CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1962|Reply: 5

[Politik] Kisah Islam Azan Subuh Bermula Dari Sulawesi

[Copy link]
Post time 26-5-2015 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Azan solat adalah sebuah fenomena yg menakjubkan bersahutan di dunia dikumandangkan bermula dari Sulawesi atau nama lamanya Celebes dan ada yang mengatakan di bermula dari Pontianak Kalimantan bahkan lebih jauh ke timur ialah Papua.

Fenomen Azan – Salam buat Fajar

Sungguh suatu keberuntungan bagi umat islam karna ini adalah suatu bukti tak terbantahkan untuk menggambarkan kebesaran Tuhan Sang Pencipta Alam.

Mari kita telusuri bersama jejak perjalanan azan yg ternyata begitu menakjubkan.

Diawali dari Indonesia, sebuah negeri dibelahan Timur Bumi dg 4 pulau khasnya; Sulawesi, Kalimantan.

Ketika fajar di ufuk timur sulawesi mulai menyingsing, maka tepat pukul 05.30 waktu setempat, azan subuh sudah bergema., tanda hari baru telah bermula. Serentak, ribuan muazzin lainnya pun bangkit serta merta untuk menunaikan tugas menyambung seruan sholat tersebut.

Dan bumi pun mulai bergerak kebagian sebelah barat, mengikuti sunnatullah.

Setengah jam kemudian, setelah sulawesi menyelesaikan azan subuhnya, seruan itu dilaungkan kembali di pulau tetangga, Kalimantan, lalu Jakarta menyambut.

Belum lagi Sumatra menyelesaikan kalimah terakhirnya, Malaysia ternyata sudahpun memulai “Allahuakabar”, dan Myanmar segera berdiri digaris selanjutnya.

Sementara 1 jam sejak Jakarta memulai azan, gemanya ternyata sudah mencapai Dakka, ibukota Bangladesh.

Setelah Bangladesh, India di Bagian Barat, dari Calcutta ke Srinagar, azan subuh ternyata sedang dilaungkan. Lalu merembet menyentuh Bombay, dan seluruh India pun menyambutnya dari satu menara ke menara lain.

Muazzin Srinagar & Sialkot (kota di utara Pakistan) tak ketinggalan pula ambil bagian, menyampaikan seruan.

Perbedaaan waktu antara Sialkot, Quetta & Karachi hanyalah 40 menit, dan dalam masa ini, azan ternyata telah mengudara diseluruh Pakistan.

Bahkan sebelum berakhir, Afghanistan & Muscat sudah memulai kalimah pertamanya.

Hanya selang waktu 1 jam, gema azan kembali terdengar lagi diseluruh Hijaaz-e-Muqaddas (kota2 suci di Mekkah & Madinah), Yaman, Jazirah Arab,Kuwait juga Iraq.

Perselisihan waktu antara Baghdad & Alexandria (Mesir) adalah juga 1 jam. Maka azan pun dilaungkan lagi dibawah langit fajar di Syiria, Mesir, Somalia &Sudan secara serentak.

Sedang Turky yg berbeda 1 1/2 jam antara sebelah timur dan baratnya, tak mau ketinggalan juga menyambut panggilan suci, dan menjalar hingga ke Tripoli (libya).

Dan hanya dalam waktu sesingkat itu, panggilan Azan rupanya terus berlanjut hingga akhirnya telah mencapai seluruh Afrika! Subhanallah… Allahukabar!!!

Setiap hari kita mendengar lima kali seruan azan daripada masjid tetapi adakah kita mengetahui tentang sejarahnya. Tahukah kamu dari mana asalnya perkataan yang diucapkan semasa azan dilaungkan?
Jika tidak, sama-samalah kita baca dan hayati sejarah seruan azan.

Azan mula disyariatkan di Madinah tahun pertama hijrah. Asal-usul azan terkandung dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Umar r.a. dengan katanya yang bermaksud:

“Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka berbincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: ‘Ambillah naqush (loceng) seperti naqush orang Nasrani (Kristian).’ Berkata sebahagian yang lain pula: ‘(ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi.”

