CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 647|Reply: 1

[Tempatan] Gimik depan Ismail Sabri di Menara Kuantan undang ‘salah sangka’ warganet

[Copy link]
Post time 31-1-2022 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 31-1-2022 02:47 PM

Aksi depan Ismail Sabri undang ‘salah sangka’ warganet
Oleh FAZLI RADZI / January 30, 2022



Aksi enam individu lengkap dengan tali keselamatan di tebing pelantar terbuka (sky deck) Menara Kuantan 188 sambil memegang kain rentang Keluarga Malaysia mengundang ‘salah sangka’ orang ramai.

Rata-rata warganet secara berseloroh menyangka gimik menyambut Perdana Menteri itu boleh mengundang pelbagai tafsiran ketika realiti pada masa ini rakyat berdepan dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi.

Gambar tersebut juga dikongsikan Ismail Sabri di Facebook rasminya kelmarin dengan memberitahu bahawa Menara Kuantan 188 menyajikan pemandangan 360 darjah keseluruhan bandaraya Kuantan.

“Produk pelancongan terkini dan ikonik yang dibangunkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di pesisir Sungai Kuantan.

“Konsep reka bentuk pembinaan menara ini diinspirasikan daripada daun dan bunga pokok Teruntum Putih yang dulunya banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan,” kata Ismail lagi.

Namun, orang ramai dilihat tertarik dengan aksi sekumpulan individu berdiri di tebing pelantar terbuka di bawah terik matahari termasuk ‘menyangkakan’ cubaan bunuh diri.


“Sampai macam tu sekali nilai nyawa manusia semata-mata untuk pegang sepanduk ‘Keluarga Malaysia’,” kata Amal Amani.

Sementara itu, Izzat Naimullah Ismail pula menulis, “aku ingat tali gantung tadi. Kenapalah mereka ini jadi badut tengah panas” manakala Apai Faizal berkata, “hebat. Macam tengok orang gantung diri. Macam zoo pun ada juga. Betul-betul pemikiran luar kotak.”ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2022 12:48 PM | Show all posts
La, gmbr pertama tu aku igt deme tgh berdemo and tunjuk tgh gantung diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.060595 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list