yg kita tahu dan menidakkan serta menentang apa yang kita tak tahu..  lagi pun apa yang kita tahu dan fahami tu tak semestinya itu saja yg betul.. lantas kita mencerca dan menghina orang yang tidak setuju dengan kita..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 02:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by safamm at 26-10-2009 10:03

panas...panas.. memang panas...

tapi jgnlaa sampai memfitnah org.... dah berdosa namanya tu..
sumber yg boleh dipercayai?? tp dah ada org la ... panas...panas.. memang panas...

tapi jgnlaa sampai memfitnah org.... dah berdosa namanya tu..
sumber yg boleh dipercayai?? tp dah ada org lain yang menyangkal... so sumber tu tak leh pakai.. nama nye fitnah...
klu lah tak de org yg menyangkal mean fitnah tu dah ditaburkan keserata dunia (internet dunia tanpa batasan) dan kena fikir gak..ada org just baca sini skali je.. lum sempat dia baca yg menyangkal tu dah terdetik kat hati dia.. oo begini.. ooo begitu.. dah tersebar lagi fitnah tu..

fitnah lebih besar dosa dr membunuh (betul tak wahai ilmuan islam, aku ni jahil) so dah minta maaf personally ke belum ?? klu belum baik dapatkan no tepon atau terus jumpa sendiri empunya diri.. nnti kot2 tak sempat minta maaf amalan hilan begitu je... then please re inform kat sini.. salah ke betul ..  


biasalah kan... whistle blower (pemberi maklumat) yang salah yang buat fitnah besarkan? apa yang dilaporkan tak penting perlu siasat kan? terus tangkap pemberi maklumat...

klu dosa ngan allah kita boleh minta ampun direct ... tp klu dosa sesama makluk ni selagi tak minta maaf selagi tu dosa tu tergantung je walaupun dengan bukan sesama islam.. penat je kita buat amalan selama kita hidup ni.. bagaimanapun allah maha pengasih ....allah lebih tahu..

aku bukan penyokong darul saka.. aku cuma pembaca. dan aku pun tak pernah deal ngan darul saka lagi, but dr pembacaan yg singkat ni aku tak nampak dia menghina perawat lain.. jgn dahulukan pemikiran kita sebelum kita berfikir.. (mean jgn fikir guna hati gunakan akal yg waras)..
safamm Post at 26-10-2009 09:57


dia menghina perawat Islam dalam forum dia tak pasti dalam blog ada ke tak ada.. kalau ada pun bukan semua orang boleh nampak ia tak?  apa komen tuan tentang tulisan-tulisan yang lian tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2009 02:16 PM | Show all posts
Salam..

TAPI kita perlu ingat ilmu Allah sangat luas, apa yg kita tahu sangaaatt sedikit...
bapakhero Post at 26-10-2009 12:41


terlalu banyak dan selalu sangatlah berjumpa dengan istilah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 02:42 PM | Show all posts
terlalu banyak dan selalu sangatlah berjumpa dengan istilah ni...
kupia Post at 26-10-2009 14:16


kerana ianya adalah KENYATAAN yang perlu kita terima walau atas apa alasan sekalipun....

kamu menyangkal pengertian MAHA BESAR atau MAHA LUAS pada ALLAH S.W.t ke kupia... bagaimana dengan sifat 20??? takkan saudara belajar tauhid tak ketemu pada peringkat pertama keilmuwan itu... dan bagaimana pula dengan tasawwuf??? jgn kita ambil yang syariat sahaja... yang tare'qat, yang hakikat, yang makrifat?? itu belum yang RAHSIA nya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2009 02:46 PM | Show all posts
WOWO ...
ok ok ..
apa maksud tarekat hakiakt  tasawuf ni.
aku jahil x tau papa boleh citer ckit ka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 02:56 PM | Show all posts
nak cerita kat sini macam kurang sesuai.. takut salah kefahaman akan menimbulkan syak.. yang penyampai ditakuti berdosa, dan yang menerima juga ditakuti berdosa... so, adalah lebih baik saudara rujuk pada ustaz2 yang berkaitan di tempat tinggal anda... atau boleh rujuk pada mana2 guru keagamaan yang bertauliah... isnyaallah, kalau nak tahu juga, masuk ke bod keagamaan dan cari thread yang bertajuk BUDI SUCI SEJATI... di sana insyaallah ada penerangan asas mengenai persoalan saudara itu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 02:59 PM | Show all posts
terlalu banyak dan selalu sangatlah berjumpa dengan istilah ni...
kupia Post at 26-10-2009 14:16

