CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4824|Reply: 0

[Perak] Wanita meninggal dunia dalam kereta ketika jaga bapa sakit di HRPB

[Copy link]
Post time 21-2-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan - HRPB di Ipoh, Perak

IPOH: Wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta berkunci di kawasan parkir hadapan Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam didapati tertidur ketika menjaga bapanya yang sakit.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, berkata siasatan mendapati mangsa menjaga bapanya yang sakit di wad HRPB dan dipercayai masuk ke dalam kereta untuk berehat tanpa membuka cermin kereta.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu bedah siasat yang dijadualkan pada hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, semalam pihaknya telah menerima maklumat daripada pengawal keselamatan yang memaklumkan telah nampak seorang perempuan tidak sedarkan diri dan disyaki meninggal dunia di dalam sebuah kereta di parkir HRPB.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk bahagian belakang kereta terbabit dan pihak bomba berjaya membuka pintu kereta mangsa menggunakan peralatan khas.

Semalam, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa berusia 20 tahun itu diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... -bapa-sakit-di-hrpb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.076119 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list