CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 795|Reply: 0

[Tempatan] 110 peserta tilawah terima 'duit poket' RM1,000 seorang - MB Pahang

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (dua dari kiri) dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tiga dari kiri) menerima tajaan bar emas Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 di Kuantan. - Foto NSTP/Asrol Awang





KUANTAN: Kerajaan Pahang memperuntukan RM110,000 kepada 110 peserta Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 yang akan berlangsung di Kuantan pada 23 hingga 28 Mei ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata daripada jumlah itu setiap peserta tilawah dan hafazan menerima RM1,000 sebagai penghargaan tanda ingatan tulus ikhlas daripada kerajaan negeri.

Beliau berkata, sumbangan wang tunai itu lebih kepada duit poket kepada semua peserta sepanjang tempoh mereka berada di Pahang, khususnya Kuantan.

"Kita (Kerajaan Pahang) sangat gembira dan berbesar hati, sebagai tanda tulus ikhlas, sejumlah RM1,000 sebagai duit poket diberikan kepada setiap peserta MTHQK.

"Bagi penganjuran MTHQK di Pahang, kerajaan negeri memperuntukkan jumlah keseluruhan RM2.734 juta," katanya pada sidang media pra pelancaran sempena MTHQK Tahun 1445 Hijrah/2024.

Majlis pra pelancaran itu disempurnakan Wan Rosdy dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar di sini hari ini.

MTHQK 2024 yang diadakan selama enam hari berlangsung di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada 23 Mei ini.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah pula disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Penganjuran MTHQK 2024 dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan Pahang melalui Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Daripada 110 peserta, seramai 81 peserta menyertai kategori hafazan al-Quran, manakala 29 peserta pula kategori tilawah al-Quran.

Sementara itu, Mohd Na'im berkata, MTHQK 2024 menunjukkan peningkatan sokongan daripada pelbagai pihak apabila Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berbesar hati menaja hadiah tambahan iaitu bar emas seberat lima gram kepada johan semua kategori tilawah dan hafazan.

"Tajaan hadiah tambahan daripada kerajaan Pahang dan YaPEIM diharap meningkatkan motivasi kepada peserta dalam memberikan prestasi terbaik dalam MTHQK 2024.

"Ia memperlihatkan wujudnya satu bentuk kolaborasi erat antara Kerajaan Persekutuan dan agensi agama di Bawah Jabatan Perdana Menteri untuk Bersama menyumbangkan peranan bagi meningkatkan lagi prestij penganjuran MTHQK," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.103090 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list