saudara suka menghukum tanpa ilmu, tu yg payah.
dah jumpa ustaz jahid ke belum?

dulu ramai ustaz kata letak gunting bawa bantal utk perempuan mengandung adalah
perbuatan syirik. sekarang tak syirik lagi. Rupanya besi mengeluarkan ion negatif elok
untuk tubuh badan....  tetapi sekarang lebih elok beli aje mesin ionizer.

apa yg penting ilmu Allah tu luas. Contoh: zaman nabi sulaiman, ada manusia boleh pindah istana dlm sekelip mata aje.
so dia boleh kenapa kita tak boleh. dia bukan nabi, cuma seorang manusia macam kita.

so sebenarnya ilmu yg Allah kurniakan kat manusia lebih tinggi, so kalau nak buang jin,
manusia lagi cepat boleh settlekan dari tok moh yg guna jin.

lagi satu, dlm Al-Quran tak ada suruh pakai garam utk pagar rumah, tetapi ramai dari
kita guna garam..... ia berkesan... tak syirik pulak..

sebut pasal ruqyah, tak ada pulak dlm Al-Quran ayat binasa, kita aje kasi nama,
baca ayat-ayat ni, utk bunuh jin ni, kalau tak keluar, baca ayat-ayat ni  pulak.
semua tu tak ada dlm Al-Quran.... So macam mana Ustaz Harun din dan Ustaz ismail kamus
dpt idea tu semua.... cuba fikirkan....

cuba u bertanya kepada Ustaz Ismail kamus, mana dia dpt panduan tu....
Jgn cakap dia dpt dari Al-QUran, itu mengarut namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 03:14 PM | Show all posts


pegi rujuk kamus dulu apa makna "patient" ... rawat atau pesakit... cari sekali makana perkataan 'treatment'
kupia Post at 25-10-2009 12:07

ok le... 'patient saya' maksud u 'rawat saya' ke? sudahle. tutup aje kes silap taip ni.. he he he
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 03:35 PM | Show all posts
tu laa.. bila dalam Al-Quran menceritakan tentang kisah2 manusia2 hebat dengan kebatinan dan keilmuwan yang tinggi, kita boleh terima.. walhal itu umat nabi2 dan rasul2 terdahulu... bila bab umat Muhammad ajerr.. semua susah nak percaya.. yang paling teruk labelkan orang itu SESAT laa.. orang itu orang tare'qat laa...

kita ni bukan TUHAN  nak letak HUKUM... malah tak layak pon...

dalam AL-QURAN dah sebut mengenai RAHSIA NYA... dulu dalam satu forum dikatanya hamba orang tare'qat kerana seorang pengamal BUDI SUCI SEJATI.... sindir hamba sepedas-pedasnya...

mungkin juga salah dari pihak pemerintah kott... islam di Malaysia di sekularkan... jadi pemikiran kita pun disekularkan... apa yang lari dari apa yang dicanangkan dianggap mengarut dan SESAT...

pemikiran tentang agama tak boleh melebihi had yang ditetapkan.. macam itulah contohnya... itu yang susah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 04:13 PM | Show all posts
kerana ianya adalah KENYATAAN yang perlu kita terima walau atas apa alasan sekalipun....

kamu menyangkal pengertian MAHA BESAR atau MAHA LUAS pada ALLAH S.W.t ke kupia...


Tak tak pernah sangkal pun, tolong buktikan tulisannya di mana?

bagaimana dengan sifat 20??? takkan saudara belajar tauhid tak ketemu pada peringkat pertama keilmuwan itu...


