Post Last Edit by aihizuka at 14-9-2010 17:10
Salam to all forumers. Iz bkn la baru ngan Cari, tp, 1st time post. erm, Iz mempunyai masalah yg agak remeh la..tapi memerlukn sokongan dan panduan bg menyelesaikn masalah ini secara berhemah. 1- tiga tahun yg lalu Iz couple ngan R, sehingga melakukn banyak perkara yg terlarang ( Iz xbangga dengan perangai buruk ni, korang jangan sesekali ikut perangai Iz, jagala anak2 korang, kawal pergaulan anak2 or ahli keluarga korang) kenapa Iz cakap banyak perkara terlarang, sebab R ni banyak membawa & mengajar keburukan pada Iz, Iz yg buta. Mudah sangat menyerah cinta. Iz pernah sekolah agama tinggi n mendapat didikan yg baik dr keluarga. Cuma Iz yang tersilap langkah. Iz sangat menyesal dan berusaha bertaubat. (InsyaAllah, Alhamdulillah dipanjangkn umur sehingga hari ini) Dek kerana terlalu sayang pd R dan memikirkn R akan bertanggungjawab (kahwin dgn Iz) so, kami bersetuju untuk membeli motor dengan nama Iz. Ikutkn Iz sendiri xnak. Sebab Iz xreti bawak motor. dan R pun dah ada kereta. Iz xsuka membazir, lagi pulak, guna nama Iz. Mase tu R xde pekerjaan tetap dan syok sgt dengan MLM. Lagi sekali, Iz mmg xsokong langsung R ni join MLM. Sepanjang keluarganya join MLM, mmg dah byk duit habis. Iz pun diajaknya masuk. Terpaksa lah. Nk jaga hati keluarga bakal mentua la kononnya. R jenis suka membazir n xpandai menggunakn duitnya. Hidup xberduit, tapi mahu bergaya. Selalunya Iz la yang kena cover perbelanjaannya. Kitorang selalu gaduh sebab ni. Iz sndiri xde saving untuk masa dpn. Disebabkan Iz tak nampak ciri2 lelaki yang boleh bertanggungjawab dlm diri R dan Iz dah penat menanggung hidup dia. Iz buat keputusan untuk tinggalkn R walaupun tersangatlah lambat selepas semuanya rosak. Masalahnya sekarang, adalah motor itu menggunakn nama Iz n Motor tu ade dekat R. maksudnya, walaupun ktorang dah pun clash, sebenarnye, still ade connection both of us. R xpernah byr duit ansuran motor, semua harapkn Iz. So, after clash, Iz paksa jugak R bayar. Iz nak jual motor tu, tapi R xnak pulak. 2 – dalam masa tiga tahun tu, Iz ada seorang bff.. lelaki la. Iz sangat-sangat sygkn BFF ni sbb kami boleh berkongsi apa saja dengannya. Tapi hanya setakat sayang sebagai kawan. K sangat menyokong dan memberi nasihat atas apa sahaja yang Iz lakukan. Tapi dia tak tahu perangai buruk Iz. Iz Cuma mention, Iz jahat n berusaha berubah. Bila Iz buat keputusan salah, K akan memberi nasihat, sama jgk, klau K buat sesuatu perkara, kami akan bincangkn bersama.K tahu mengenai hubungan Iz dgn R. Kami sebenarnya tak pernah berjumpa sepanjang 3 tahun tu. No telefon pun xde. Kami hanya berbual dalam YM je. Macam mana rupa K, Iz tak pernah ambik tahu. K hanya tahu mcm mana rupa Iz dr FB
n FS. Tapi Iz tahu, K ikhlas. Selepas ‘bercerai’ dengan R, Iz dan K semakin mesra, n kerap chating.
Tapi xde la bersayang, rindu bagai. Cuma banyak perkara kami selalu bincang sama2. bila dah rapat, barula Iz tahu macam mana rupa K. Chinese look n menepati ciri-ciri lelaki idaman Iz. Iz terpakse sekat keinginan Iz, sbb Iz sedar siapa diri Iz. Akhirnya, K reveal yang dia dah lama sukakan Iz. Sejak 3 tahun yg lepas lg. Cuma dia terpaksa mengalah sebab R. disebabkn kepercayaan, Iz akhirnya reveal jgk mengenai diri Iz ni. Yang Iz xbagitau lagi pasal moto je. Harap supaya K dapat lupakn Iz dan anggap Iz sebagai kawan je. Iz tak nak bg K harapan. Tapi, sebenarnya Iz
dah pun mula menyayangi K lebih dr BFF. Iz ingat, bila Iz dah reveal smua tu, K akan marah2 ke, lupakn Iz ke..tapi tak..dia menerima Iz seadanya. Iz rasa sangat terharu sbb takde lelaki yang sanggup terima perempuan macam Iz. Skang masih lagi mencari keputusan yg tepat. 3 – R menunjukkan tanda2 berubah. Mula cari Iz semula. R dapat kerja yang bagus & dah pun tukar kereta n beli rumah. Sebab tu semua Iz pernah minta, kalau betul2 serius untuk kahwin dengan Iz. Tapi entahlah, Iz sedikit pun xde rasa kagum dengan perubahan dia. Iz bukan cari R tau, R sendiri yg bgtau. Iz rasa, dah terlambat. Sebab, walaupun dia dah beli semua tu, tapi bayar motor bulan2 pun R sangat liat. Satu sen pun dia xpernah keluar. Iz memang bengang. Sebab R nak jugak Iz kembali pd dia. Baru dia settlekan hal motor. Masalahnya, Iz memang tak nak lagi lelaki macam R. Semua ni ada kaitan gak dengan K, sebab Iz memang dah sayangkan K. Iz nak selesaikan semua hal dengan R tanpa pengetahuan K. Kerana motor, Iz dah susahkan orang.
Macam mana ni? Jadi masalahnya.. -pasal motor, patutkah Iz reveal pd K, kemudian baru selesaikan atau selesaikan dulu, baru reveal, atau selesaikan, xpayah bagitau K ape2? Tapi Iz tak tahu camne nk selesaikan. Sbab R sangat degil. -pasal sukakan K, patutkah Iz bagitau K, Iz sukakn dia jugak. Tapi Iz sedar diri Iz. Iz rasa bersalah sekarang. Ataupun, kembali pada R. Iz percaya pada jodoh. Cuma sekarang ni, Iz sangat2 sedar diri Iz. Keadaan diri Iz yang tak lagi suci. K deserve for better woman. But I love K so much! So, camne sekarang? Kalau korang xfaham, Iz akan terangkan lagi.. Tolongla Iz k.. |