CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3342|Reply: 0

[Perak] MBI guna kaedah ‘hot-in-place’ tampal jalan rosak

[Copy link]
Post time 2-11-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode

MBI menggunakan jentera pelbagai fungsi bagi menyempurnakan kerja-kerja membaiki jalan rosak menggunakan kaedah hot-in-place di Ipoh hari ini. - Foto IHSAN MBI

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kini menggunakan kaedah ‘hot-in-place’ bagi menampal jalan yang rosak di sekitar bandar raya ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kaedah itu merupakan teknologi terkini yang menggunakan jentera secara pakej.

Jelasnya, ia bermakna di dalam kenderaan yang sama ia meliputi peralatan pemanasan, pengorekan, proses penyediaan bitumen aspalt dan jentera pemadatan.

“Uji cuba kaedah ini telah dilaksanakan bagi menambah baik proses tampalan jalan yang sebelum ini menggunakan kaedah ‘mark and cut’ yang mengambil masa lama untuk dilaksanakan.

“Melalui kaedah ini proses pembaikan pothole akan mengambil masa yang singkat dan seterusnya meningkatkan lagi kualiti tampalan berbanding kaedah sedia ada,” katanya di sini hari ini.

Rumaizi berkata, kaedah itu akan digunakan di jalan-jalan utama di sekitar kawasan pentadbiran MBI.

Beliau memberitahu, sebanyak 1,200 meter persegi sebulan telah diperuntukkan kepada Puncak Emas Infra selaku syarikat konsesi untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah selenggaraan MBI.

“Kaedah ini digunakan bermula pada November 2023 bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya dan secara tidak langsung akan mengurangkan aduan pothole yang kerap berlaku.

“Ia terutamanya pada musim peralihan monsun yang mempunyai kadar taburan hujan tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... tampal-jalan-rosak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.057188 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list