Lalu berkata Umar:

“Tidakkah kamu boleh melantik seorang lelaki untuk menyeru kepada sembahyang?”

Bersabda Rasulullah S.A.W:

“Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk solat.”

Hasil perbincangan tersebut terdapat beberapa cadangan seperti membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani, meniup trompet seperti penganut agama Yahudi, mengibarkan bendera sebagai tanda masuk waktu solat atau menyalakan api diatas bukit di mana orang yang melihat api akan hadir ke masjid untuk solat berjemaah.

Namun semua usul itu ditolak oleh Rasulullah S.A.W. Kemudian Umar al-Khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat-kuat.

“Telah datang waktu solat.”

Cadangan Umar ini diterima oleh Baginda S.A.W tetapi dengan sedikit modifikasi kepada “Assolatu jami’ah” yang bermaksud “Marilah solat berjemaah.”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Zaid r.a, beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.

Abdullah: “Wahai hamba Allah S.W.T, adakah kamu jual naqush itu?”

Pembawa loceng: “Apa yang engkau buat dengannya?”

Abdullah: “Dengan naqush itu, kami menyeru kepada solat.”

Pembawa loceng: “Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu?”

Abdullah: “Ya.”

Pembawa loceng: “Kumandangkanlah Allahuakbar…(hingga akhir azan).”

Keesokannya, Abdullah bin Zaid menceritakan kepada Rasulullah S.A.W mengenai mimpinya. Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya mimpi itu benar insya-Allah. Berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan kepadanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau.”

Kemudian Abdullah bin Zaid berdiri bersama Bilal lalu mengajarkannya lafaz azan tersebut.

Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar bin al-Khattab berkata:

“Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah S.A.W, sesungguhnya aku bermimpi seperti mana yang dimimpikan olehnya (Abdullah bin Zaid).”

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Segala puji bagi Allah S.W.T.”

Walaupun azan disyariatkan hasil mimpi Abdullah bin Zaid yang kebetulan sama dengan mimpi Umar al-Khattab, azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia. Sebaliknya ia diperkuatkan lagi dengan wahyu.

Al-Bazzar berkata:

“Nabi Muhammad S.A.W telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya diatas langit yang ketujuh ketika berlakunya Israk Mikraj. Kemudian malaikat Jibril mendatanginya, lalu Baginda S.A.W menjadi Imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s, Allah S.W.T menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi.”

Akhir kalam, semoga dengan pembacaan sejarah azan ini dapat menyedarkan kita betapa tingginya darjat azan kerana di akhir zaman ini rata-rata umat Islam lansung tidak menghormati seruan azan ini malah menganggap azan itu sebagai bunyi cengkerik di tengah malam.

Tidak malukah kita sebagai hamba Allah S.W.T dapat menghormati lagu Negaraku dengan berdiri sebagai menghormatinya tetapi seruan azan langsung tidak dijawab dan dipedulikan walaupun seruan itu dikumandangkan di langit ketujuh.

Sumber I Luv Islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2015 10:33 AM | Show all posts
masyaallah azan dari sulawesi ke seluruh penjuru dunia tak habis habis bersahutan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 10:35 AM | Show all posts
malawi4 replied at 26-5-2015 10:33 AM
masyaallah azan dari sulawesi ke seluruh penjuru dunia tak habis habis bersahutan

dulu hanya kat arab saja ada azan....... tempat lain tak de.......

waktu tu tak menggambarkan kebesaran Tuhan Sang Pencipta Alam?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 12:05 PM | Show all posts
boo indon...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2015 01:49 PM | Show all posts
Acong replied at 26-5-2015 10:35 AM
dulu hanya kat arab saja ada azan....... tempat lain tak de.......

waktu tu tak menggambarkan k ...

tak kisah dari zaman apa kebesaran tuhan bukan setakat dari azan je ini hanya satu dari berjuta kuasanya di bumi ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2015 01:51 PM | Show all posts

ko ingat artikel   ni buatan endon ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.172348 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list