CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2796|Reply: 0

[Sarawak] TDM gagalkan cubaan lapan PATI lolos sempadan di Biawak

[Copy link]
Post time 24-4-2024 07:29 PM | Show all posts |Read mode


Lapan PATI yang ditangkap cuba memasuki negara tanpa dokumen yang sah.

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menyekat lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba lolos sempadan negara di Biawak, Lundu hari ini.

Markas 1 Divisyen dalam kenyataan medianya memberitahu, Sub Unit Formasi Divisyen Pertama Infantri telah melaksanakan rondaan bersama di kawasan keselamatan Biawak sekitar jam 10.45 pagi.

Menurutnya, semasa melaksanakan rondaan, anggota ronda tentera terserempak dengan lima lelaki dan tiga wanita sedang berjalan dari arah sempadan Indonesia dan cuba merentas ke Malaysia.

"Pasukan ronda tersebut telah menahan dan membuat pemeriksaan ke atas lapan individu tersebut dan mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai.

"Namun begitu, terdapat beberapa barang bukti lain yang ditemui seperti wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian dengan nilai berjumlah RM5,820," ujarnya.

Kesemua PATI terbabit kemudiannya dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa.

"Panglima 9 Briged Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badron turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pegawai dan anggota yang telah berjaya membanteras kemasukan PATI di sempadan Malaysia.

"Markas 1 Divisyen akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan negara.

"Ini untuk memastikan kedaulatan negara terus terpelihara daripada sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan," ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.052567 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list