CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9732|Reply: 0

[Sarawak] LPNM berhasrat jadikan Miri hab pemasaran produk berasaskan nanas konsisten

[Copy link]
Post time 18-3-2024 07:44 PM | Show all posts |Read mode


Mohd Khairuzamri menerima cenderamata daripada Mohammad Suffian selepas menyempurnakan perasmian Program Promosi Nanas dan Jualan Makanan Berasaskan Nanas di Miri, Sabtu lalu.

MIRI: Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berhasrat menjadikan Miri sebagai hab pemasaran produk berasaskan nanas konsisten dan berterusan terutama kepada pengunjung dari negara jiran.

Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamri Mat berkata, ini dapat dilaksanakan melalui Program Jualan Makanan Berasaskan Nanas sehingga penghujung Mac ini.

"Melalui program promosi dan jualan ini, LPNM menyasarkan jumlah jualan bernilai RM40,000 dan melibatkan pengunjung atau pembeli seramai 3,000 orang.

"LPNM berhasrat meluaskan program seumpama ini di pelbagai tempat dan lokasi seluruh negara, sesuai dengan pemerkasaan industri asas tani nanas," katanya berucap merasmikan Program Promosi Nanas dan Jualan Makanan Berasaskan Nanas di sini Sabtu lalu.

Di samping itu, katanya ia juga meningkatkan nilai penjenamaan, jaringan pasaran dan penerimaan produk berasaskan nanas hasil buatan usahawan tempatan di pasaran domestik serta antarabangsa.

"Ini selari dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Sarawak sebagai salah satu negeri pengeluar dan pengeksport produk agromakanan utama negara termasuk nanas menjelang 2030.

"Program jualan produk makanan berasaskan nanas di Miri berlangsung sepanjang Mac ini adalah sebahagian daripada usaha LPNM dalam aspek pembangunan industri asas tani nanas di samping memperkenal Hari Nanas Malaysia 2025 yang bakal dianjurkan di seluruh negara," jelasnya.

Menurutnya, program jualan tersebut berlangsung selama satu bulan bermula pada awal hingga penghujung Mac ini.

Hampir 10 jenis produk makanan hasilan nanas dijual terdiri daripada produk usahawan Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  

Program ini diadakan sebagai satu bentuk promosi dan mendedahkan kepada masyarakat umum tentang pelbagai produk makanan berasaskan nanas terdapat di pasaran dan dihasilkan oleh usahawan bimbingan LPNM.

LPNM Negeri Sarawak mengagihkan sebanyak 1,200 beg berisi produk industri asas tani nanas daripada usahawan luar dan dalam negeri ini kepada pengunjung secara percuma di sekitar lokasi program.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pembangunan Pemasaran LPNM Wan Mohd Adiasrol Wan Hussein, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan LPNM Rosmizam Md Yusof, Pengarah LPNM Sarawak Mohammad Suffian Sahmat serta pegawai-pegawai Ibu Pejabat LPNM Johor Bahru dan LPNM Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21672 Replies : 64
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 5694 Replies : 75
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205096 Replies : 4906
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4338 Replies : 8
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3593 Replies : 23
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12349 Replies : 9
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5692 Replies : 24
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3679 Replies : 28
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5829 Replies : 11
Cara-cara nak tonton siaran TV dan Astro online secara percuma
khairulikhwanCara-cara nak tonton siaran TV dan Astro
Views : 30438 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.098944 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list