CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3670|Reply: 0

[Sarawak] PPP berperanan penting ketika krisis COVID-19

[Copy link]
Post time 24-4-2024 07:43 PM | Show all posts |Read mode
Galas tanggungjawab beri perkhidmatan kesihatan, antara profesion sangat penting dalam organisasi KKM: Lee



Lee bersama Simon serta yang lain memotong kek sebagai tanda perasmian Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Sarawak 2024 di Pustaka Negeri Sarawak Miri, hari ini.

“Semasa krisis pandemik tersebut, penolong pegawai perubatan telah banyak memainkan peranan seperti mengambil sampel, menjaga pusat kuarantin, menjaga pintu masuk antarabangsa di sempadan negara atau di lapangan terbang dan turut sama membantu dalam pemberian perawatan.”
Dato Sri Lee Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak

Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Penolong pegawai perubatan (PPP) memainkan peranan penting dalam menggalas tanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan ketika negara menghadapi krisis COVID-19 pada 2020.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, PPP adalah antara profesion yang sangat penting dalam organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Semasa krisis pandemik tersebut, penolong pegawai perubatan telah banyak memainkan peranan seperti mengambil sampel, menjaga pusat kuarantin, menjaga pintu masuk antarabangsa di sempadan negara atau di lapangan terbang dan turut sama membantu dalam pemberian perawatan.

“Profesion ini juga telah menjadi salah satu penyampai informasi dan maklumat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Sarawak 2024 di Pustaka Negeri Sarawak Miri hari ini.

Selain itu katanya, PPP juga merupakan responder pertama kepada semua kes kecemasan yang berlaku sama ada di peringkat kesihatan primer atau di hospital.

“Perkhidmatan 'pre-hospital care' ini bukan sahaja di peringkat Malaysia sahaja malah sehingga ke peringkat global dengan nama yang berbeza.

“Contohnya di Amerika Syarikat profesion ini dikenali sebagai 'physician's assistant'.

“Ini telah membuka ruang dan peluang yang baik bagi profesion ini terus dapat berkembang dan terus bersaing di peringkat antarabangsa,” tegasnya.

Tambah Lee, salah satu contoh ialah apabila profesion ini mendapat khabar apabila seorang PPP berjaya berkhidmat di salah satu pusat perubatan di United Kingdom (UK).

“Kita sudah sedia maklum dengan pertambahan bilangan hospital dan penaiktarafan klinik daripada klinik desa atau klinik komuniti kepada status klinik kesihatan di negeri Sarawak.

“Keadaan seperti ini akan memerlukan lebih ramai tenaga PPP untuk memberi perkhidmatan bagi memastikan sistem pembangunan kesihatan akan dapat terus berjalan dengan lancar dan sempurna,” tegasnya.

Lee yang juga ADUN Senadin berkata, pembukaan fasiliti baharu seperti Hospital Kanser turut memerlukan perkhidmatan ramai PPP bagi memastikan pemberian perkhidmatan yang berterusan dan lancar.

“Tidak lupa juga dengan klinik kesihatan yang terletak di pedalaman.

“Fasiliti-fasiliti ini masih memerlukan perkhidmatan PPP sebagai peneraju untuk kelangsungan perkhidmatan yang baik dan sejajar dengan dasar kesihatan negara menjadikan masyarakat terus kekal sihat di mana juga mereka berada dan tidak kira sama ada di bandar atau di luar bandar,” jelasnya.

"Begitu juga di peringkat hospital, profesion ini telah memainkan peranan yang penting dalam klinik pakar, dewan bedah, kecemasan dan sebagainya.

"Sesetengah mereka telah menjadi tempat rujukan pakar dalam mengendalikan prosedur tertentu.

"Tenaga kerja seperti ini amat diperlukan bagi memastikan sistem kesihatan negara sentiasa memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat," ujarnya.

Lee juga mencadangkan supaya KKM mengkaji cara mewujudkan skim perkhidmatan yang memberi peluang kepada PPP yang layak dan berpotensi untuk melanjutkan pelajaran menjadi doktor.

“Pengalaman praktikal mereka tetap boleh membantu apabila boleh diberi peluang melanjutkan pelajaran perubatan,” ujarnya.

Hadir sama Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri Sarawak Simon Entol, Pengerusi Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Sarawak 2024 Stewart Bunchuan, Ketua Sektor Pembangunan Kesihatan Keluarga Bahagian Miri Dr Noor Izni Mohamed Shapie  dan Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu serta kenamaan lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.066998 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list