CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 639|Reply: 4

Bekas Model Meninggal Dunia Lepas Beberapa Hari Buat Percubaan Bunuh Diri Secara Live

[Copy link]
Post time 21-6-2023 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Streamer dari Korea Selatan meninggal dunia hanya selepas beberapa hari membuat percubaan bunuh diri secara langsung menerusi platform media sosialnya.


Im Ji Hye yang juga bekas model dikenali sebagai BJ Imvely itu dilaporkan meninggal dunia pada 18 Jun 2023 pada usia 37 tahun.




AllKpop




“Kami ingin mengumumkan Im Ji Hye telah meninggal dunia. Kami meminta maaf kerana tidak dapat menyampaikan khabar duka ini secara individu kerana situasi yang terjadi,” tulis kenyataan yang dikeluarkan seperti dilaporkan Koreaboo.


Kenyataan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian Imvely.


Ironi, Imvely melakukan percubaan bunuh diri pada 11 Jun lalu sebelum diselamatkan selepas para peminat yang menonton siaran langsungnya menghubungi pihak berkuasa.


Menerusi percubaan bunuh diri tersebut, wanita dua anak itu sempat menulis wasiat agar suaminya menjaga anak-anak mereka dengan baik.


Im Ji Hye pertama kali muncul dalam dunia hiburan Korea Selatan pada tahun 2006 dengan menjadi model majalah Maxim. Dia kemudian berkahwin pada tahun 2014 sebelum bercerai padsa 2018.


Sejak itu Ji Hye mengumumkan dirinya bertukar kerjaya sebagai seorang streamer.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 09:13 AM | Show all posts
See... jadik influencer ni ramai je yg depressed hujung2 bunuh diri apo laa nasib influencer M'sia adakah mcm ini jugak.. ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 04:47 PM | Show all posts
kalau x kental, jgn jd influencer..
sedih tol org korea ni mnjg bunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 07:44 AM | Show all posts
kesian nye dia..apa la burden yg dia hadap tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 07:26 PM | Show all posts
streaming mukbang ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.128720 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list