CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 27975|Reply: 29

SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.

[Copy link]
Post time 5-9-2024 03:51 PM | Show all posts |Read mode
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.

Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.

Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8!

Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.

Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain. Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.

'Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.' Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi.

Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. ????

Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.

Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.

'Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.'

Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.

'Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak 'message'.

Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan. Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.

Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap 'sampah' ni.'

Allah Allah.

Menangis saya baca.

Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.

Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu.

Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.????

Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.

Ikhlas!

Beri kemudian lupakan.

Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serbaneka, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji.

Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa...

Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan.

Moga Allah ampunkan kami.

Wallahu'alam

Sumber: Lola Diana Tradisional


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki ayam ni tersedap ya. SG suka buat kerabu kaki ayam. Masuk pressure cooker kejap lepas tu terus lembut kaki ayam tu.

Lagi satu pernah baca kaki ayam banyak kolegen. Kalau sakit lutut, mmg elok makan kaki  ayam. Btw make sure korang bersih kan betul2 sblm memasak. Kalau ada biji2 kat tapak kaki tu, gunting buang. Jgn makan pula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau siam buat kerabu kaki ayam.kalau korea pulak jual kaki ayam pedas.kalau rajin boleh jd punca duit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 6-9-2024 08:38 PM
Kaki ayam ni tersedap ya. SG suka buat kerabu kaki ayam. Masuk pressure cooker kejap lepas tu terus  ...

Sy paling suka kalau masak sup.tp kena tgu betul2 lembut.kalau masih kenyal2 xbrp suka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2024 10:09 AM | Show all posts
hasniey replied at 7-9-2024 09:22 PM
Sy paling suka kalau masak sup.tp kena tgu betul2 lembut.kalau masih kenyal2 xbrp suka

meols suke buat sup dn tomyam
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 11:31 AM | Show all posts
Eh sedap lah kaki ayam, awat org jijik nak makan.. Basuh bersih-bersih, lepas tu rebus sampai lembut.. Takpun buat sup ke tomyam ke, sedap aih

I penah makan kaki ayam berlado, sedap betul! Dia rebus sampai lembut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2024 11:32 AM | Show all posts
Baca cerita tu sedihnya.. Anak2 lapar dah kenyang baru boleh tido

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2024 11:35 AM | Show all posts
dewi_rina replied at 9-9-2024 11:31 AM
Eh sedap lah kaki ayam, awat org jijik nak makan.. Basuh bersih-bersih, lepas tu rebus sampai lembut ...

member org sabah die cete, adik die dlu rajin buat yg letak kicap, mula2 goreng lpstu rendam gn air kasi kembang lpstu tumis buat masak kicap, lebih kurang chinese style jg tu pn sedap die kata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 11:56 AM | Show all posts
intan_smsb replied at 9-9-2024 03:35 AM
member org sabah die cete, adik die dlu rajin buat yg letak kicap, mula2 goreng lpstu rendam gn air ...

ada kawan org Sarawak haritu dia ckp kaki ayam tu masak bak kut teh, sini mcm pelik la bak kut teh ingat babi je kan
ada rempah bak kut teh lagi, halal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2024 12:20 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 9-9-2024 11:56 AM
ada kawan org Sarawak haritu dia ckp kaki ayam tu masak bak kut teh, sini mcm pelik la bak kut teh ...

ade dgr jg diaorg pki rempah bak ku teh tu masak ayam
tp sy pn x pnh rs
cina opis ni pn klu cny mesti dpt hamper ade rempah bak ku teh
pstu srh sy amk masak ayam
sudahnye buang
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 01:15 PM | Show all posts
buat sup. buat kerabu kaki ayam. sedap weii

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 01:34 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 9-9-2024 04:20 AM
ade dgr jg diaorg pki rempah bak ku teh tu masak ayam
tp sy pn x pnh rs
cina opis ni pn klu cny m ...

Penah dapat brand A1 tu, rempah bak kut teh halal.. Erk tak guna pun, sbb mesti dalam otak bak kut teh tu lain
Tapi yg u cakap tu kaki ayam masak kicap biasa belah sabah sarawak banyak kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2024 02:23 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 9-9-2024 01:34 PM
Penah dapat brand A1 tu, rempah bak kut teh halal.. Erk tak guna pun, sbb mesti dalam otak bak kut ...

yup belah2 sna byk
da penah makan tk?
sy pnh rs skali je
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 02:36 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 9-9-2024 06:23 AM
yup belah2 sna byk
da penah makan tk?
sy pnh rs skali je

Tak pernah, sedap ke? Rasa apa, sup ke or masak kicap gitu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2024 02:54 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 9-9-2024 02:36 PM
Tak pernah, sedap ke? Rasa apa, sup ke or masak kicap gitu?

rs kicap + manis dr ayam tu
sedappp
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 03:08 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 6-9-2024 08:38 PM
Kaki ayam ni tersedap ya. SG suka buat kerabu kaki ayam. Masuk pressure cooker kejap lepas tu terus  ...

pernah dgr jugak ni mkn kaki ayam legakan sakit lutut...
tp tekak iouls x leh telan kaki ayam...
2 org anak ioils hntu kaki ayam....klu beli ayam mmg simpan kaki tu depa...

dah cukup 10 pasang...baru masak sup or tom yam......huhuhhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 03:13 PM | Show all posts
Edited by dewi_rina at 9-9-2024 07:54 AM
intan_smsb replied at 9-9-2024 06:54 AM
rs kicap + manis dr ayam tu
sedappp

Oh i belum pernah jumpa lagi, biasa mmg masak sup dgn tomyam je.. Berebut adik beradik, belah husband tak makan
Geli tengok kaki ayam katanya.. Ada kawan opis yg sorang tu kitorang makan kaki ayam ramai2 kan, dia dtg ckp mak sy kalau kaki ayam ni bagi anjing makan je.. Lol org tengah makan kot, hina nau ke makan kaki ayam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2024 03:24 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 9-9-2024 03:13 PM
Oh i belum pernah jumpa lagi, biasa mmg masak sup dgn tomyam je.. Berebut adik beradik, belah husb ...

mmg u, jaat mulut org ni. terpaling geli kunun
x makan sudahla kan
tak payah nk act lebih2
bukannye srh diaorg makan pn
seyes mmg benci dgn org yg sibuk2 tgk org makan apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 03:53 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 9-9-2024 07:24 AM
mmg u, jaat mulut org ni. terpaling geli kunun
x makan sudahla kan
tak payah nk act lebih2

Entahnya dah tak makan tu diam lah kan.. Tengok org ni, makanan org buang dia buat lauk bagi anak-anak dia makan
Ko org senang yela, bagi anjing makan.. Org yg takde makanan, siap berebut tau dorang
Mak i pun ada ajar, kalau tak suka diam je.. Takde pulak suruh hina makanan depan org tengah makan
Jenis pun genZ, selamba je mulut ckp
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts

Dimsum pun ada kaki ayam ni kan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.544814 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list