Edited by maklukpenggoda at 2-8-2024 05:24 AM
Paris: Peninju Itali Angela Carini menarik diri dari Olimpik Paris selepas 'dibedal' menerusi beberapa tumbukan kuat daripada lawannya dari Algeria Imane Khelif, yang tahun lalu gagal ujian kelayakan jantina di Kejohanan Dunia.
Imane, yang penyertaannya dalam Sukan Olimpik dibenarkan oleh IOC sehingga mencetuskan beberapa pertikaian dikalangan peninju melepaskan beberapa tumbukan dalam tempoh 30 saat pertama sebelum tumbukan kuat ke hidung Angela menyebabkan peninju Itali itu mengangkat tangan dan kembali ke sudutnya.
Jurulatihnya memberi isyarat bahawa dia menarik diri dari pusingan 16 acara welterweight wanita. Angela yang sangat kecewa jatuh berlutut di gelanggang, menangis dan enggan berjabat tangan dengan Imane selepas pengadil mengisytiharkan peninju dari Algeria itu sebagai pemenang.
"Saya seorang pejuang. Ayah saya mengajar saya untuk menjadi pahlawan. Apabila saya berada di gelanggang, saya menggunakan kata-kata semangat itu untuk melawan.
Saya tidak kalah malam ini, saya hanya menyerah dengan kematangannya," kata Angela kepada pemberita selepas meninggalkan pertarungan.
Imane dan juara dunia berturut-turut dari Taiwan, Lin Yu-ting, dibenarkan untuk bertinju di Paris selepas IOC tahun lalu menarik balik status IBA sebagai badan pengelola tinju kerana isu tadbir urus, dan mengambil alih pertandingan tinju Paris 2024.
Kedua-duanya dibatalkan penyertaan mereka di Kejohanan Dunia 2023 selepas gagal mematuhi peraturan kelayakan Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) yang menghalang atlet dengan kromosom XY lelaki daripada bertanding dalam acara wanita.
Harian Metro
|