View: 46907|Reply: 30
|
[Tempatan]
Starbucks Terakhir Di Kelantan Tutup Secara Rasmi
[Copy link]
|
|
Thevocket.com
2.DISEMBER.2024
Outlet terakhir jenama kopi ternama iaitu Starbucks di Kelantan secara rasminya ditutup ekoran langkah boikot terhadap jenama itu yang dilancarkan oleh rakyat negara ini.
Starbucks di KB Mall, Kota Bharu, secara rasmi ditutup pada 30 November lalu. Disebabkan gerakan boikot yang berterusan, bilangan cawangan Starbucks yang ditutup di Malaysia meningkat daripada 25 kepada 50 cawangan.
Menurut laporan, outlet tersebut tidak lagi menjual kopi kepada pelanggan tiga hari sebelum ditutup dan pekerja terpaksa menjual menu lain.
Ramai pekerja, terutamanya mereka yang telah lama bekerja di cawangan itu, menjadi emosi, dan ada yang memutuskan untuk meletakkan jawatan kerana tidak mahu dipindahkan ke cawangan lain.
Ada pekerja yang tidak sanggup dipindahkan ke outlet yang berada di negeri lain dimana mereka mahu kekal berada di Kelantan.
Berjaya Food Bhd, syarikat yang mengendalikan jenama seperti Starbucks, Kenny Rogers Roasters, dan Paris Baguette di Malaysia serta Filipina, mencatatkan kerugian bersih RM33.68 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2024 (1Q25).
Ini menandakan empat suku berturut-turut syarikat ini mengalami kerugian, sekali gus mengundang persoalan besar di kalangan pelabur dan penggiat industri.
Menurut The Malaysian Reserve, kerugian ini jauh berbeza berbanding keuntungan bersih RM19.03 juta yang diperolehi pada suku yang sama tahun lalu.
Berjaya Food menyatakan bahawa boikot anti-Israel yang berlarutan memberi impak besar kepada operasi Starbucks di Malaysia, yang turut terpalit dengan kontroversi sentimen politik semasa.
Hasil pendapatan kumpulan ini juga menunjukkan penurunan yang drastik, lebih daripada separuh kepada RM124.19 juta berbanding RM278.53 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
Dalam laporan kepada Bursa Malaysia, Berjaya Food menyatakan bahawa syarikat sedang berhadapan dengan persekitaran makroekonomi yang mencabar, namun terdapat perkembangan positif dalam inisiatif strategik yang diambil – tanpa memberi butiran lanjut.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua salah limesherbet |
|
|
|
|
|
|
|
Memula baca tulisan jawi tu aku heran apasal dia tulis 'kopi' tu 'kipi'. Baru perasan tulisan roman kat bawah tu 'cafe'.
|
|
|
|
|
|
|
|
akak terlupa nak tag tak takut dikira mengumpat ka? Tapi terlupa tak apa kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
elok lah katup satu malaya |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat air paip theyols kot. Trauma gichew! |
|
|
|
|
|
|
|
skrg dh xnampak bbnu post gmbr air logo starbuck sambil pegang stereng keta
|
|
|
|
|
|
|
|
elok lah tutup. gi buka tempat2 mcm sikaypok sana. kat tanah air aku ni kita jual produk2 tempatan mcm air sirap dan kopi2 tempatan yang tak sokong 210nist laknat |
|
|
|
|
|
|
|
Understandable. Belah2 sinun bukan minum starbucks pun, kalau nama cafe Star-tum mungkin laris. |
|
|
|
|
|
|
|
ttutup je la semua..kopi tak sedap pon... |
|
|
|
|
|
|
|
Elok pulak kedai yisroel ni tak kena banjir, ka gambar lama? |
|
|
|
|
|
|
|
Berjaya Food ni mmg rugi jer memanjang even tanpa boikot pown.. tgokla jenama2 francais yg dorg pegang sebelum ni sumernya katup.. Wendys, Papa John Pizza..
Sama jer cam francais makanan under Naza.. dulu ada tutti fruity, bubba gump yg kat The Curve tu.. tutti fruity mcm bernafas balik tp maybe bukan Naza dah yang pegang.. bubba gump tu dah out langsung kan |
|
|
|
|
|
|
|
Orang dah beralih kepada local brand. Contohnya Nasken. Owner pun rakyat kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
Kopi Padin lagi sedap. Ko nak ikat tepi ko nk cup? Cakap je |
|
|
|
|
|
|
|
Yang masih belum tutup secara tak rasmi ada berapa |
|
|
|
|
|
|
|
lobai2 minum nasken laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Minat Kopi Cap Gantang je...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 3-12-2024 07:36 PM
Masa-masa suram penuh kegelapan dan X baik-baik lagi mulai merebak di tahun 2024 ini ... Bahkan kini timbul anjuran dari pihak kerajaan Indonesia agar warga negara indonesia lebih waspada dan hati-hati serta lebih berpikir mendalam jika mendapatkan tawaran kerja di Malaysia agar X mendapatkan masalah di sana ...
Krisis Masalah besar apa yang sebenarnya terjadi negara anda saat kini ? ..Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu gi oversea, iols beli je starbucks ni. Senang & tak payah fikir byk.
Kat malaysia masuk pun tak hingin. |
|
|
|
|
|
|
|
Macammana benda ni ada ditanah barakah |
|
|
|
|
|
|
| |
|