View: 1317|Reply: 15
|
[Dunia]
AS, China berlumba cari jet pejuang terhempas
[Copy link]
|
|
Jet pejuang F35-C dilengkapi dengan peralatan-peralatan rahsia dan sulit. – Getty
AS, China berlumba cari jet pejuang terhempas
WASHINGTON – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) bertungkus-lumus untuk mencari dan mengapungkan bangkai jet pejuangnya yang terhempas di Laut China Selatan sebelum aset ketenteraan Pentagon itu ditemui oleh China terlebih dahulu.
Menurut Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam, jet pejuang F35-C itu merupakan pesawat terbaharu yang dilengkapi peralatan rahsia dan sulit.
Sekiranya ia ditemui oleh China, semua rahsia mengenai AS akan jatuh ke tangan seterunya itu.
Pesawat F35-C tersebut dilaporkan terhempas di Laut China Selatan pada Isnin lepas ketika cuba melakukan pendaratan di atas kapal pengangkut pesawat, USS Carl Vinson dalam satu latihan ketenteraan.
Pesawat berharga AS$100 juta (RM419.8 juta) itu merempuh dek kapal USS Carl Vinson yang mengakibatkan tujuh anak kapal cedera.
Ia kemudian karam di dasar laut dan pihak tentera gagal mengesahkan lokasi bangkainya.
Pakar-pakar keselamatan negara AS berkata, tentera China amat berminat untuk mendapatkan bangkai jet pejuang tersebut ketika kapal penyelamat AS berada pada jarak sekurang-kurangnya 10 hari dari lokasi nahas.
“Ia terlalu lambat kerana bateri kotak hitam akan mati sebelum kapal penyelamat tiba, menjadikan keadaan semakin sukar untuk mengesan pesawat F35-C.
“Adalah penting untuk AS mendapatkan kembali bangkai pesawat tersebut kerana pesawat F-35 bagaikan sebuah komputer terbang. Ia direka untuk menghubungkan aset-aset pertahanan yang lain,” kata Perunding Pertananan Abi Austen.
Sementara itu, Penganalisis Hal Ehwal China dan Felo Keselamatan Projek Truman, Bryce Barros berkata, tidak dapat dinafikan bahawa China amat mahukan jet pejuang tersebut meskipun aktiviti intipan siber berkemungkinan telah memberi maklumat mengenai bahagian dalaman, susun atur dan operasinya.
“Saya berpendapat, China mahu melihat bahagian-bahagian sebenar jet pejuang tersebut bagi memahami dengan lebih lanjut bagaimana ia disusun atur dan mencari kelemahannya,” ujar Barros.
China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan dan telah menegaskan tuntutan tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ia turut menolak keputusan tribunal antarabangsa pada 2016 yang menyatakan bahawa China tidak mempunyai asas undang-undang ke atas perairan tersebut. – AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mimpi basah Pak Biden jadi kenyataan.. |
|
|
|
|
|
|
|
China jumpa menyebabkan us marah.. escalate jadik perang dunia ke 3. us dan china serta sekutu masing-masing hancur. .. beberapa negara bergabung untuk menjadi superpower yang baru |
|
|
|
|
|
|
|
Yang Mulia Ratu Sittah An Nur tersenyum sinis dengan tipuan emas bawah laut |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 29-1-2022 05:39 AM
China jumpa menyebabkan us marah.. escalate jadik perang dunia ke 3. us dan china serta sekutu masin ...
senjata makan tuan |
|
|
|
|
|
|
|
Tingat movie Stealth
Jet derhaka hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jadi submarine.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ish.. hampa boleh wat lawak .. takut wo.. rebut2 senjata & maklumat perang.. kalau jauh dari malaysia takde ler risau sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
kemungkinan jumpa. laut china selatan bkn dalam sgt... jika cina berjaya dpt. ade la mission imposible kuakan jet tu dri china |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia patut cari jugak. Manalah tahu jumpa teknologi baru utk bayar tol. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dengar temberang Amerika ni....... semua alat kelengkapan perang.......dia lah yg terbaik. Kalau kaji fakta......contoh dlm perang Vietnam.......lebih 10.000 kapalterbang dan helikopter Amerika...... ditembak jatuh olih peluru penangkis kapalterbang Soviet. Di Afghan pun Amerika telah dihalau keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Pat pat siku lipat
Siapa cepat dia dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa mesti di lcs? Carilah laut lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 30-1-2022 01:36 AM
Kalau dengar temberang Amerika ni....... semua alat kelengkapan perang.......dia lah yg terbaik. Ka ...
Amerika ni dia cuma advanced on tech sahaja
lagi lagi air support. kalau asset lawan asset
mmg amerika no 1 tapi kalau secara gerila
amerika mmg kalah |
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn replied at 29-1-2022 11:44 PM
kemungkinan jumpa. laut china selatan bkn dalam sgt... jika cina berjaya dpt. ade la mission im ...
China ada jet stealth J-20
tapi india claim kata dapat
detect jet tu
habis jahanam plan |
|
|
|
|
|
|
| |
|