CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39207|Reply: 585

Keputusan Kes Saman Ali Puteh Terhadap Nor Hidayah Jumaat Ini

[Copy link]
Post time 16-2-2022 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Keputusan kes saman Ali Puteh terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah akan diketahui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat ini.


Ali, 33, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ketika dihubungi berkata, dia menyerahkan perkara ini kepada kebijaksanaan hakim untuk membuat keputusan.




Foto: IG




"Syukur selepas dua tahun kes ini berlangsung, akhirnya keputusan bakal tiba juga. Saya serahkan semuanya kepada kebijaksanaan hakim selepas semua prosedur berlangsung.


"Selain itu, saya juga serahkan semua ini kepada Allah untuk menentukan jalan terbaik," katanya kepada Harian Metro.


  



Menurutnya, tindakan yang diambilnya ini dibuat semata-mata untuk Allahyarham abangnya, Abam Bocey dan ibu mereka, Sabariah Arshad.


"Selepas apa yang terjadi semasa prosiding mahkamah, saya berharap ada sinar pada saya sekeluarga yang dianiaya.


"Allah uji saya sekeluarga apabila benda yang kita tak buat, orang kata kita buat. Mula-mula agak panas dan geram apabila benda ini tular. Kecaman yang diterima itu amat luar biasa. Namun selepas itu, satu demi satu jalan yang kami nampak apabila Allah tunjukkan jalan," katanya.




  



Ali berkata, selepas selesai semua prosiding dalam mahkamah, baharulah dia nampak apa sebenarnya yang terjadi.


"Saya kini dah tak takut dengan kecaman netizen sebab sudah berkali-kali jumpa mereka yang maki hamun di balai polis. Ada juga yang jumpa di luar dan ada yang datang rumah. Ada juga yang hanya kirim video mohon maaf. Semuanya mohon maaf sebab tak tahu-menahu apa yang terjadi. Sikit pun saya tak simpan dalam hati sebab saya tahu mereka ini tak tahu menahu dan hanya komen sesuka hati," katanya. Terdahulu, Ali mula berdepan kecaman sejak kemelut membabitkan dia dan kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya membawa kes ini ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.




  



Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.


Saman yang dibuat Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.


Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.


Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.


Sementara itu, peguam Azmir Zakaria yang mewakili Ali mengesahkan keputusan kes ditetapkan Jumaat ini di depan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
yela Ali.. semoga Hidayah & Hamzah menang kes nie ya..Aminnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 04:42 PM | Show all posts
walau apa sekalipun Ali kena muhasabah diri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
org ja minta maaf kt dia...yg dia tu...ada minta maaf ka
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Iouls doakan yg terbaik untuk Hidayah & Hamzah. Iouls pernah berada di tempat hamzah ya. Ada sedara mara dari neraka jual barang2 arwah ayah tanpa ambik kira perasaan mak. Sampaikan rumah lama kami diselongar seluruh ceruk. Sampai kiamat iouls xkan halalkan harta2 yg mereka makan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 06:55 PM | Show all posts
azimodin replied at 16-2-2022 06:39 PM
Iouls doakan yg terbaik untuk Hidayah & Hamzah. Iouls pernah berada di tempat hamzah ya. Ada sedara  ...

syaitonirojim nyaa perangai sedara mara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ali kalah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya Ali ni...saman apa ni...budak tu tanggungjawab ko Ali oooiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga hidayah n hamzah menang...amin
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
X sabar nak tau keputusan
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:14 PM | Show all posts
semoga kemenangan berpihak pada Dayah
dan Ali ni dapat pengajaran
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama tak tgk Hamzah dah besar rupanya. Handsome boy
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat lak dia kata susun2
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 16-2-2022 06:39 PM
Iouls doakan yg terbaik untuk Hidayah & Hamzah. Iouls pernah berada di tempat hamzah ya. Ada sedara  ...

wei nak tnya
kalau mcm tu kan
barang barang tu hak mak kau dan kau kan?
bkn faraid kan?

aku nk tahu sbb student aku pun tgh lalui
bapk die mekanik,arwah bapak die dh ckp kalau mati jual brg tool utk meneruskan kelangsungan hidup
tp datuk die nak brg arwah tu

ap pendapat kau? share sikit
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 16-2-2022 06:39 PM
Iouls doakan yg terbaik untuk Hidayah & Hamzah. Iouls pernah berada di tempat hamzah ya. Ada sedara  ...

Aman2 tak life Dorang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:50 PM | Show all posts
katakauu replied at 16-2-2022 07:28 PM
wei nak tnya
kalau mcm tu kan
barang barang tu hak mak kau dan kau kan?

kalau ikut faraid pun, harta mak ayah tu anak lelaki didahulukan, bukannya saudara-mara adik beradik makcik pakcik tok nenek lain. betulkan aku kalau silap ya.

dan pasal tool tu, arwah bapak dia sempat bagi wasiat pada anak sebelum meninggal,
jadi kalau atok nak tool tu pun, takleh. sebab wasiat.
dia takleh "demand", aku nak tool tu semua. cannot.
dia kena "minta" pada cucu tu, sebab tool tu under supervision cucu dia la. incase diperlukan nanti, baru jual untuk tampung hidup. tapi kalau tak perlu jual, cucu dia kena jaga. ianya "wasiat", dan "amanah". maka tak boleh pindah hakmilik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 08:01 PM | Show all posts
naina replied at 16-2-2022 07:36 PM
Aman2 tak life Dorang tu?

my late aunt buat kat kaka macam tutrust me, life dia tak aman

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
holothurian replied at 16-2-2022 04:28 PM
yela Ali.. semoga Hidayah & Hamzah menang kes nie ya..Aminnnnn

AMIN RABBALALAMIN!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pernah tgk yt ali bawak pergi rumah arwah. Pastu ckp nak jual tu nak jual ni. Itu pun dah kira makan harta anak yatim tau susun. Pastu kereta arwah abam pun sama. Betul la dayah ckp kau amik harta anak yatim.
Ye ke org jumpa kau? Takde pun kau up kat mana2 setakat sembang aje .

Dlu ada baca org komen pasal belanja anak arwah, si susun ni ckp korang la bgi pastu kata kes mahkamah tak setel lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kes ni berpihak pada hidayah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 1.140296 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list