View: 11596|Reply: 5
|
[Tempatan]
Rupiah Makin Murah, Rakyat Malaysia Berbondong Bondong Pilih Melancong Ke Indonesia
[Copy link]
|
|
Data terbaru dari Badan Pusat Statistik (BPS) menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sekali lagi berada di puncak carta sebagai negara dengan jumlah pelancong tertinggi yang bercuti ke Indonesia pada September 2024, lapor Bisnis.
Menurut Pelaksana Tugas (Plt) Kepala BPS, Amalia Adininggar Widyasanti, pelancong dari Malaysia meningkat 24.22% secara bulanan, membawa jumlahnya kepada 234,500 pelancong pada bulan ini.
Ini menjadikan Malaysia sebagai penyumbang terbesar dengan 18.3% daripada jumlah keseluruhan pelawat pada bulan tersebut.
Secara keseluruhan, Indonesia menerima seramai 1,279,258 pelancong antarabangsa pada September 2024.
Jumlah ini sebenarnya mengalami penurunan sebanyak 4.53% berbanding bulan sebelumnya, tetapi masih menunjukkan pertumbuhan positif sebanyak 19.53% jika dibandingkan dengan September tahun lepas.
“Kunjungan pelancong dari Malaysia bukan sahaja naik 24.22% secara bulanan, malah melonjak 54.04% secara tahunan,” jelas Amalia ketika pembentangan data bulanan BPS pada Jumaat lalu.
Untuk rekod, melalui laporan Harian Metro, kejatuhan nilai mata wang Rupiah berbanding Ringgit telah membuka satu peluang bagi rakyat Malaysia untuk melancong dan berbelanja di Indonesia dengan kos yang lebih murah.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA), Datuk Noor Zaleha Baharuddin, situasi ini dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan lebih banyak nilai daripada Ringgit mereka.
“Keadaan ini mendorong mereka melawat pusat beli-belah atau bercuti di sana berikutan kos yang lebih berpatutan.
“Kelebihan ini juga berpunca daripada faktor ekonomi seperti kos hidup yang lebih rendah di Indonesia untuk barangan tertentu berbanding Malaysia terutamanya dalam sektor makanan, pakaian dan produk kraftangan.
Apabila nilai tukaran mata wang menguntungkan, rakyat Malaysia melihatnya sebagai peluang untuk menjimatkan kos sambil menikmati pelbagai barangan atau pengalaman,” katanya.
Tambahnya lagi, kos hidup yang lebih rendah di Indonesia dalam sektor tertentu seperti makanan, pakaian, dan produk kraftangan juga menjadi faktor tarikan bagi rakyat Malaysia.
Fenomena rakyat Malaysia yang berbelanja dan melancong ke Indonesia memberi kesan positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi negara jiran itu.
Para peniaga di lokasi tumpuan pelancong di Indonesia mendapat manfaat daripada lonjakan kunjungan pelancong Malaysia.
Lebih ramai pelancong dari Malaysia berbelanja di pusat beli-belah dan pasar-pasar tempatan, yang sekali gus memberi rangsangan kepada ekonomi tempatan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Treatment aesthetic murah kat sana. Ai ada kawan sanggup ke surabaya dan jakarta hunting klinik2 estetik |
|
|
|
|
|
|
|
Geng cari yg komplen harga beras pergi mana… PD tengok khemah biru kew
Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
hungryhenry replied at 6-11-2024 12:48 AM
Treatment aesthetic murah kat sana. Ai ada kawan sanggup ke surabaya dan jakarta hunting klinik2 est ...
Ok ke aesthetic clinic kat sana? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 6-11-2024 01:58 AM
manopBKK replied at 6-11-2024 12:50 AM
Geng cari yg komplen harga beras pergi mana… PD tengok khemah biru kew
Kahkahkah
Iols duduk Sabak Bernam tepi rumah iols dah New Zealand.
Buat Butter dan Cheese sendiri...kalau kampung belum level kampung kitorg, tak ingin pun nak pergi...kat sini melambak Tempe, ikan etc...kalau Indonesia tu belum sama level/standard kampung aku lagi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|