CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Malaysia juara keseluruhan Sukan SEA Pekak 2025

[Copy link]
Post time 26-8-2025 12:49 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia juara keseluruhan Sukan SEA Pekak 2025

Ogos 25, 2025 @ 10:15pm





Sing Hie kutip emas ke-25 dalam acara boling Masters. FOTO/MSDeaf



JAKARTA: Berbaki enam hari lagi sebelum sambutan Hari Kebangsaan ke-68, kontinjen pekak Malaysia lebih awal meraikan detik 'bersejarah' apabila menutup saingan dengan rekod baharu 25 pingat emas, sekali gus dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada edisi kedua temasya Sukan SEA Pekak 2025 di Jakarta, Indonesia.

Emas ke-25 Malaysia diperoleh menerusi pemain boling wanita Siw Sing Hie, yang menjuarai kategori Masters selepas melakukan 1,491 jatuhan pin.

Secara keseluruhan kontinjen negara yang dibarisi 80 atlet dan pegawai kelihatan menonjol selepas meraih pingat emas menerusi olahraga (10 emas), boling (lapan emas), catur (lima emas) dan badminton (dua emas).

Kejayaan ini menandakan peningkatan luar biasa berbanding kutipan 15 pingat emas pada edisi sulung di Kuala Lumpur pada 2022, sekali gus membuktikan program pembangunan sukan pekak negara semakin matang dan berdaya saing.

Lebih manis, pencapaian 25 emas, 16 perak dan 11 gangsa bukan sahaja melepasi sasaran awal 16 emas, malah ia mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai kuasa besar baharu dalam arena sukan pekak serantau.

Semalam, dewan GOR Pulo Gadung menyaksikan detik mendebarkan apabila beregu campuran badminton Edmund Teo Seng Keong-Boon Wei Ying menewaskan pasangan tuan rumah Christian Agustinus Abas-Dzakiyya Amalia Ma'ruf untuk menghadiahkan emas ke-16 buat kontinjen negara.

Pasangan Malaysia itu memenangi set pertama 21-7 sebelum berhempas pulas mengesahkan kemenangan 26-24 pada set kedua, sekali gus memastikan kontinjen mencapai sasaran rasmi 16 pingat emas lebih awal daripada jangkaan.

Kempen bersejarah ini melabuhkan tirainya malam ini dengan Upacara Penutupan akan menjadi detik bersejarah buat negara. -BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/08/1438016/malaysia-juara-keseluruhan-sukan-sea-pekak-2025





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.401625 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list