CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6685|Reply: 0

[Perak] Polis siasat dakwaan anggota enggan terima laporan

[Copy link]
Post time 14-10-2023 04:07 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular seorang pelajar perempuan hampir dilanggar lori yang melanggar lampu isyarat merah ketika melintas jalan di Batu Gajah. - UTUSAN



IPOH: Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah yang dikatakan enggan menerima laporan dibuat keluarga pelajar yang hampir dilanggar lori ketika melintas jalan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, dakwaan itu akan dirujuk kepada IPD Batu Gajah untuk siasatan lanjut.

Tegas beliau, tiada balai polis yang dikecualikan daripada menerima aduan orang ramai terutama membabitkan kes jenayah dan kemalangan jalan raya.

“Pihak polis tidak pernah menolak sesiapa untuk membuat laporan, tidak kira di mana pun.

“Apa pun, saya akan dapatkan laporan daripada Ketua Polis Daerah Batu Gajah dahulu. Sebarang tindakan akan diambil jika didapati dakwaan itu benar (enggan terima laporan),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 27 saat yang memaparkan seorang pelajar perempuan hampir dilanggar sebuah lori yang melanggar lampu isyarat merah ketika mahu melintas jalan.

Difahamkan, keluarga pelajar itu cuba membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut namun polis didakwa menolak laporan berkenaan kerana tiada kemalangan berlaku. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... gan-terima-laporan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.168446 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list