CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2890|Reply: 0

Penumpang Bas Perlu Dilindungi

[Copy link]
Post time 20-10-2014 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Biarpun pelbagai kempen dan langkah keselamatan yang telah diambil oleh kerajaan dalam mengurangkan kadar nahas, namun kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspres masih berlaku. Peningkatan kadar kemalangan terus meningkat lebih-lebih lagi bila menjelang musim perayaan.

Selain daripada mengambil langkah keselamatan seperti pemantauan terhadap kecergasan dan kesihatan pemandu-pemandu bas. Pihak berwajib juga telah pun mengambil tindakan dengan menaik taraf jalan-jalan yang berlubang serta memasang papan tanda di kawasan berlakunya kemalangan.

Akibat dari kemalangan sudah pasti akan ada penumpang yang cedera, parah mahupun maut. Tiada siapa mampu menjangka bila kemalangan akan berlaku dan ia sememangnya di luar jangkauan dan menjadi igauan ngeri. Walau bagaimanapun jika nahas bas berlaku pasti penumpang yang akan mengalami kecederaan parah atau maut berbanding pemandu.  

Melihat kepada kes kemalangan yang melibatkan bas ekspres mahupun bas pelancongan yang menunjukkan peningkatan ketara. Tindakan drastik dalam mengambil langkah alternatif sebagai proses pencegahan perlu diambil, demi melindungi penumpang. Seharusnya setiap penumpang bas perlu disaran melengkapkan diri dengan insurans peribadi seperti insurans kemalangan peribadi.

Jangan terlalu berkira untuk membelanjakan sejumlah wang untuk membeli insurans kemalangan peribadi. Anda perlu lihat kepentingannya di mana ia bakal melindungi anda dari segi kewangan sekiranya terlibat dalam sesuatu kemalangan. Kemalangan tidak boleh dijangka, malah risiko untuk seseorang berdepan dengan kemalangan juga amatlah tinggi.

Bagi mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan awam terutama bas ekspres sewajarnya membeli insurans kemalangan peribadi demi meringankan beban kewangan sekiranya bas yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dan besar kemungkinan akan mendatangkan kecederaan atau maut.

Insurans kemalangan peribadi bukan sahaja memberi perlindungan maksima kepada pemegang polisi. Namun premiumnya juga sangat berpatutan dan boleh dikategorikan sebagai polisi mampu milik. Malah pemegang polisi hanya perlu membayar premium serendah RM100 secara tahunan.

Di mana, ia seharusnya diwajibkan bagi setiap penumpang rentetan nahas demi nahas yang melibatkan kemalangan bas ekspres mahupun bas pelancongan. Ia bertujuan melindungi penumpang sekiranya mereka mengalami kecederaan parah atau maut.

Apa yang pasti sekurang-kurangnya jika berlaku kemalangan, pampasan daripada insurans dapat membantu waris meringankan beban kewangan penumpang yang kehilangan ahli keluarga. Selain itu, sekiranya berlaku kecederaan atau kecacatan anggota akibat nahas, sudah tentu mereka akan diberi pampasan oleh pihak insurans.

Jika tidak dilindungi insurans, berkemungkinan ramai di kalangan penumpang yang terbabit dalam kemalangan ketika menaiki bas terpaksa menanggung sendiri beban kos rawatan dan perubatan. Wang saguhati yang diberikan oleh pihak pengusaha bas sekiranya terbabit dalam kemalangan masih tidak memadai.

Malah tidak menjadi suatu kerugian kerana bukan sahaja anda akan dilindungi ketika menaiki bas ekspres atau bas pelancongan. Akan tetapi turut diberi perlindungan secara menyeluruh sekiranya mengalami kecacatan kekal atau maut akibat kemalangan.
Last edited by easicircle on 21-10-2014 11:33 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.395258 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list