CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wajar ke bina asrama untuk 50,000 pekerja warga asing di kampung tradisi di P...

[Copy link]
Post time 20-10-2021 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Wajar ke bina asrama untuk 50,000 pekerja warga asing di kampung tradisi di Pulau Pinang?[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


SEBAHAGIAN penduduk sekitar Teluk Kumbar membantah cadangan pembinaan tiga projek asrama pekerja warga asing oleh pihak swasta kerana dikhuatiri mendatangkan pelbagai masalah termasuk impak sosial. FOTO Ihsan penduduk





Bayan Lepas: Kelulusan pembinaan tiga asrama pekerja warga asing di sekitar Teluk Kumbar di sini, menunjukkan kerajaan negeri Pulau Pinang lebih mengutamakan pekerjaan kepada warga asing berbanding anak tempatan.

Ia sekali gus menunjukkan kegagalan pihak berkenaan dalam merancang masa depan anak jati Pulau Pinang.

Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (Pemikir) Datuk Dr Muhamad Farid Saad berkata, tindakan itu juga jelas menunjukkan kebergantungan melampau kepada pekerja asing dan tidak langsung menguntungkan perkembangan modal insan negeri serta negara.

Katanya, pembinaan asrama itu juga seolah-olah membuka ruang kepada penjajahan baru di kawasan kampung tradisi.

"Dianggarkan seramai 50,000 pekerja asing bakal tinggal di kampung yang dihuni kira-kira 10,000 penduduk dan ia menjadi ketidakadilan sosial kepada penduduk setempat.

"Terlalu banyak faktor kehidupan dan sosial negatif yang menghantui penduduk terutama daripada segi kesihatan, keselamatan, kesesakan lalu lintas dan sebagainya," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, cadangan pembinaan tiga projek asrama pekerja warga asing di sini, oleh pihak swasta mendapat bantahan penduduk setempat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz.

Projek berkenaan didakwa sudah dimulakan apabila Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebelum ini dipanggil dalam mesyuarat secara dalam talian mengenai cadangan itu.

Menurut Farid lagi, kerajaan negeri sepatutnya bersama dalam membangunkan negeri dengan mengutamakan rakyat tempatan dan bukannya orang asing dalam memastikan kemampanan pembangunan negeri, seiring dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP 2030).

Namun sekiranya pembinaan asrama berkenaan adalah keperluan dan tidak boleh dibatalkan, Pemikir mencadangkan ia dibina di Zon Industri Batu Kawan yang masih luas dan sedia dibangunkan berikutan kedudukan tapaknya berhampiran Jambatan Kedua Pulau Pinang serta menghubungkan dua kawasan perindustrian.

"Selain dapat meminimumkan bas pekerja dan pencemaran, kesesakan juga dapat dielakkan malah kemaslahatan masyarakat penduduk tempatan juga dapat dijaga.

"Kebanjiran pekerja asing dan kawalan keselamatan juga dapat dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah perkara lain seperti kawalan penyakit berjangkit lebih mudah dipantau," katanya.

Asrama pekerja warga asing itu dirancang dibina di Lot 1435 dan 1437 di Bagan Teluk Kumbar, Lot 1859, 1860 dan 1865 Tingkat Teluk Kumbar serta Lot 236 dan 284 Mukim 11 Bukit Belah, Sungai Batu di sini.

Disiarkan pada: Oktober 20, 2021 @ 2:47pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.055336 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list