CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10169|Reply: 65

[Politik] Kerajaan Perpaduan tumbang, Tipah tertipu lagi dek.....sian!

  [Copy link]
Post time 14-8-2023 12:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 3-12-2023 01:09 AM

ALOR SETAR, (Bernama) -- Tiada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos akan membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau hairan bagaimana perkara itu boleh dibangkitkan dan menggesa pihak berkenaan mengemukakan peruntukan atau undang-undang yang dirujuk oleh mereka.



"Saya dah dengar banyaklah orang cakap, saya rasa pelik macam mana keputusan (PRN) boleh mengubah kerajaan pusat.



"Saya dah buka Perlembagaan banyak kali, saya baca tiada pula (peruntukan).. .mungkin undang-undang lain yang dia baca," katanya pada sidang media selepas melawat Jabatan Insolvensi Malaysia Kedah hari ini.


Semalam, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN di enam negeri kali ini akan membolehkan berlaku perubahan dalam Kerajaan Persekutuan.


Azalina juga berkata Akta Anti Lompat Parti juga telah diwartakan menerusi pindaan Perlembagaan sekali gus menghalang Ahli Parlimen menukar parti atau membawa kerusi yang dimenangi pada pilihan raya di bawah parti lain masuk ke parti lain.



"Kalau dia keluar lompat parti… kena ada pilihan raya (kecil), pilihan raya kecil itu ditetapkan dalam Perlembagaan, pilihan raya kecil ini bukan perkara yang murah dan mudah.


"Saya nak sebut rakyat mesti penat, PRN enam negeri ini pun rakyat dah penat, inikan pula tambah pilihan raya kecil untuk kawasan Parlimen, kita baru habis PRU (Pilihan Raya Umum) lepas pada 2022, berapa banyak pilihan raya kita nak buat?" katanya.


Beliau berkata sekiranya pemimpin politik terus berfikiran seperti itu, ia akan menimbulkan rasa marah rakyat yang mahukan kestabilan politik supaya kerajaan dapat bekerja dan sekiranya kerajaan pusat sedia ada dapat dikekalkan untuk tempoh lima tahun akan datang, ia akan melancarkan urusan kerajaan yang telah dilaksana termasuk berkaitan dasar dan kewangan.



"Itu sebab bagi saya sendiri pun sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang, saya lihat kestabilan negara kita ini sebagai satu kerajaan kekal dalam lima tahun ini, senang saya nak selesaikan kes, kes Sulu sebagai contoh. Saya nak pergi mahkamah senang, saya nak buat penyelesaian senang.


"Kalau tukar-tukar kerajaan, tukar-tukar perdana menteri (PM), saya takut kesannya mendalam daripada hanya menukar PM, kena tukar Kabinet, tukar dasar," katanya.


-- BERNAMA





Single Polls, Total 53 Users voted

Count down: 65 Days1 Hours55 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
"Saya dah dengar banyaklah orang cakap, saya rasa pelik macam mana keputusan (PRN) boleh mengubah kerajaan pusat.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Anwar tunai janji. Aku nk rasa pemerintahan pas dan pn pula tanpa alasan covid pada pru 16 nti
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg bebal je ckp PRN bleh ubah PM
Lg bebal bila percaya konon2 walaun kata da menang PRN, boleh tukar PMX
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorg tu mmg spesis tak bertamadun
Takda baca punya orang
Rakyat negara termundur kat benua Afrika sinun pun takde baghal buta undang2 mcm geng tebuk atap ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 14-8-2023 04:23 AM
MarryPottet replied at 14-8-2023 01:47 AM
Dorg tu mmg spesis tak bertamadun
Takda baca punya orang
Rakyat negara termundur kat benua Afrika si ...


off-topic sikit..

ekceli, istilah kerajaan tebuk atap ni, asalnya adalah kerajaan pintu belakang

'tebuk atap' ni hadi awang yg mula2 sebut

tapi asalnya adalah 'pintu belakang' dan mula2 disebut masa pertukaran kerajaan tanpa pru pada tahun 2020 tu

sebelum tu, politikus yg masih hidup lagi sekarang ni, yg popularkan strategi 'pintu belakang' ni adalah anwar ibrahim pada tahun 2008

boleh rujuk sini - Pada 2008, ada cubaan ‘kerajaan pintu belakang’ oleh Anwar tapi gagal. Ni sebabnya

berita lama berkaitan - 'Anwar ada cukup MP guling Pak Lah' - "Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah anggota Parlimen yang mencukupi untuk 'melompat parti' pada 16 September 2008."

berita lama berkaitan - Karpal gesa Anwar henti ketuai Pakatan - "Karpal menambah, anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah terperangkap dengan retorik Anwar yang menyokong perbuatan wakil rakyat melompat parti."

berita lama berkaitan - Anwar Ibrahim perlu bertaubat ! - Karpal - "Kemarahan Karpal Singh kepada Anwar Ibrahim supaya letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2023 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 13-8-2023 07:13 PM
off-topic sikit..

ekceli, istilah kerajaan tebuk atap ni, asalnya adalah kerajaan pintu belakang ...


