CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10961|Reply: 0

[Sarawak] Kakitangan Lembaga Pengurusan Penyu didenda RM26,450 kerana miliki 529 biji telur penyu

[Copy link]
Post time 23-4-2024 11:13 PM | Show all posts |Read mode


Nurashwan (tengah) diiringi pegawai SFC ketika berada di Kompleks Mahkamah Kuching, hari ini.

KUCHING: Seorang kakitangan Lembaga Pengurusan Penyu didenda RM26,450 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memiliki 529 biji telur penyu tanpa kebenaran Kontroler Hidupan Liar pada 2023.

Nurashwan Sulaiman, 22, mengaku bersalah di hadapan Hakim Iris Awen Jon selepas dia dituduh di bawah Seksyen 37 (1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 dan dihukum di bawah Seksyen 37(2)(a), dibaca bersama seksyen 29(1)(c) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

Seksyen itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda RM25,000 setiap bahagian haiwan.

Nurashwan melakukan kesalahan itu di sebatang jalan berdekatan Jeti Trusan Jaya 1, Sematan, Lundu kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 11 Oktober 2023.

Berdasarkan fakta kes, pasukan Sarawak Forestry Corporation (SFC) diketuai Abdul Ali Abdul Rahman telah melakukan serbuan di alamat tersebut menemui Nurashwan bersama dua beg silang yang masing-masing berwarna hitam dan biru serta disyaki mengandungi telur penyu.

Semasa penahanan itu, pasukan berkenaan mendapati Nurashwan memiliki 529 biji telur penyu yang dibungkus dalam kedua-dua beg. Beg hitam mengandungi 261 biji, manakala beg biru mengandungi 268 biji telur penyu.

Nurashwan juga gagal menunjukkan sebarang kebenaran daripada Kontroler Hidupan Liar untuk memiliki telur penyu tersebut.

Pasukan serbuan kemudiannya merampas telur penyu berkenaan.

Siasatan mendapati telur penyu  laut yang dirampas adalah daripada spesies Chelonidae, Haiwan Yang Dilindungi Sepenuhnya seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual Pertama dalam Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

Kes itu didakwa oleh DPP Christie Philimon, manakala Nurashwan tidak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052260 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list