Saya belajar tauhid tak bergantung pada sifat 20... ada 99 sifat-sifat Allah dalam Quran satu nama ALLAH jadi 100... itu satu mukjizat, tak ada satu bahasa manusia pun boleh pegi lebih dari 12...

dan bagaimana pula dengan tasawwuf???


perkataan tasauf hanya ujud pada abad ke 2 hijrah, dalam zaman salaf tak pernah dengar pun... maksud saya tasauf akhlak bukan tasauf falsafah.

jgn kita ambil yang syariat sahaja... yang tare'qat, yang hakikat, yang makrifat?? itu belum yang RAHSIA nya...
edy137 Post at 26-10-2009 14:42


yang RAHSIA nya tu yang nak tau sangat tuuuuu....  tapi saya taulah benda tu tak boleh didedahkan pada ramai kan? siapa yang ank tau kenalah berbai'ah dan bersumpah setia dulu dengan guru mursyidnya...

Tapi Edy  RAHSIA tu dah banyak terdedah dah dah banyak orang dapat tau....

nak tanya kawan-kawan lain ada ke Rasulullah saw menyembunyikan RAHSIA dalam agama Islam tak disampaikan pada umat?
lagi satu tak boleh ke kita dapat tau Edy ni dari aliran tareqat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 04:19 PM | Show all posts
saudara suka menghukum tanpa ilmu, tu yg payah.
dah jumpa ustaz jahid ke belum?

dulu ramai ustaz kata letak gunting bawa bantal utk perempuan mengandung adalah
perbuatan syirik. sekarang tak syirik lagi. Rupanya besi mengeluarkan ion negatif elok
untuk tubuh badan....  tetapi sekarang lebih elok beli aje mesin ionizer.

apa yg penting ilmu Allah tu luas. Contoh: zaman nabi sulaiman, ada manusia boleh pindah istana dlm sekelip mata aje.
so dia boleh kenapa kita tak boleh. dia bukan nabi, cuma seorang manusia macam kita.

so sebenarnya ilmu yg Allah kurniakan kat manusia lebih tinggi, so kalau nak buang jin,
manusia lagi cepat boleh settlekan dari tok moh yg guna jin.

lagi satu, dlm Al-Quran tak ada suruh pakai garam utk pagar rumah, tetapi ramai dari
kita guna garam..... ia berkesan... tak syirik pulak..

sebut pasal ruqyah, tak ada pulak dlm Al-Quran ayat binasa, kita aje kasi nama,
baca ayat-ayat ni, utk bunuh jin ni, kalau tak keluar, baca ayat-ayat ni  pulak.
semua tu tak ada dlm Al-Quran.... So macam mana Ustaz Harun din dan Ustaz ismail kamus
dpt idea tu semua.... cuba fikirkan....

cuba u bertanya kepada Ustaz Ismail kamus, mana dia dpt panduan tu....
Jgn cakap dia dpt dari Al-QUran, itu mengarut namanya.
rozaimy Post at 26-10-2009 14:59


ish ish ish yang ni yang nak tengok sangat-sangat ni betul ke boleh pindahkan istana sekelip mata? camana nak buktikan tu? jangan pindahkan Sri Perdana ke dataran merdeka nanti satu dunia orang berpusu-pusu datang tengok nanti...

yang lain tu kemudian jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 04:27 PM | Show all posts
contoh manusia yang memperlekehkan kebesaran ALLAH... terpulanglahh... hamba tak rugi apa2 ponn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2009 05:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by jinkepalabotak at 26-10-2009 17:03


ish ish ish yang ni yang nak tengok sangat-sangat ni betul ke boleh pindahkan istana sekelip mata? camana nak buktikan tu? jangan pindahkan Sri Perdana ke dataran merdeka nanti satu dunia orang b ...
kupia Post at 26-10-2009 16:19
Kupia, kalau tak suka cara Rozaimy tu, jangan le menghina ayat Al-Quran dgn menafikan apa yg sudah ada tertulis dlm Al-Quran.

