CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Pemain Indonesia, Tjen lakar kejutan awal Terbuka AS

[Copy link]
Post time 25-8-2025 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Pemain Indonesia, Tjen lakar kejutan awal Terbuka AS

Ogos 25, 2025 @ 8:02am





Pemain Indonesia, Janice Tjen membalas pukulan Veronika Kudermetova pada pusingan pertama Terbuka AS di Pusat Tenis Nasional Billie Jean King, New York. – Foto AFP



NEW YORK: Pemain Indonesia dari pusingan kelayakan Janice Tjen mencipta kejutan awal pada Terbuka AS awal pagi tadi apabila menyingkirkan pilihan ke-24 dari Russia, Veronika Kudermetova dalam tiga set untuk mara ke pusingan kedua.

Tjen, yang muncul pemain pertama Indonesia beraksi dalam undian utama perseorangan Grand Slam sejak Angelique Widjaja pada Terbuka AS 2004, mempamerkan ketenangan hebat sebelum menang 6-4, 4-6, 6-4.

Pemain berusia 23 tahun kelahiran Jakarta itu menguasai set pertama dengan mematahkan servis Kudermetova sebanyak dua kali sebelum menutup set itu 6-4.

Walaupun Kudermetova bangkit menyamakan kedudukan pada set kedua, Tjen kembali mengambil inisiatif pada set penentuan.

Dia merampas servis lawan seawal game pertama dan mengekalkan kelebihan itu sebelum memastikan kemenangan dengan servis sempurna tanpa balasan.

"Ia amat bermakna," kata Tjen mengenai kemenangannya.

"Saya berasa bangga dapat lakukan ini untuk negara saya.

"Mudah-mudahan kemunculan saya di sini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain tenis untuk percaya mereka juga boleh berada di sini."

Tjen, yang kini menghuni ranking ke-149 dunia, akan menentang pemain Britain, Emma Raducanu pada pusingan kedua.

Pemain Indonesia itu berkata dia pernah mendapat inspirasi ketika menyaksikan kejayaan ajaib Raducanu menjuarai Terbuka AS 2021 sewaktu dia sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Pepperdine, California.

"Ketika Emma menang kejohanan ini dengan prestasi menakjubkan, saya masih di kolej dan ketika itu saya mengalami kecederaan," kata Tjen.

"Hanya dengan melihat dia berjaya, saya juga rasa mendapat inspirasi untuk mencuba." – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/08/1437574/pemain-indonesia-tjen-lakar-kejutan-awal-terbuka





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.062687 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list