|
Tular satu video memaparkan seorang pemuda yang menunjukkan sisi kreatifnya dengan membuat resume dalam bentuk video lalu memuat naiknya ke dalam media sosial untuk cari kerja kosong.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, pemuda berkenaan yang bernama Danial Syabil mengambil pendekatan lain dalam misinya mencari pekerjaan.
Pemuda cari kerja kosong tarik perhatian majikan
“Hello, nama saya Danial Syabil, saya tengah cari kerja baru. Buat masa sekarang, saya bekerja di Astro sebagai Senior Associate – Content, Scripted Originals,” katanya.
Dalam pada itu, Danial juga menyatakan beberapa kemahiran yang dia miliki dan telah pelajari sepanjang bekerja sebagai Senior Associate di Astro.
Buat video cari kerja kosong
Menurut Danial, selepas memegang jawatan tersebut selama beberapa tahun, dia mengambil keputusan untuk bertukar angin dan mencari pekerjaan baru.
“Selepas bertahun memegang jawatan ini, saya rasa saya nak berhenti dan cari kerja baru. Sebenarnya, keputusan ini tak mudah untuk saya.
“Tapi selepas saya fikir dan dapatkan pendapat daripada kawan-kawan dan terutamanya ibu bapa, saya memutuskan untuk mengambil keputusan ini,” ujarnya.
Sementara itu, Danial turut berkongsi dia sudah memohon pekerjaan di beberapa tempat baharu namun sehingga kini masih belum menerima sebarang panggilan temubual.
Artikel lain: Pelajar tingkatan satu ditampar senior, gara2 cemburu rapat dengan teman lelaki
Oleh kerana itu, Danial telah menghasilkan video tersebut untuk membuatkan dia lebih menonjol di mata perekrut bagi mendapatkan perhatian mereka.
“Jadi saya kena menonjol untuk dapatkan perhatian daripada recruiters dengan buat video resume ini. Untuk semua recruiters dan HR yang tengah tengok video ni, apa kata kita tentukan masa dan jemput saya untuk sesi temubual,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang memberikan sokongan kepada Danial disamping memuji pemuda itu atas kekreatifannya.
Wah, memang kreatif sangat abang ni! Semoga dapat kerja dengan cepat…..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|