|
Leonardo DiCaprio mendedahkan dirinya sebagai seorang peminat tegar kumpulan fenomena, BTS.
Pendedahan tersebut sebenarnya diluahkan bintang Titanic itu kepada pengarah filem Parasite, Cho Yeo-jeong semasa pertemuan mereka pada malam Anugerah Oscar 2020 tahun lalu.
Kredit foto: marca
Baru-baru ini, giliran Yeo-jeong berkongsi perkara itu kepada umum.
Menurutnya, dia sempat bertanyakan beberapa soalan kepada aktor itu antaranya mengenai kumpulan K-pop kegemarannya.
“Awalnya dia mengucapkan tahniah atas kemenangan kami. Saya pun bertanya adakah dia mengenali BTS,” ujar Yeo-jeong semasa muncul dalam program SNL Korea baru-baru
Jawapan yang diberikan DiCaprio ternyata mengejutkan apabila mengakui, dia bukan sahaja mengenali BTS, malah sempat menggelarkan dirinya sebagai salah seorang Army (kelab peminat).
Kredit foto: soompi
Siapa sangka pelakon yang begitu disegani dunia berumur 47 tahun itu turut menggemari lagu-lagu nyanyian BTS seperti, Blood, Sweat, Tears dan Butter.
Sumber: Kosmo |
|