CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7451|Reply: 0

[Jenayah] Wartawan MalaysianGazette disamun lelaki berparang di restoran

  [Copy link]
Post time 7-2-2024 04:05 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: "Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika parang diacu ke muka," kata wartawan MalaysianGazette, Ernalisa Othman, 38, yang berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran di Taman Molek di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9.45 malam tadi itu, mangsa baru duduk di luar restoran berkenaan sebelum dua lelaki menaiki motosikal berwarna hitam tiba di hadapan premis berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

"Apabila mereka berjalan menuju ke arah saya, saya sedikit panik. Mereka memakai topi keledar dan pelitup muka berdiri di sebelah saya.

"Ketika itu saya baharu mengeluarkan komputer riba atas meja untuk memulakan kerja dan mereka merampas telefon bimbit dan komputer riba. Saya cuba menghalangnya tetapi seorang daripada mereka menghunuskan parang depan muka saya sambil berkata, nak bagi ke tak," katanya ketika dihubungi.

Ernalisa berkata, kejadian itu berlaku dengan pantas dan ketika dua lelaki itu cuba melarikan beg dan komputer riba, telefon bimbit dalam beg berkenaan terjatuh atas lantai.

"Saya terus mengambil telefon bimbit tersebut sebelum berlari masuk dalam restoran manakala dua lelaki berkenaan melarikan diri," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya sejurus kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan lain yang duduk berhampirannya namun mereka lari masuk ke dalam premis.

Katanya, telefon bimbit dan komputer riba yang dilarikan itu bernilai keseluruhan kira-kira RM5,000 milik majikan.

"Penjenayah berusia dalam lingkungan 30-an dan saya mendapati motosikal dinaiki mereka tanpa nombor plat," katanya yang trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Sohaimi Ishak mengesahkan menerima laporan kejadian itu

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun menggunakan senjata parang dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058003 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list