View: 10490|Reply: 26
|
Pasangan Panda Gergasi, Fu Wa Dan Feng Yi Sambut Ulang Tahun Ke-17 Di Zoo Negara
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi menyambut ulang tahun ke-17 hari ini.
Ulang tahun haiwan yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara di sini sejak 2014 itudisambut dengan kek hari jadi istimewa yang diperbuat daripada buah-buahan seperti epal, tembikai dan anggur yang dihiasi dengan beberapa kuntum bunga.
Sebagai rekod, pasangan panda gergasi itu dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014 selama 10 tahun bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan dua hala antara Malaysia dengan China.
Foto: Harian Metro
Kedua-dua haiwan itu dilahirkan pada 23 Ogos 2006 di Pusat Panda Wolong, Sichuan, China dan tiba di negara ini pada 21 Mei 2014, yang kemudiannya ditempatkan di GPCC yang dibina khas.
Setakat ini, pasangan panda gergasi itu yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang, memiliki tiga ekor anak iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan pada 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Januari 2018) dan Sheng Yi pada 30 Mei 2021.
Sementara itu, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Ahmat Lana dalam ucapannya berkata kejayaan membiakkan panda gergasi ini menyumbang kepada usaha pemuliharaan spesies ikonik itu.
Foto: Harian Metro
"erjalanan panda gergasi ini ialah satu kisah yang membabit penyokong pemuliharaan, penyelidik dan individu berdedikasi yang telah memberikan semangat mereka untuk memastikan kemandirian spesies luar biasa ini.
"Ia juga kisah yang membangkitkan perasaan dengan nilai bersama negara, komitmen bagi pembangunan mampan dan kesejahteraan semua makhluk hidup," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak malayan bear kt zoo sana yg org ckp pakai kostum manusia tu. Kurus je kita tgk. Yg ni dibelai2. |
|
|
|
|
|
|
|
so 17thn la pakai ekon siang malam pagi petang ye dokk
usaha pemuliharaan spesies ikonik
pemuliharaan apa lagi? dah 7 thn tak pegang status 'endangered' lagi. kosser. |
|
|
|
|
|
|
|
Hepi besday! Mok2 sumernya |
|
|
|
|
|
|
|
Bila depa nk balik kg ya? Anak pun dah 3 |
|
|
|
|
|
|
|
Soklan:
Ni panda pinjam kaa, sewa? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
umur die 17 tahun, lahir 2006
tp duk msia thn 2014
kontrak sewa 10 tahun
makna kata thn depan 2024 hbs kontrak
what's gonna happen next agknya ya
|
|
|
|
|
|
|
|
entahle. tp berdasarkan apa yang i tau bela pokok ke haiwan mudah je tak perlu maintain sgt pun kalau dah memang spesis asal. yg payah jadi mahal jadi banyak benda nak kena supply jaga kalau bukan spesis asal sesuatu tempat. |
|
|
|
|
|
|
|
Habis kontrak, panda2 nih akan dihantar balik ke China. Bbrp bulan lepas, US baru jah kembalikan sekor panda lepas loan 20thn. Itu pun ada kontroversi sket sbb netizen PRC bising2 panda tu mcm tak dijaga dgn baik - nampak kurus dan sakit. Dia org cakap Panda Diplomacy kejam, memisahkan panda dari habitat asal. Dia org tak tahu agaknya, rakyat negara hos panda pun rasa konsep tu kejam jugak - berjuta dollar terpaksa dibelanjakan utk "loan" panda dan maintenance dia sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
Huntong panda kt msia, b40 blm ttu merasa 24 jam duduk dlm ekon |
|
|
|
|
|
|
|
Masa pergi tgk panda ni tahun lps.. dorg bg tgk sekejap2 je. Xboleh bising.. + ada pulak specialist yg kena hadap panda ni. Siap dengan facility hospital panda lagi. Kat luar2 tu penguin duduk dalam aquarium sempit je. Kesian tgk binatang lain.
Baik hantar balik je ... Menyusahkan macam makhluk2 lain yang datang dr sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Makhluk paling beruntung di Msia. |
|
|
|
|
|
|
|
kannn
hebat china bnyk negara tunduk utk ambik bela, tp bayar millions
klu beranak tu plk anak tu pun kena bg depa kan
i still don't get it
|
|
|
|
|
|
|
|
berkat kehandalan skil diplomasi najib terhadap kerajaan china
apa la sangat kos jaga panda
berbanding beratus bilion nilai pelaburan dibawa masuk dari china ke malaysia
apa la nak diharap dari komen acik2 porem yang majoriti merupakan surirumah, kalau kerja kerajaan cuma pangkat N17 dan kalau kerja swasta cumalah tea lady |
|
|
|
|
|
|
|
nak kata handal tak juga...mat sakau dah kena penjara 10 tahun...
|
|
|
|
|
|
|
|
belum tentu di akhirat selamat
|
|
|
|
|
|
|
|
betul..tapi najib sudah terima balasannya di dunia kerana dosa2 nya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|