CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aku1265

DSA 2010

[Copy link]
Post time 20-4-2010 06:23 PM | Show all posts
harini ada 2 signing ceremony pada jam 11 dan 12...
venez Post at 20-4-2010 10:24



    Kontrack jadi sign ke? Esok macam pulak? DSA08, esok (hari ke-tiga) sepatutnya manyak kontrak sign. Atau postponed ke khamis?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 06:44 PM | Show all posts
dari utusan online:

DEFTECH peserta terbesar Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2010

KUALA LUMPUR 19 April - DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd. sekali lagi menjadi peserta terbesar pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 yang diadakan mulai hari ini hingga 22 April di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC).

Menurut kenyataan DRB-Hicom, DEFTECH akan mempamerkan produknya di kawasan seluas 1,700 meter persegi di dewan kedua PWTC bersama-sama dengan anak syarikat milik penuhnya, Defence Services Sdn. Bhd.

Katanya, bagi Pameran DSA 2010 produk pameran utama DEFTECH adalah kenderaan perisai buatan tempatan, DEFTECH AV-8 membabitkan 12 varian yang digunakan oleh tentera Malaysia

''Keseluruhan proses penghasilan pengeluaran DEFTECH AV-8 melibatkan reka bentuk tempatan, pembangunan, pengujian , pengeluaran dan pembekalan sepanjang kitaran hayatnya sekurang-kurangnya 20 tahun,'' kata kenyataan itu.

Penyertaan DEFTECH menunjukkan keyakinan syarikat untuk mengukuhkan kedudukan dalam pasaran sebagai pengeluar utama penyatuan sistem pembekal, penyedia, pembaikan dan perkhidmatan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) kenderaan tentera serta komersial.


nama dah macam harrier av8....
aku coba bersangka baik.... maksud ayat bold di atas... even though pars nih turki punya, tapi keseluruhan 8x8 yg mesia nak pakai akan dibuat di deftech dan bernama av8, bukan lagi pars, rekabentuk tempatan tuh bermakna variant2 semuanya citarasa dan hasil ilham orang2 tempatan if not the exterior, the interior mungkin design local, termasuk la tayarnya, pembangunan av8 sepanjang 20 tahun bermakna kalu depa nak upgrade, deftech akan bangunkan upgrade tuh, sebelum diuji oleh depa jugak dan seterusnya diberikan pada atm.... sedap sikit hati nih rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 06:53 PM | Show all posts
again dari utusan online:

ATM hantar pasukan perubatan ke Afghanistan


AHMAD Zahid Hamidi tertarik melihat model kapal selam Scorpene sambil diperhatikan oleh Penasihat DCNS, Pierre Dubois (kanan) pada pembukaan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2010 di PWTC, semalam.

KUALA LUMPUR 19 April - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menghantar satu pasukan perubatan seramai 10 orang ke Afghanistan sebelum dan selepas pasukan pengaman Amerika Syarikat (AS) berundur dari negara itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan yang telah dipersetujui secara dasarnya itu memperlihatkan komitmen Malaysia bagi pencapaian situasi damai di Afghanistan.

Katanya, perincian mengenai penghantaran itu akan diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekembalinya beliau dari lawatan ke Jepun nanti.

"Selepas itu, saya akan melakukan susulan kepada cadangan penghantaran tersebut sewaktu melakukan lawatan ke Washington (AS) pada bulan depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Setiausaha Pertahanan (Dasar) AS, Michele Flournoy sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2010 (DSA 2010) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Jika cadangan tersebut menjadi kenyataan, ia bakal mencatatkan sejarah penyertaan ATM di negara bergolak itu secara rasmi.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid memberitahu, kerajaan telah memutuskan untuk memperoleh beberapa helikopter EC725 bagi menggantikan pesawat Nuri.

Namun katanya, jadual pembayaran bagi pembelian itu hanya akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

"Pada saya tiada masalah dari segi pakej kewangan yang ditawarkan mereka dan kemampuan pembayaran oleh Malaysia.

"Bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat pada mesyuarat Kabinet nanti," jelasnya.

Sementara itu katanya, keadaan berdebu di Eropah akibat daripada letusan gunung berapi di Iceland tidak menjejaskan langsung perjalanan DSA kali ini.

Katanya, hanya tiga syarikat pempamer luar yang masih belum tiba ke ruang pameran masing-masing di PWTC ekoran keadaan tersebut.

"Selain itu, terdapat dua menteri pertahanan luar yang tak sempat hadir kerana cuaca dan penjadualan semula iaitu Menteri Pertahanan Perancis dan Poland sementara yang lain-lain (tetap) datang," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 07:14 PM | Show all posts
bg aku mmg tak logik pars dipilih , tinggi semacam, lepas tu, tengok bhgn bwh lak, rendah, sesuai ke dgn muka bentuk bumi, malah waktu ujian lasak pun aku rasa piranha ngan patria yg lebih menonjol waktu halangan, jgn kata turki, US pun tak dpt masuk, sebab tak berapa sesuai , deftech reka? plezzzzzzzzzzzzz la, klu nak kelentong tu, fikir2 la, buat malu ngan ngr sebelah je nnti, wartawan yg report pun satu, buat la kerja rumah, check internet , sblm lapor, ni tak , main tulis je apa yg deftech bagi, silap aribulan deftech ckp dorang yg reka gripen nnti, tak ke haru biru jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 07:18 PM | Show all posts
tp setakat ni selagi belum sign aku tak akan percaya dl, dah sign br percaya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 07:25 PM | Show all posts
Spore pakai Terrex, model dari Yavuz, Msia pakai AV8, model dari PARS, both are from Turkey, kekeke, cam adik-beradik plak~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2010 07:33 PM | Show all posts
bagi Pameran DSA 2010 produk pameran utama DEFTECH adalah kenderaan perisai buatan tempatan, DEFTECH AV-8 membabitkan 12 varian yang digunakan oleh tentera Malaysia

bg malu org malaysia je, bg yang tahu la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 07:40 PM | Show all posts
adeh.. angin takde ribut takde.. PARS jgk diorang beli.. cam tak sesuai je ngan terrain malaysia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 08:12 PM | Show all posts
Reply 206# rastablank


Bukan. Terbalik. Yavuz is a version of Terrex offered by Singapore Technologies(ST) together with a Turkish company. Terrex is based on a design by Ireland firm Timoney systems which was acquired by ST.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 08:34 PM | Show all posts
sape2 tgk buletin utama tv3 tadi? boleh update tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 08:51 PM | Show all posts
Eurocopter Dapat Surat Penerimaan Dari Kementerian Pertahanan
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Eurocopter telah mendapat Surat Penerimaan (LOA) dari Kementerian Pertahanan untuk membekalkan 12 helikopter EC725 bagi misi mencari dan menyelamat (SAR).

Naib Presiden Eksekutif Kanan Eurocopter Philippe Harache berkata helikopter yang akan dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu dijadualkan bagi penghantaran awal pada 2012, diikuti baki selebihnya kumpulan itu sepanjang tempoh dua tahun.

Eurocopter menerima LOA itu pagi ini dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata Harache.

Eurocopter kini berkerjasama dengan kerajaan untuk menyelesaikan kontrak itu, termasuk terma dan syarat, katanya kepada pemberita ketika ditemui di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 di sini hari Selasa.

Eurocopter adalah anak syarikat EADS dan pengeluar helikopter utama dunia.

"Ini adalah pakej kontrak global, yang masih perlu ditandatangani.

"Pagi ini, menteri itu berkata mesyuarat kabinet Jumaat ini akan mengesahkan apa yang telah diumumkan hari ini, dan memperincikan pelbagai aspek kontrak ini," katanya.