Banyak2 kerajaan, kerajaan pintu belakang ni paling bangsat sebab bukan dipilih rakyat. Hanjeng punya ahli politik termasuk Agong yang setuju dengan semua ni dengan menonggang kekhilafan Chinks DAP.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Wak yiddin kata sakit cancer tapi sibuk nak jd pm...dahlah suka ponteng parlimen....nanti seme org kn kurung lg..nyampah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 14-8-2023 04:25 AM
Wak yiddin kata sakit cancer tapi sibuk nak jd pm...dahlah suka ponteng parlimen....nanti seme org k ...

Orang ramai tengah biasakan dgn pentadbiran DAP...dulu 22 bulan je....perlahan lahan boleh terima lah, terbuka hati kotor tu untuk terima DAP.

DAP kena promote sikit parti tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-8-2023 04:04 AM
Banyak2 kerajaan, kerajaan pintu belakang ni paling bangsat sebab bukan dipilih rakyat. Hanjeng pu ...

ekceli, ni la problem yg ada pada sistem yg termaktub dlm perlembagaan negara kita.. yg ada kaitan dengan persoalan 'kita undi sebab parti ke atau calon'

-boleh skip ke bawah kalau malas nak baca ni-

konsep demokrasi negara kita ni, asalnya adalah undi sbb calon... wakil rakyat di satu2 kawasan tu yg benar2 mewakili rakyat di kawasan tu.. satu wakil rakyat tu sendiri adalah satu entiti.. atas dasar itu, apa sahaja yg tindakan dan ucapan oleh wakil rakyat itu mewakili 'tindakan dan ucapan' oleh rakyat di kawasan tu

banyak2 wakil rakyat di banyak2 tempat yg berkongsi ideologi politik yg sama maka baru la wujud parti politik..

perkataan 'parti' tu merujuk kepada sekumpulan org (wakil rakyat) yg berkongsi ideologi yg sama (ideologi politik)

tapi tu la.. dlm dunia yg begitu kompleks sekarang ni.. rakyat tu sendiri tak tau pasal apa yg dia perlu undi... ada yg undi sbb isu yg dekat dgn hati dia, ada yg undi sbb kempen populis, ada yg undi sbb janji2 manis yg tak masik akal, dll... tapi kebanyakan rakyat tu sendiri tak tau bagaimana undi dia tu akan diterjemahkan kepada apa yg dia harapkan pada calon wakil rakyat yg dia undi tu

bila wakil rakyat tu lompat parti atau dengan kata lain yg lebih tepat iaitu mengubah sokongan drpd satu pihak kepada pihak yg lain... ia bermaksud dia mewakili rakyat di kawasannya, ubah sokongan politik   

tapi tu la.. ia bercanggah dgn mandat asal rakyat... kalau rakyat tak suka dgn keputusan wakil rakyat tu, maka rakyat boleh guna kuasa undi dia pada pilihan raya akan datang... tapi tu laaa... lambat lagi nak tunggu beberapa tahun... so semacam ada gap dalam sistem demokrasi yg kita amalkan ni dan perlembagaan negara

-sambungan di sini drpd skip yg di atas tu-

tugas utama wakil rakyat adalah berbahas dan buat undang2 di parlimen... kemudian, tugas wakil rakyat yg tidak khusus adalah bantu selesaikan masalah di kawasan yg dia wakili tapi takde perincian khusus berkenaan apa dan bagaimana nak bantu tu

kat sini la problem yg sering menghantui rakyat negara kita, iaitu wakil2 rakyat tak fokus kpd tugas utama mereka yg dinyatakan di perenggan atas ni, sebaliknya bermain permainan politik spt yg sering kita lihat

wakil2 rakyat ni tak fokus kepada tugas utama diorg di parlimen, iaitu berbahas dan buat undang2, sebaliknya mereka nak fokus kepada kuasa mereka di cabang eksekutif (menguasai badan2 kerajaan) bercampur dgn permainan politik merebut dana politik yg kebiasaannya diperolehi secara kronisme dan proksi... dan permainan politik berkaitan dana politik ni dilakukan secara helah cari jalan yg tidak menyalahi undang2

prob sekarang ni... tukar kerajaan mana2 sekalipun... dulu sehingga sekarang.. mesti main game politik mcm ni... kerajaan anwar sekarang ni pun, berdasarkan spekulasi2 kuat yg timbul, pun sama juga amalkan kronisme dan proksi, serta guna badan2 kerajaan utk kelebihan pihak dia dlm permainan politik

ada lagi la problem lain pasal politikus2 bermain politik ni, tapi nak bagi mudah penerangan dlm tred ni, kita fokus pada pendanaan politik ni je la

oleh itu, kita sebagai rakyat, kalau tak nak wakil2 rakyat terus main game politik mcm ni, kita kena desak supaya wakil2 rakyat fokus kepada tugas utama mereka di parlimen iaitu berbahas dan buat undang2 yg adil utk rakyat... betulkan undang2 yg berkaitan lompat parti, pendanaan politik, dan lain2 yg berkaitan supaya wakil2 rakyat ni tidak lagi bermain game politik yg mcm ni... betulkan undang2 supaya boleh menghalang drpd berlakunya game politik...

