CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2453|Reply: 4

[Politik] Ada apa dengan mesyuarat MPT Bersatu hari ini?

  [Copy link]
Post time 28-1-2024 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu akan diadakan hari ini.

BARU-BARU ini, heboh apabila Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi menjadi individu keenam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu katanya dibuat sepenuh hati bagi memastikan nasib dan pembangunan penduduk Tanjong Karang terus terbela selain mengakui tiada sebarang paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak.
Bagaimanapun, Zulkafperi menegaskan untuk tetap setia sebagai ahli dan tidak akan sesekali mengkhianati parti tersebut.


Susulan kejadian terbabit, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang sebelum ini turut melakukan perkara sama telah mengesahkan 10 lagi ahli Bersatu akan mengumumkan sokongan terhadap kerajaan menjelang Februari depan.
Beliau mendakwa, mereka yang terlibat ialah lima ahli Parlimen dari Utara (Kedah, Perak dan Pulau Pinang), tiga dari negeri Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta dua dari Selangor dan Melaka.

Syed Abu Hussin Hafiz turut mendedahkan, Bersatu kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ‘Kem Presiden’ dan ‘Kem Setiausaha Agung’.

Perkara terbabit berlaku susulan tindakan Presiden parti itu sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat ‘pusingan U’ selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan akan datang.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada November tahun lalu.

Rentetan daripada peristiwa itu, Syed Abu Hussin Hafiz mendakwa ia melemahkan moral ahli yang benar-benar mahu melihat perubahan Bersatu dan difahamkan ramai mahukan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerajui parti kerana berkemampuan serta berkebolehan.

Justeru, menerusi Mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bakal diadakan pada Ahad, dijangkakan dapatannya akan membincangkan hala tuju dan nasib Bersatu selepas ini.

Sebarang kenyataan daripada beberapa pemimpin tertinggi parti ketika sidang media berkenaan diharapkan mampu menoktahkan segala kekusutan yang membelenggu ahli Bersatu dan menemui jalan penyelesaian terbaik demi kesejahteraan bersama.

Sebagai rekod, seramai empat lagi wakil rakyat Bersatu selain Zulkafperi dan Syed Abu Hussin Hafiz yang menyatakan sokongan iaitu, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan). - Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersatu berpecah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kalu tempat tu wakil rakyat pembangkang akan diabaikan ke? pi..mai...pi...mai tang tu lah ahli politil malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2024 11:39 AM | Show all posts
parti niat pun tak betul masa penubuhannya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2024 05:03 PM | Show all posts
hancurr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.061293 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list