CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 700|Reply: 0

[Sarawak] Petronas serah zakat RM10,000 kepada 200 pelajar UNIMAS

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:14 PM | Show all posts |Read mode


Adif (tiga kiri) secara simbolik menyampaikan zakat kepada Al-Khalid (enam kanan) pada majlis malam semalam. Turut kelihatan Asfia (lima kiri) dan Julaihi (empat kiri).

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melalui Badan Kebajikan Islam Petronas telah menyerahkan zakat wakalah berjumlah RM10,000 kepada 200 pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, malam semalam.

Penyerahan zakat berkenaan disampaikan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Petronas oleh Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Datuk Adif Zulkifli kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS Profespr Dr Al-Khalid Othman.

Selain sumbangan kepada pelajar UNIMAS, Petronas turut menyampaikan duit raya kepada 60 anak yatim dari Pusat Jagaan Nur Murni, berjumlah RM3,000.

Antara yang hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Naib Presiden Komunikasi dan Hubungan Strategik Kumpulan Petronas Nooruddin Abdullah dan Pengurus Besar Petronas Sarawak Norazibah M Rabu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.458334 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list