Walaupun perangai aku macam jin, tetapi aku tak berani mempersoalkan apa yg sudah dinyatakan di dalam Al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 05:08 PM | Show all posts
Salam,
pendapat peribadi saya---> sepatutnya kupia memberikan hujah untuk mempertahankan hujah2nya yang terdahulu tetapi dia hanya terpusing-pusing dan memesongkan soalan dan pendangan rozaimy dan edy dengan membuka satu topik lain pulak..  

saya tertarik dengan post dari kupia #21 kat page 1 :
" biarkan belagak mengembangkan ajaran dia di foum connecting people, jangan rosakkan aqidah lebih banyak umat Islam.  Kalau tidak mempunyai asas agama yang kukuh terlalu ramai adik-adik yang akan terpengaruh dan akan tertipu akhirnya... "

1) saya rasa berat tuduhan kupia dengan mengatakan belagak perosak akidah dan penipu.. dikhuatiri akan menimbulkan fitnah...
2) adakah maksud kupia rosak akidah itu bermakna menyesatkan? belagak bawak ajaran sesat?
3) apa definasi kupia dengan 'mempunyai asas agama yang kukuh' ?
4) apa sandaran kupia yang mengatakan belagak adalah perosak akidah dan penipu?

Harap kupia dapat menjawab persoalan di atas dan kongsi dengan kami semoga kami boleh mengambil iktibar darinya.. dan sama2 kita diberi petunjuk dan hidayah dari ALLAH.

tq
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 05:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by jinkepalabotak at 26-10-2009 17:23

aku copy paste dari web http://risalahrasul.wordpress.co ... an-dan-ratu-balqis/

Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di San’a – ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung pelatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu. Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada diantara kawasan burung yang selalu berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud yang tidak hadir itu bila ia datang tanpa alasan yang nyata.
Berkata burung Hud-hud yang hinggap didepan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan: “Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan dari jalan yang lurus dan benar.”

Berkata Sulaiman kepada Hud-hud: “Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu karena berita yang engkau bawakan ini yang aku anggap penting untuk diperhatikan dan untuk mengesahkan kebenaran beritamu itu, bawalah suratku ini ke Saba dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawaban ratu Saba atas suratku ini.”
Hud-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya. Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, ingin mengetahui dari manakah surat itu datang dan siapakah yang secara kurang hormat melemparkannya tepat di depannya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi: “Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah dariku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri.”

Setelah dibacanya berulang kali surat Nabi Sulaiman Ratu Balqis memanggil para pembesarnya dan para penasihat kerajaan berkumpul untuk memusyawarahkan tindakan apa yang harus diambil sehubungan dengan surat Nabi Sulaiman yang diterimanya itu.
Berkatlah para pembesar itu ketika diminta petimbangannya: “Wahai paduka tuan ratu, kami adalah putera-putera yang dibesarkan dan dididik untuk berperang dan bertempur dan bukan untuk menjadi ahli pemikir atau perancang yang patut memberi partimbangan atau nasihat kepadamu. Kami menyerahkan kepadamu untuk mengambil keputusan yang akan membawa kebaikan bagi kerajaan dan kami akan tunduk dan melaksanakan segala perintah dan keputusanmu tanpa ragu. Kami tidak akan gentar menghadapi segala ancaman dari mana pun datangnya demi menjaga keselamatanmu dam keselamatan kerajaanmu.”