ingat tugas wakil rakyat... betulkan undang2.. betulkan undang2.. betulkan undang2... termasuk betulkan undang2 bagi menghalang mereka tu sendiri drpd terus bermain politik

kita, rakyat, perlu terus bersuara dan terus bersuara dan bersuara lagi menerusi apa2 medium sekalipun bagi mendesak wakil2 rakyat ni supaya mereka fokus kepada tugas utama mereka dan berhenti main politik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

k... dah... terus nak solat subuh ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Semuanya sibuk berebut kuasa. Betul ke kebajikan rakyat terbela? Mengapikan isu perkauman untuk sokongan. Orang melayu kan takut benda-benda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 14-8-2023 04:25 AM
Wak yiddin kata sakit cancer tapi sibuk nak jd pm...dahlah suka ponteng parlimen....nanti seme org k ...

Bukan palimen je rakyat nampak dia ponteng, grand finale night kelmarin pun dia ponteng kerusi dia kosong hantu dia je ade kot, trok betul yiddin ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-8-2023 08:04 PM
Banyak2 kerajaan, kerajaan pintu belakang ni paling bangsat sebab bukan dipilih rakyat. Hanjeng pu ...

Ye betul. Nampak sangat nak berkuasa , ni pru pun guna utk gulingkan kerajaan lg tanpa dia dpt mandat rakyat dan perkenan agong.

Gigih umpan org bodoh yg tak paham undang2 dgn statement diorang. Bawak2 lah terima dan sabar 4 tahun lg.... Amiklah dr pmx kalau dh smua milik diorang secara betul , kalau nak sgt jd kerajaan. Pakat2 lah bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 13-8-2023 09:44 PM
ekceli, ni la problem yg ada pada sistem yg termaktub dlm perlembagaan negara kita.. yg ada kaitan ...

Ye sokong...org tak faham banyak pasal ni tugas ahli parlimen..... Wahhhh ilham sebelum subuh gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh tau dh
Sbb tu aku tak balik pun mengundi
Buang masa
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 14-8-2023 04:25 AM
Wak yiddin kata sakit cancer tapi sibuk nak jd pm...dahlah suka ponteng parlimen....nanti seme org k ...

Orang kaya cancer treatment bukan macam marhaen..

marhaen dorang sumbat je 10 chemical dalam badan, 1 attack cancer 9 attack healthy cells sebab tak tau ubat mana yg betul2 sesuai dengan patient..

Kalau kayangan ni, doc keluarkan cell cancer hantar ke lab to be tested satu persatu against the drugs.. jumpa formula yg betul baru masuk ubat dalam badan..

Gitew yg laki iols explain based on youtube browsing beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 08:04 AM | Show all posts
yang penting pengajar PRN ini....UMNO sudah di reject total....entah apa yg PMX buat lepas ini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 13-8-2023 11:57 PM
Orang kaya cancer treatment bukan macam marhaen..

marhaen dorang sumbat je 10 chemical dalam bad ...


Waaaah baru tau pasal ni. Sebab tu la orang kaya hidup lama.

Tapi kalau dah ajal sampai awal macam Tengku Jalil tu, dah memang takleh buat apa la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 13-8-2023 09:44 PM
ekceli, ni la problem yg ada pada sistem yg termaktub dlm perlembagaan negara kita.. yg ada kaitan ...

Baca part atas tu teringat kelig aku, ngundi calon yang hensem saja dia nak. Memang sheols hagak bimbo walaupun cikgu.

Setuju dengan penulisan di atas. Tapi kita Malaysian hagak lembut hati la terutama kaum bumis ni. Negara lain di SEA (kecuali Singaporn) dah lama kot kudeta rusuhan sana dengan suasana politik sekarang, tapi weols Malaysians idok. Sangat lembut hati dan penyabar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
silampumeja replied at 14-8-2023 07:45 AM
Ye sokong...org tak faham banyak pasal ni tugas ahli parlimen..... Wahhhh ilham sebelum subuh gitu ...

suasana parlimen yg sihat ialah suasana yg riuh dgn perdebatan ahli2 parlimen yg saling berhujah guna fakta yg benar

malangnya wakil2 rakyat tu sendiri mcm buat tak kisah je pasal tugas utama mereka di parlimen... kehadiran yg tak memuaskan, berhujah guna fakta yg tak tepat, perkara yg patut dibincang/debatkan tapi tak, dan lain2 lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.098206 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list