CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] Liga Super: Selangor FC raih kemenangan bergaya

[Copy link]
Post time 28-8-2025 02:18 AM | Show all posts |Read mode
BINTANG import, Chrigor Moraes (kiri) meraikan gol jaringannya untuk pastikan kemenangan 5-2 ke atas Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. - FARIZ RUSADIO





Liga Super: Selangor FC raih kemenangan bergaya



  • Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD
  • 27 Ogos 2025, 11:01 pm




PETALING JAYA – Selangor FC kebangkitan luar biasa apabila memperoleh kemenangan bergaya 5-2 ke atas Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Bintang import baharunya, Chrigor Moraes menjadi pemain paling menyerlah selepas melakar hatrik untuk menghadiahkan kekalahan sulung pasukan pelawat musim ini.

Terdahulu Moraes membuka jaringan pada minit ke-17 sebelum melengkapkan dua lagi gol, masing-masing minit ke-36 dan masa kecederaan babak pertama.

Seorang lagi bintang import The Red Giants, Alvin Fortes melengkapkan satu lagi jaringan di babak pertama pada minit ke-25.

Terengganu cuba bangkit di separuh masa kedua apabila memperoleh dua gol menerusi Gabriel Silva pada minit ke-69 dan Junior Ngong Sam kira-kira lapan minit sebelum perlawanan berakhir.

Bintang muda tuan rumah, Aliff Izwan Yuslan segera menutup malam penuh bergaya buat Selangor FC apabila menghasilkan jaringan kelima pada masa kecederaan.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, KL City meneruskan rentak kemenangan apabila mudah mengatasi PDRM FC 3-1.

KL City memulakan perlawanan dengan baik apabila membuka jaringan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-25.

Lapan minit selepas babak kedua bersambung, kedudukan tuan rumah makin selesa dan kali ini giliran ketua pasukan, Paulo Josue merobek gawang lawan.

Minit ke-67, The Cops sepatutnya memperoleh gol pertama sebaliknya bintang importnya, Dumbia Bernard sekadar melepaskan rembatan tepat ke arah penjaga gol, Quincy Julian Kammeraad.

Semakan semula Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan pengadil perlawanan, Mohd Fusser Mad Sallih menghadiahkan penalti buat KL City dan kesempatan pada minit ke-77 itu tenang disempurnakan oleh Nicolao Dumitru.

Minit ke-90, Kyaw Min Oo meledak gol saguhati PDRM FC menerusi sepakan percuma. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/08/27/liga-super-selangor-fc-raih-kemenangan-bergaya/



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2025 12:35 PM | Show all posts
tq  @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:32 PM GMT+8 , Processed in 1.024958 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list