CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2298|Reply: 4

Mempunyai Pelbagai Versi, Ini Adalah Asal Usul Nama Selangor

[Copy link]
Post time 9-6-2021 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Mempunyai Pelbagai Versi, Ini Adalah Asal Usul Nama Selangor



Sebelum kedatangan Sultan Selangor yang pertama iaitu Raja Lumu atau gelaran baginda Sultan Salehuddin Syah ibni Yamtuan Muda Riau, Upu Daeng Chelak pada tahun 1743 Masihi, nama Selangor telah pun wujud. Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan (dahulu kota) yang terletak di pinggir Sungai Selangor. Timbulnya nama Selangor adalah sempena dari nama sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor.

Pada zaman dahulu memang telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat itu daripada nama sungai yang menjadi laluan perhubungan ketika itu. Misalnya negeri Perlis adalah berasal dari Sungai Pelit (Perlite dalam bahasa Perancis membawa erti batu, iaitu sungai batu), demikian juga nama Selangor. Dianggarkan nama Selangor (Kuala Selangor) ini juga telah wujud lebih awal daripada kurun ke-16, kerana sebelum Melaka ditewaskan oleh Portugis pada tahun 1511, Kuala Selangor pernah ditakluki oleh Melaka.

Sebelum Upu Daeng Chelak, anak Raja Bugis lima bersaudara datang ke Selangor, di Kuala Selangor telah pun didiami oleh sekelompok orang bugis yang diketuai oleh seorang perempuan yang adil daripada suku Bugis iaitu Upu Cendera Burung. Beliau dikatakan mempunyai sifat kasih dan penyayang serta pandai mengambil hati anak buahnya.


Makam Upu Cendera Burung

Sifat seorang pemerintah yang bertimbang rasa inilah yang mempengaruhi hati penduduk Melayu di situ sehingga mereka bersumpah tidak akan melantik ketua yang lain kecuali daripada keturunan Bugis. Faktor ini menyebabkan kedatangan Raja Lumu ke Selangor telah diterima baik oleh penduduk tempatan. Apabila meninggalnya ketua mereka iaitu Upu Cendera Burung, lalu dikebumikan mayatnya di atas sebuah bukit yang sekarang ini dinamakan Bukit Hospital (kerana pernah wujud hospital di atas bukit ini sekitar 1920-an).

Ketiadaan ketua di Kuala Selangor ini membawa keinginan orang Perak dan orang Kedah untuk menjadi penghulu di situ. Namun tidak seorang pun daripada mereka yang datang itu diterima oleh penduduk tempatan. Keadaan ini sangat berbeza dengan kedatangan Raja Lumu yang telah disambut baik dan diiktiraf menjadi Yang Dipertuan Selangor pertama.

Berbalik kepada nama sungai Selangor yang dijadikan asas kepada nama Kuala Selangor dan seterusnya dijadikan sebagai nama negeri Selangor, terdapat beberapa cerita lisan yang didapati daripada orang-orang lama di dalam daerah Kuala Selangor.

Terdapat cerita yang menyatakan nama Selangor  datang daripada sebutan nama seekor Langau, sejenis serangga yang menyerupai lalat tetapi berwarna hijau dan lebih besar. Kisahnya bermula apabila seorang pahlawan datang dari selatan dalam perjalanannya ke utara. Pahlawan itu datang dari Melaka yang ketika itu telah ditewaskan oleh Portugis. Beliau keletihan dan cuba berehat di bawah sebatang pokok. Belum sempat melelapkan mata, datang seekor langau terbang mengelilingi kepalanya.

Kemudian langau itu hinggap di hidungnya. Pahlawan itu cuba menampar, tetapi langau itu terus terbang. Begitulah keadaannya beberapa kali. Dengan suatu tekad, pahlawan tadi membuat keputusan sekiranya keadaan itu berlaku lagi, beliau akan menampar langau tersebut sekuat-kuat hatinya. Tatkala langau tersebut menghinggap lagi ke batang hidungnya, pahlawan itupun menampar seberapa kuat yang boleh, malangnya langau terus berlalu hanya tinggal sakitnya sahaja di batang hidung.

Daripada keadaan inilah setiap kali beliau memegang hidungnya, setiap kali itu juga beliau teringatkan kisah seekor langau. Terbitlah difikirannya bahawa beliau tidak pernah dikalahkan oleh mana-mana panglima atau pahlawan, tetapi ditewaskan pula oleh seekor langau sahaja. Mungkin ini alamat baik pada fikirannya.

Kejadian ini telah menimbulkan keinginannya untuk meneroka tempat tersebut dan membatalkan sahaja rancangannya hendak mengembara lebih jauh lagi. Tempat itu dinamakan se-langau, iaitu seekor langau. Sebutan tersebut lama kelamaan menjadi Selangor.


Dikatakan ini adalah rupa pokok mentangau

Versi lain asal usul nama Selangor adalah daripada pokok Mentangau. Pokok ini banyak terdapat di pinggir sungai Selangor hingga kini. Pokok-pokok kayu Mentangau ini selain banyak tumbuhnya, ia juga sejenis pokok yang agak tinggi dan boleh kelihatan dari arah laut, sehinggakan setengah-setengah pedagang mengatakan, “Aku nak singgah di kuala sungai Mentangau.” Akhirnya disebut Kuala Selangor kerana kepelatan lidah Melayu.

Terdapat pendapat menyatakan bahawa nama Selangor adalah berasal daripada perkataan salang dan jemur. Hal ini berpandukan kepada suatu tempat di pinggir sungai Selangor yang dahulunya pernah dijadikan tempat menghukum penderhaka dengan hukuman salang dan kemudiannya dijemur. Gabungan daripada perkataan salang dan jemur ini terbitlah perkataan Selangor.

Kesimpulannya, tidak dapat dipastikan yang mana satukah benar tentang asal usul nama Selangor. Namun daripada berbagai versi ini, kebanyakannya menyatakan berasal dari pokok Mentangau, iaitu Kuala Mentangau dan lama kelamaan menjadi Kuala Selangor. Bahkan telah menjadi kebiasaan orang-orang zaman dahulu menamakan nama sesuatu tempat berpandukan nama tumbuh-tumbuhan. Beberapa buah kampung di dalam daerah Kuala Selangor sendiri, terdapat nama-nama yang diambil sempena nama tumbuhan seperti Kampung Assam Jawa, Sungai Buluh, Bukit Rotan, Bukit Belimbing, Sungai Sireh dan lain-lain.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua salah.
Nama selangor adalah dari dua istilah.
1)Salang. Yang bermaksud timah dalam bahasa melayu kuno
2)Or. Yang bermaksud bumi

Maka selangor ertinya tanah timah atau negara timah
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 05:45 PM | Show all posts
kelang , berasal dari kerang,  dulu byk kerang,  kt port kelang,


pastu orang cina dtg sebut kerang, jd kelang...

joseph kallang Tie , tak lahir lagi ketika itu
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 05:49 PM | Show all posts
tak tau la mana citer betui...

Some believe that ‘Selangor’ is the shortened enunciation of ‘Kuala Mentangau’ – a mangrove swamp that was frequented by early seafarers which eventually evolved into a settlement called ‘Kuala Selangor’.

While some embrace the tale of a warrior who, while resting, was annoyed by a ‘langau’ that kept flying on his nose. Failing repeatedly to swat it, he conceded defeat. From then on, he would refer to the area as Selangau. (‘se’, a short form of ‘satu’, meaning one)


https://selangor.travel/a-brief-history-of-selangor/




Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 02:49 PM | Show all posts
Thanks TT. macam baca Variasari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.062847 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list