CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4599|Reply: 4

[2020] REVIEW FILEM TRAIN TO BUSAN PENINSULA, PELAKON MALAYSIA TURUT BERLAKON FILEM INI

 Close [Copy link]
Post time 20-7-2020 07:25 PM | Show all posts |Read mode
GALAKSI VIRAL - Filem Korea yang ditunggu-tunggu kini sudah mula ditayangkan di pawagam iaitu sambungan filem Train To Busan  berjudul Peninsula di mana ianya pasti akan menarik perhatian ramai peminat filem ketika ini. Yang lebih menarik lagi apabila ada pelakon Malaysia turut berlakon di dalam filem ini dan watak yang dimainkan oleh beliau juga sangat penting di dalam filem ini.



Filem ini sebenarnya mula ditayangkan pada 15 Julai 2020 di Korea Selatan dan 16 Julai 2020  di beberapa negara termasuk Malaysia. Filem ini asalnya akan ditayangkan di Festival Filem Cannes 2020 tetapi dibatalkan kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika itu.

Sehingga Julai 2020, filem ini memegang rekod kutipan paling tinggi untuk tahun 2020 di Korea Selatan iaitu sebanyak $ 2.4 juta dan kutipan $20 juta untuk tayangan seluruh dunia. Jika diikutkan filem Peninsula ini ialah filem zombie yang ketiga untuk turutan cerita asal zombie ini. Filem yang pertama ialah filem animasi Seoul Station (2016) dan diikuti filem kedua Train To Busan (2016). Adakah filem ini sehebat filem Train To Busan yang pernah mencetuskan fenomena hebat seluruh dunia pada tahun 2016/2017 ? Mari kita baca sinopsis cerita ini dahulu.

Antara pelakon utama dan adegan menarik di dalam filem ini - Google Image


(PERHATIAN: SPOILER ALERT)

SINOPSIS


Filem ini bermula dengan adegan Kapten Jung-seok (Gang Dong-won) yang membawa ahli keluarganya yang terdiri daripada kakak kandung, anak saudara dan abang ipar beliau dengan kereta ke pelabuhan laut untuk ke Jepun bagi menyelamatkan diri daripada ancaman zombie di Korea Selatan. Ketika di dalam perjalanan ke sana, mereka bertembung dengan satu keluarga yang meminta bantuan untuk membawa anak kecil mereka ke tempat selamat. Namun, Kapten Jung-seok tidak mengendahkan permintaan bantuan daripada keluarga tersebut dan terus berlalu daripada situ.

Selepas mereka semua berada di dalam kapal pelabuhan, tiba-tiba, Kapten Jung-seok dimaklumkan yang mereka akan ditukar haluan daripada ke Jepun pergi ke Hong Kong. Dalam pada masa yang sama itu, tanpa mereka sedari, ada penumpang yang sudah dijangkiti virus zombie dan menggigit orang yang berdekatan dengannya. Antara yang telah digigit ialah anak saudara Kapten Jung-seok dan ini membuatkan beliau berada di dalam keadaan tidak keruan. Kakak beliau enggan meninggalkan anak lelaki beliau yang digigit itu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya. Akibatnya kakak beliau turut menjadi mangsa zombie dan ianya hanya dapat dilihat daripada jauh oleh Kapten Jung-seok dan abang iparnya.


Wajah Zombie - Google Image


Selepas empat tahun kemudian, Kapten Jung-seok yang kini tinggal di Hong Kong berada di dalam keadaan yang sangat daif dan tidak terurus. Tiba-tiba, ada sekumpulan gangster datang mencari beliau kerana inginkan bantuan beliau mengenai sesuatu. Setibanya beliau di tempat gangster itu, beliau terkejut apabila melihat abang ipar beliau turut berada di situ. Abang iparnya juga dalam keadaan yang tidak terurus seperti beliau juga. Selain mereka berdua, terdapat dua lagi orang Korea Selatan bersama mereka. Mereka semua dimaklumkan yang mereka diperlukan untuk pergi semula ke Korea Selatan untuk mengambil duit berjumlah $20 juta di dalam sebuah van besar berwarna putih. Selepas mereka berfikir dan berbincang, mereka bersetuju untuk pergi ke sana dengan harapan dapat mengubah nasib mereka  apabila kembali semula ke Hong Kong nanti bersama duit berkenaan. Mereka pergi dengan menaiki kapal lautdan dibekalkan dengan telefon satelit untuk berhubung dengan gangster Hong Kong itu.

Untuk info lanjut, boleh rujuk sumber rujukan ini >>> REVIEW TRAIN TO BUSAN PENINSULA 2020

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Train to Busan walaupun me tak berapa suka tapi way better dari Peninsula ni.. TTB lebih kepada zombie vs human.. Peninsula ni lebih kepada human vs human..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Wayyy bosan ya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2020 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku masih takda kekuatan nak layan filem berunsur zombie. Sebab zombie ni conspirator kata natang akhir zaman

Layan zombie kampung pisang je sebab subtle
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 04:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bagi 'ratings' Rendah,Wanita Indonesia ini Kiciwa tak dapat layanan 'VIP' bersalin czer di hospital kerajaan.Netizen kecam tidak reti bersyukur
YgBenarBagi 'ratings' Rendah,Wanita Ind
Views : 6581 Replies : 48
Tengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
prettygoodTengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
Views : 26305 Replies : 352
Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan sekolah
ultra78Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan
Views : 9223 Replies : 15
'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertudung lah betina,' pembuli siber bakal terima surat saman
JoyahMengayah'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertu
Views : 19825 Replies : 23
Nampak tak?
stingerkaypohNampak tak?
Views : 5356 Replies : 19
Rita Rudaini luah bangga membesar di zaman Tun Mahathir
mojarean_XRita Rudaini luah bangga membesar di zam
Views : 15699 Replies : 7
Menggembara solo, pernah cuba?
stingerkaypohMenggembara solo, pernah cuba?
Views : 8143 Replies : 30
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 89579 Replies : 631
Raya haji pun dijangka sesak teruk
maklukpenggodaRaya haji pun dijangka sesak teruk
Views : 5923 Replies : 61
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3131 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.059771 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list