CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6848|Reply: 0

[Kelantan] Orang Asli hamil alami pendarahan naik helikopter ke hospital

[Copy link]
Post time 14-2-2024 12:43 PM | Show all posts |Read mode

Juraini (baring) yang mengalami pendarahan ketika hamil tiba di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Gua Musang dengan menaiki helikopter EMARS, A109E semalam. -Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang wanita Orang Asli yang mengalami pendarahan ketika hamil dibawa menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk rawatan lanjut di Hospital Gua Musang di sini, semalam.

Pesakit, Juraini Alang, 34, yang mengandung enam bulan mengalami pendarahan dan kontraksi terpaksa diangkat menggunakan pengusung oleh anggota Unit Udara JBPM dengan dibantu penduduk kampung untuk dibawa menaiki helikopter.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Rizzan Jefri berkata, pesakit dibawa keluar menggunakan helikopter Emergency Air Ambulance Rescue Services (EMARS) Agusta 109 E (A109E) bersama seorang kakitangan kesihatan.

“Helikopter berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang pada pukul 2.50 petang dan tiba di Kampung Tapai, Pos Hau pada pukul 4.10 petang untuk melaksanakan operasi pemindahan perubatan (Medevac).

“Pesakit dibawa menggunakan pengusung ke helikopter dan tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 4.45 petang,” katanya dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Rizan memberitahu, wanita itu kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan ambulans yang sudah menunggu di balai bomba.- KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... kopter-ke-hospital/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.056266 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list