CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 1

[Tempatan] Senarai penerima bantuan banjir dikemaskini

[Copy link]
Post time 29-1-2022 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Senarai penerima bantuan banjir dikemaskini


Jalaluddin (tengah) ketika meninjau jambatan sementara yang dibina di Kampung Bemban, Jelebu, semalam. - FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP

JELEBU: Bantuan pembelian barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di daerah ini akan diserahkan selepas Tahun Baharu Cina.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata ini berikutan pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan Pejabat Pembangunan Negeri sedang mengemaskini permohonan mangsa banjir.

Katanya, pihaknya mengesan terdapat penipuan apabila ada bukan mangsa banjir turut memohon bantuan berjumlah RM2,500 itu.

"Disebabkan itu, kita perlu mengemaskini dan membuat semakan bagi memastikan ketua isi rumah (KIR) terjejas sahaja yang layak menerima bantuan.

" Disebabkan masalah seperti itu, ia menjejaskan pemberian bantuan kepada mangsa banjir, namun kita percaya ia akan dapat diserahkan selepas perayaan Tahun Baru Cina ini," katanya ketika meninjau jambatan sementara yang menghubungkan Kampung Bemban dengan Kampung Jerang di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Noor Azmi Yusof.

Katanya, hampir 1,400 KIR di daerah ini menerima bantuan itu bagi membeli barang keperluan seperti peralatan elektrik dan perabot.

Beliau berkata, sikap tamak individu yang cuba mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain, menyebabkan bantuan yang sepatutnya sudah diserahkan pada minggu lalu ditangguhkan.

Jalaluddin yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan berkata, jambatan sementara yang siap dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) itu membolehkan aktiviti penduduk berjalan seperti biasa.

"Jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana terus mengumumkan pembinaan jambatan sementara ini ketika melawat mangsa banjir Jelebu pada 20 Disember lalu.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 3 Divisyen, diaturgerak untuk membina jambatan sepanjang 30 meter menyeberangi Sungai Triang bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh akibat banjir pada 18 Disember lalu.

SumbeR:https://www.bharian.com.my/berit ... -banjir-dikemaskini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2022 02:00 PM | Show all posts
xpe kami paham kamu sibukkkan...sibuk nk sailang duit  kann
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.181566 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list