Ratu Balqis menjawab: “Aku memperoleh kesan dari uraianmu bahwa kamu mengutamakan cara kekerasan dan kalau perlu kamu tidak akan gentar masuk medan perang melawan musuh yang akan menyerbu. Aku sangat berterima kasih atas kesetiaanmu kepada kerajaan dan kesediaanmu menyabung nyawa untuk menjaga keselamatanku dan keselamatan kerajaanku. Akan tetapi aku tidak sependirian dengan kamu sekalian. Menurut partimbanganku, lebih bijaksana bila kami menempuh jalan damai dan menghindari cara kekerasan dan peperangan. Sebab bila kami menentang secara kekerasan dan sampai terjadi perang dan musuh kami berhasil menyerbu masuk kota-kota kami, maka niscaya akan berakibat kerusakan dan kehancuran yang sangat menyedihkan. Mereka akan menghancur binasakan segala bangunan, memperhambakan rakyat dan merampas segala harta milik dan peninggalan nenek moyang kami. Hal yang demikian itu adalah merupakan akibat yang wajar dari tiap peperangan yang dialami oleh sejarah manusia dari masa ke semasa. Maka menghadapi surat Sulaiman yang mengandung ancaman itu, aku akan coba melunakkan hatinya dengan mengirimkan sebuah hadiah kerajaan yang akan terdiri dari barang-barang yang berharga dan bermutu tinggi yang dapat mempesonakan hatinya dan menyilaukan matanya dan aku akan melihat bagaimana ia memberi tanggapan dan reaksi terhadap hadiahku itu dan bagaimana ia menerima utusanku di istananya.”

Selagi Ratu Balgis siap-siap mengatur hadiah kerajaan yang akan dikirim kepada Sulaiman dan memilih orang-orang yang akan menjadi utusan kerajaan membawa hadiah, tibalah hinggap di depan Nabi Sulaiman burung pengintai Hud-hud memberitakan kepadanya rancangan Balqis untuk mengirim utusan membawa hadiah baginya sebagai jawaban atas surat beliau kepadanya. Setelah mendengar berita yang dibawa oleh Hud-hud itu, Nabi Sulaiman mengatur rencana penerimaan utusan Ratu Balqis dan memerintahkan kepada pasukan Jinnya agar menyediakan dan membangunkan sebuah bangunan yang megah yang tiada taranya yang akan menyilaukan mata utusan Balqis bila mereka tiba.
Tatkala utusan Ratu Balqis datang, diterimalah mereka dengan ramah tamah oleh Sulaiman dan setelah mendengar uraian mereka tentang maksud dan tujuan kedatangan mereka dengan hadiah kerajaan yang dibawanya, berkatalah Nabi Sulaiman: “Kembalilah kamu dengan hadiah-hadiah ini kepada ratumu. Katakanlah kepadanya bahawa Allah telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan mengaruniaiku dengan karunia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada seseorang dari makhluk-Nya. Di samping itu aku telah diutuskan sebagai nabi dan rasul-Nya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang kekuasaanku tidak saja berlaku atas manusia tetapi mencakup juga jenis makhluk Jin dan binatang-binatang. Maka bagaimana aku akan dapat dibujuk dengan harta benda dan hadiah serupa ini? Aku tidak dapat dilalaikan dari kewajiban dakwah kenabianku oleh harta benda dan emas walaupun sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh benda dan kemegahan duniawi, sehingga kamu memandang besar hadiah yang kamu bawakan ini dan mengira bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu. Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan bala tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu dan pengikut-pengikutnya dari negerinya sebagai- orang-orang yang hina-dina yang kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera memenuhi tuntutanku dan datang berserah diri kepadaku.”

Utusan Balqis kembali melaporkan kepada Ratunya apa yang mereka alami dan apa yang telah diucapkan oleh Nabi Sulaiman. Balqis berfikir, jalan yang terbaik untuk menyelamatkan diri dan kerajaannya ialah menyerah saja kepada tuntutan Sulaiman dan datang menghadap dia di istananya. Nabi Sulaiman berhasrat akan menunjukkan kepada Ratu Balqis bahawa ia memiliki kekuasaan ghaib di samping kekuasaan lahirnya dan bahwa apa yang dia telah ancamkan melalui rombongan utusan bukanlah ancaman yang kosong. Maka bertanyalah beliau kepada pasukan Jinnya, siapakah diantara mereka yang sanggup mendatangkan tahta Ratu Balqis sebelum orangnya datang berserah diri.
Berkata Ifrit, seorang Jin yang tercerdik: “Aku sanggup membawa tahta itu dari istana Ratu Balqis sebelum engkau sempat berdiri dari tempat dudukimu. Aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercayai.” Seorang lain yang mempunyai ilmu dan hikmah nyeletuk berkata: “Aku akan membawa tahta itu ke sini sebelum engkau sempat memejamkan matamu.”
Ketika Nabi Sulaiman melihat tahta Balqis sudah berada didepannya, berkatalah ia: “Ini adalah salah satu karunia Tuhan kepadaku untuk mencoba apakah aku bersyukur atas karunia-Nya itu atau mengingkari-Nya, karena barang siapa bersyukur maka itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa mengingkari nikmat dan karunia Allah, ia akan rugi di dunia dan di akhirat dan sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Mulia.”


