CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11903|Reply: 79

[Tempatan] Kelibat Pocong Atas Katil Hotel Di Hari Valentine's!

[Copy link]
Post time 16-2-2015 08:17 AM | Show all posts |Read mode

Ops Hari Kekasih: 2 Penjawat Awam Antara Yang Ditahan


Seorang anggota tentera dan pelajar kolej swasta ditahan kerana disyaki bersekedudukan di sebuah bilik hotel dalam operasi penguatkuasaan Hari Kekasih Jabatan Agama Islam Melaka di Malim Jaya di sini, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA


MELAKA – Dua penjawat awam antara lapan pasangan yang ditahan dalam operasi ‘Hari Kekasih’ oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas kesalahan melakukan maksiat di empat buah hotel di sekitar Melaka Tengah di sini, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIM, Zurul Iman Zakaria berkata seorang anggota tentera ditahan kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang pelajar kolej berusia 23 tahun di sebuah bilik hotel di Malim Jaya di sini pada pukul 12.15 tengah malam.

Beliau berkata lelaki berusia 36 tahun itu pada mulanya cuba terjun dari tingkat satu hotel berkenaan sambil memegang pakaian seragam tenteranya namun membatalkan hasrat itu sebelum membuka pintu bilik.

“Lelaki itu membatalkan hasratnya apabila menyedari terdapat anggota JAIM menunggu di luar bangunan hotel,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua yang ditahan itu bukan pasangan suami isteri dan memberi alasan bermalam di hotel itu kerana ingin mengambil kereta di rumah kawannya.

Zurul Iman berkata seorang lagi penjawat awam daripada sebuah jabatan kerajaan di Melaka Tengah di sini ditahan bersama pasangannya di sebuah bilik hotel di Cheng di sini pada pukul 12.50 tengah malam.

Katanya, lelaki berusia 27 tahun bersama pasangannya berumur 30 tahun itu mengaku salah kerana bersekedudukan namun mendakwa dalam perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Beliau berkata dua pasangan itu bersama enam lagi pasangan kekasih berusia antara 20 hingga 37 tahun dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan tanpa ikatan sah.

Sementara itu, katanya JAIM akan membuat laporan rasmi kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk mengambil tindakan terhadap sebuah hotel di Peringgit yang menyediakan kondom untuk pelanggan yang menginap di hotel berkenaan.

“Tindakan perlu diambil kerana perbuatan ini dilihat seperti menggalakkan aktiviti maksiat di negeri ini,” katanya. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2015 08:20 AM | Show all posts
pocong tue muka same mcm tt ke?ke tt dlm pic tue?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Fitnah kpd pocong...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk.......


anggota tentera tu mesti laki orang...anak dah 4, yg sulung darjah 4.....

Ayah sapa lah ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 08:33 AM | Show all posts
oopoconggg!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 08:35 AM | Show all posts
pocong sgt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2015 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
.....mati2 I ingat ada hantu pocong
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 08:40 AM | Show all posts
sian pocong menjadi mangsa
pocong yg ni x tau malu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2015 08:42 AM | Show all posts
Malam valentine adalah worst time untuk check-in hotel. Tak boleh ke tunggu hari lain kalau nak beromen pun?


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 08:47 AM | Show all posts
ultra78 replied at 16-2-2015 08:42 AM
Malam valentine adalah worst time untuk check-in hotel. Tak boleh ke tunggu hari lain kalau nak bero ...

Hari Valentine dapat hari lain x dapat... special skit...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 09:01 AM | Show all posts
pocong dlm seluar tt
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 09:01 AM | Show all posts
kekunun romantik sgt beromen masa hari valentine... tak pasal2 kena cekup...

pasangan ni tatau ker org islam tak sambut valentine?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 09:18 AM | Show all posts
Katanya, lelaki berusia 27 tahun bersama pasangannya berumur 30 tahun itu mengaku salah kerana bersekedudukan namun mendakwa dalam perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

So,kalo nak kahwin tu kira bolehlah?WTF?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 09:23 AM | Show all posts
ceh ..ingat kan cerite seram sempene V-day huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 09:23 AM | Show all posts
hahhahah..pocong pu mau menyambut valentine ye?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 09:26 AM | Show all posts
mati matian aku ingat pocong btl td....ghupernya pocong jadian....ahakkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2015 09:31 AM | Show all posts
penangan hari beromen sedunia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 09:32 AM | Show all posts
kalau takde polis berdiri tepi katil tu mmg ai percaya benda tu pocong
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 09:32 AM | Show all posts

yg penting laki sapa la kak...ntah2 laki poremer cari tak??? bini dok berporem laki dok merendek
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 09:34 AM | Show all posts
ingatkan betul2 la pocong.. hantu punya pocong..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.075541 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list