CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1727|Reply: 0

PC Bersaiz Poket Amplicity

[Copy link]
Post time 11-3-2015 12:17 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat startup berpangkalan di US telah mendedahkan sebuah PC mudahalih keluarannya dinamakan Amplicity yang boleh disewa, bukan dijual, dan didatangkan pasang siap dengan pakej perisian kreatif.

PC Bersaiz Poket AmplicitySyarikat startup Hive telah memperkenalkan PC mudahalih keluarannya dinamakan Amplicity. Bersaiz tablet, PC ini akan didatangkan dalam dua versi, bergantung kepada keperluan kuasa pemprosesan pengguna. Kedua-duanya boleh dimasukkan ke dalam satu dok untuk mempertingkatkan kuasa pemprosesan dan grafiknya.
Yang pertama ialah Amplicity Anywhere, yang didatangkan dengan pemproses Intel Atom, 2GB RAM, SSD dan ruang storan cloud. Ia boleh didapati dengan kadar sewaan USD99 setiap 6 bulan. Pengguna boleh memulangkan dan menaiktaraf ke sebuah Amplicity Anywhere yang dinaiktaraf setiap kali memperbaharui sewaan.

Yang kedua pula lebih berkuasa dan hanya digelar Amplicity. Ia ditawarkan dengan pemproses Intel Core M yang lebih berkuasa berbanding Atom. Versi ini dijual pada harga di antara USD 300 hingga USD400, menurut laman web Liliputing.
CNET pula melaporkan, kedua-dua model ini akan ditawarkan dengan monitor dan opsyen untuk membeli atau menyewa perisian kreatif dari Adobe atau syarikat lain. Amplicity Anywhere akan mula disewakan dalam musim bunga (Sekitar April) manakala model Core M pula akan mula dijual lewat tahun ini. Walaubagaimanapun ia tidak dijangka akan dijual di pasaran tempatan.

kredit:www.techkini.com

                               
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.057976 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list