Harache berkata EC725 yang baharu akan melengkapkan dan akan secara berperingkat menggantikan kumpulan helikopter Sikorsky S-61 kepunyaan TUDM yang dikenali sebagai Nuri.

Beliau berkata kumpulan EC725 akan membolehkan TUDM menjalankan misi kemudahan serta mencari dan menyelamatnya, siang dan malam pada semua keadaan cuaca.

Malaysia telah menyertai senarai pelanggan kerajaan bagi EC725, yang termasuk Brazil (membeli 50 EC725), Mexico (dengan tempahan sebanyak enam helikopter) dan Perancis (kini mengendalikan 9 EC725).

Sebagai versi Eurocopter Cougar yang dinaik taraf, EC725 yang mempunyai enjin berkembar adalah helikopter sederhana dalam kategori 11 tan metrik dan dilengkapi rotor utama lima bilah.


akupun sempat sipi2 tgk tv3 td. Ank wat hal. Apepun ni dr bernama
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 08:58 PM | Show all posts
MALAYSIA CONFIRM BELI 12 BIJIK COUGAR EC-725 SAR VERSION......(BERITA TERKINI)
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 08:59 PM | Show all posts
Kontrack jadi sign ke? Esok macam pulak? DSA08, esok (hari ke-tiga) sepatutnya manyak kont ...
cmf_nando Post at 20-4-2010 18:23


as per aku tulis sblm nih, 2 kontrak sign kan utk harini... rata2 ramai dh tgk dlm TV so no more Q key... esok ada lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 09:18 PM | Show all posts
Reply 202# windof

Sperti yg tv3 n ntv-7 bgtaula...
Jumlah smua av8 nak beli dlm 257 buah...
Pengeluaran mgambil masa 7 tahun...
20 tahun adalah maintenance...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 09:50 PM | Show all posts
kalu jumlah av8 257 biji, lagi 300 biji bagi chan kat naza ker?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 09:54 PM | Show all posts
aku tak sempat tgk berita, tp dah sign ke av8 yang sangat la canggihnya, dihasilkan sepenuhnya oleh sykt pertahanan termuka dunia dari malaysia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 09:56 PM | Show all posts
2 ratus lebih ambil masa 7 thn sekarang darb dua jumlah tersebut, dan darab 2 masa yang diperlukan. hidup deftech, dah jd mcm ngpv dah pun . 6 kapal ambil masa sampai 10 thn, huhuhu, apalah buruknya nasib atm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 10:02 PM | Show all posts
aku bkn nak pndang rendah sykt malaysia, mcm vamtac , mmg aku salute, adnan pun, tp pars? aku mmg susah nak terima, kenderaan yg ditolak bnyk negara, takde yg berminat nak beli, klu patria tu, market utk malaysia utk pasarkan terbuka , sbb bnyk negara yg guna, dah proven dah pun kat afghanistan. kita ckp ttg kenderaan yg bakal digunakan sampai 20 malah mungkin 25 thn, ttp berdasarkan tahap teknologi sekarang aku tak fikir kenderaan ni dapat berdepan cabaran selepas 10 thn sbb hanya deftech yg diharapkan upgrade pars ni, tgk je la adnan tu, terhegeh2 dia nak upgrade armor dia, dia blm tgk lagi ke mcm mana apc us ngan britain kena bantai sampai hancur, sampai pasang upgrade armor. inikan pula nak naik taraf pars ni, yg bentuknya bkn modular sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 10:06 PM | Show all posts
setahun 30++ biji jer depa boleh buat.... macam buat bufori atau ferarri ler, limited edition, handmade...  siapa boleh kasi tau rate of production benda seumpama ini di kilang2 lain seantero donia?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 10:19 PM | Show all posts

i

Post Last Edit by hyazinth79 at 20-4-2010 22:20

sethn 300 biji mak aih,tulis 200 lebih ambil7 thn. mcm poland aritu, siap semuanya ambil masa dlm 5-6 thn, 600 unit, handmade, dia buat av8 ni pakai tukul ke.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.091401 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list