CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27978|Reply: 367

[Tempatan] BERITA SEDIH - TIADA LAGI LANTIKAN TETAP DALAM PERKHIDMATAN AWAM BERMULA FEB 2024

[Copy link]
Post time 23-1-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Kerajaan perkenalkan inisiatif kaedah lantikan baharu penjawat awam ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia.


Inisiatif itu yang kini sedang dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan juga dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang.
Dalam satu surat pekeliling yang diperoleh BH, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, inisiatif itu selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen.
"Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023 telah memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan.
"Jemaah menteri juga telah bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah tersebut, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS)berkuat kuasa mulai tahun 2024," katanya.
Wan Ahmad Dahlan berkata, kaedah pelaksanaan lantikan kontrak ini adalah mengikut peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa iaitu MyPPSM Ceraian UP.1.1.1 Prosedur dan Dasar Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service).
"Dalam hal ini, lantikan kontrak (COS) yang dimaksudkan adalah lantikan kontrak Objek Sebagai (OS) 11000," katanya.
Wan Ahmad Dahlan berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah mematuhi dan melaksanakan ketetapan ini berdasarkan peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa.
Pelaksanaan pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam ini berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 23-1-2024 04:53 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2024 04:48 PM | Show all posts

kontrak juga kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo jawatan kritikal spt cikgu dan doktor pun kontrak juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntri sekarang lantikan tetap ka kontrak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:02 PM | Show all posts
hapuskan pemberian pencen kat bakal menteri dan ahli parlimen dulu la.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2024 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg satu keluarga penjawat awam dari datuk nenek, mak bapa dan cucu cicit tu kenalah beringat ye lps ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lupa mencarum kwsp dan jgn lupa byr income tax ye. Oh ye jgn lupa amik pelbagai insurance utk kesejahteraan hidup ye. No more privilege penjawat awam lg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2024 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 23-1-2024 05:16 PM
dua_chzy replied at 23-1-2024 04:57 PM
Muntri sekarang lantikan tetap ka kontrak?


"kalo anda seorang yg bijak...undila kami..dan kami akan TETAP berkhidmat untuk anda sampai bila2"-politaik
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja kerajaan pun ramai yg jatuhkan najib n BN . Padan muka kan...semoga apa yg korang buat kat Najib tu dapat balasan lagi lah ye .. pencen kena tarik ke....kena buang kerja ke...ada kes mahkamah ke ....join lah sekali midin...Sadiq...daim ..dll...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Walawei walanons
Marhaens hold on tight
Yeah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 23-1-2024 05:10 PM
"kalo anda seorang yg bijak...undila kami..dan kami akan TETAP berkhidmat untuk anda samapi bila2" ...

Ini kerajaan kami......ikut sukahati kami la nak buat apa pun....rasain lorrr
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 23-1-2024 05:15 PM
Ini kerajaan kami......ikut sukahati kami la nak buat apa pun....rasain lorrr


dan...jika 2 pakis merogol...mereka akan ditangkap..manakala pakis yg lain bebas buat apa...
                    TETAPI..TETAPI...TUAN2,PUAN2....
jika 2 indon menyeludup minyak masak paket ke luar...MAKANYA KESELURUHAN SUBSIDI MINYAK MASAK AKAN DIHAPUSKAN.....Begitula cara kami mentadbir dan mengurus negara..ye...tuan2,puan2.
               
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 23-1-2024 05:06 PM
Jgn lupa mencarum kwsp dan jgn lupa byr income tax ye. Oh ye jgn lupa amik pelbagai insurance utk ke ...

Org gomen mula2 masuk keje mmg carum kwsp dulu sebelum sah dlm jwtn & pas tu boleh pilih either pencen or nak kekal carum kwsp. Org gomen pun bayar tax tau mcm org keje swasta. Takde privilege sgt pun kecuali tak bayar ape2 bile gi klinik gomen. Caj rm1 je kalau rakyat msia gi klinik gomen.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Acah2 klu tak ok, 5 tahun lg nk tukar. Belum sempat kau tukar, kau dah kena tukarkan dulu..hahaha

Acik pekerja swasta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2024 05:29 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 23-1-2024 05:06 PM
Jgn lupa mencarum kwsp dan jgn lupa byr income tax ye. Oh ye jgn lupa amik pelbagai insurance utk ke ...

ingat orang gomen tak bayar income tax ke?

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
apa kelemahan kontrak gomen selain tak dpt pencen?
nak juga tambah ilmu
tempat iols yg kontrak ni mcm pilih bulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:47 PM | Show all posts
iols sekarang  kontrak gomen. dah 10 tahun. jujurnya dah x harap dah dpt tetap. kalau dpt rezeki, kalau tak lantaklah. actually kontrak gomen ni tak dalah teruk sgt. cuma kalau boleh benefit dr segi cuti sakit tu ditambah baik lah. kami dpt 15 hari jer MC berbayar. lepas tu kalau x sihat lagi 75 hari unpaid leave. kesian kalau ada sakit kronik. jadinya bagilah 90 hari paid MC. lepas tu jabatan bagi lah insurance kat kontrak gomen ni. kalau sakit kronik yang tak boleh kerja dpt lah pampasan. but first of all sebelum dorang nak hapuskan tetap gomen ni, tolonglah hapuskan dulu pencen ahli parlimen..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:50 PM | Show all posts
bottombikini replied at 23-1-2024 05:37 PM
apa kelemahan kontrak gomen selain tak dpt pencen?
nak juga tambah ilmu
tempat iols yg kontrak ni mc ...

MC dpt 15 hari jer. kesian. sbb kalau ada sakit kronik yang perlukan rawatan mmg susah. sorang staff jab iols dah nak kena terminate kontrak sbb sakit bed ridden. padahal dulu kerja bagus jer. kalau betul nak buat kontrak jer semua iols cadangkan gomen spend insurance coverage utk staff kontrak. dpt insurance cuepacs care pun jadilah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.344917 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list