CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11436|Reply: 0

Bukit Aman umum pertukaran 39 pegawai kanan

[Copy link]
Post time 23-3-2025 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Bukit Aman umum pertukaran 39 pegawai kanan

Oleh Nor Azizah Mokhtar - Mac 23, 2025 @ 11:38am




Foto hiasan



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 39 pegawai kanannya berkuat kuasa 21 April ini.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata pertukaran itu antaranya membabitkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang.

Jawatan Azry Akmar pula akan diambil alih Timbalan Pengarah Siasatan / Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DatukMohamed Usuf Jan Mohamad.

"Ketua Penolong Pengarah D14 Siasatan Jenayah Terancang JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdul Latiff Mehat dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

"Turut bertukar, Ketua Penolong Pengarah E9 Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Ketua Penolong Pengarah E3 Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd Hairuddin Che Hamid dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas Bukit Aman.

Tambah Kamaruzaman, Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Azhar Sepawi ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah E3 Cawangan Khas Bukit Aman.

"Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan / Undang-Undang JSJ Bukit Aman, Datuk Mohamad Zainal Abdullah pula ditukarkan sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/ Perundangan JSJ Bukit Aman.

Selain itu, Timbalan Pengarah (Kewangan / Perolehan / Kepolisan Am) Jabatan Logistik Dan Teknologi Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli ditukarkan sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

"Kedua-duanya akan memangku pangkat DCP," katanya.

Pertukaran lain membabitkan Penolong Pengarah E6A Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Yusni Mohd Jamil yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman.

Turut ditukarkan adalah Ketua Cawangan Khas Kedah, SAC Mohammad Mashdik Yahya yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Selangor.

"Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan ditukarkan sebagai Ketua Cawangan Khas Kedah dengan memangku pangkat SAC.

"Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Ak Chabu pula ditukarkan ke jawatan Ketua Polis Daerah Kuching, dan jawatan ditinggalkan beliau akan diisi Ketua Polis Daerah Kuching, Acp Mohd Farhan Lee Abdullah," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1375829/bukit-aman-umum-pertukaran-39-pegawai-kanan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.633371 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list