panjang lagi cerita nya
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 05:12 PM | Show all posts
Tak tak pernah sangkal pun, tolong buktikan tulisannya di mana?

kupia Post at 26-10-2009 16:13


aik, kan banyaknya perihal kebesaran ALLAH S.W.t dalam Al-Quran... kamu tak baca Al-Quran ke kupia.... atau sekadar membaca sahaja...

Saya belajar tauhid tak bergantung pada sifat 20... ada 99 sifat-sifat Allah dalam Quran satu nama ALLAH jadi 100... itu satu mukjizat, tak ada satu bahasa manusia pun boleh pegi lebih dari 12...


sungguh belagak... adakah ini dikatakan orang yang berilmu... apa yang mukjizat??? apa yang manusia tak boleh pergi lebih dari 12??? jgn buat ayat yang kurang difahami.. amatlah bahaya... statement biar terang dan mudah difahami supaya tidak menimbulkan syak...

perkataan tasauf hanya ujud pada abad ke 2 hijrah, dalam zaman salaf tak pernah dengar pun... maksud saya tasauf akhlak bukan tasauf falsafah.


ramai ulama atau ustaz dalam aliran syariat selalu berkata seperti ini, bahawa tasawwuf berasal dari kefahaman roman... sungguh mudah manusia menilai sebegitu... lagi satu, kamu pergi pejabat agama islam supaya mengubah atau membuang mata pelajaran tasawwuf di sekolah-sekolah agama...  jeng..jeng..jeng.. bebudak skang kat sekolah agama pon belajar tasawwuf..

yang RAHSIA nya tu yang nak tau sangat tuuuuu....  tapi saya taulah benda tu tak boleh didedahkan pada ramai kan? siapa yang ank tau kenalah berbai'ah dan bersumpah setia dulu dengan guru mursyidnya...

Tapi Edy  RAHSIA tu dah banyak terdedah dah dah banyak orang dapat tau....  


nak tau sangat??? kata dah tau.. ramai yang dah tau.... RAHSIA NYA itu boleh didapati apabila kita beramal pada jalannya dan mengaplikasikannya pada kehidupan kita seharian.. contoh RAHSIA ialah KASYAF... orang kasyaf boleh scan pon kamu kata orang itu 'mengarut'.. malah memperlekehkan kemampuan orang itu sebenarnya kamu memperlekeh kan ALLAH S.W.t...

lagi satu mana ada bai'ah2 nii... kamu ni dah kira menabur fitnah.. kamu tak takut dosa ke kupia...???

nak tanya kawan-kawan lain ada ke Rasulullah saw menyembunyikan RAHSIA dalam agama Islam tak disampaikan pada umat?
lagi satu tak boleh ke kita dapat tau Edy ni dari aliran tareqat mana?


kupia... agama islam bukan termasuk dalam RAHSIA nya... ianya untuk umat manusia.. agama islam bukan hanya untuk orang islam.. tapi untuk keseluruhan manusia di bumi.. yang dikatakan rAHSIA itu tadi ialah suatu ke ISTIMEWA an yang diperolehi hasil dari amalan yang kita bawa....

tare'qat mana??? apa punya soalan daa... ada tanya orang macam itu...

fikirkan sekali lagi apa yang hamba sampaikan itu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.544498 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list